Wednesday 24 July 2013

GURU BESAR DAN PIBG SEKOLAH YANG ARAHKAN MURID SEKOLAH MINUM DAN MAKAN WAKTU REHAT DIBILIK PERSALINAN SEBELAH TANDAS, BERBUKA PUASA DIBILIK YANG SAMA SEMALAM!!!!!!


Punya nak tunjuk apa yang dilakukan oleh Guru Besar mengarahkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pristana, Sungai Buloh, Selangor itu betul maka semalam beliau bersama sama dengan beberapa ahli PIBG sekolah berkenaan telah berbuka puasa ditempat yang sama.

Rakaman gambar dipaparkan betapa mereka kesemuanya sedang asyik seronok menikmati juadah Ramadan tanpa ada rasa kekok dan jijik.

Jelas cara nak pulihkan kerosakkan yang sudah teruk ini tidak mampu dipulihkan kalau sekadar sekali menjamu berbuka puasa.

Salah tetap salah...bukan tujuan nak politikkan isu nak jadikan isu perkauman sempit jauh sekali tapi cara murid-murid sekolah dilayan sebegitu rupa sememang tidak patut sama sekali.

Alasan kononnya kantin sekolah sedang dibaik pulih namun tiada nampak kerja-kerja sedemikian sedang dilakukan.. Jangan cuba berdalih dengan mengwujudkan alasan nak tutup kesalahan sebab lambat laun akan diketahui kebenarannya juga.

Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, berkata anak perempuannya Jessica James, 10, ada mengadu mengenai perkara itu dua hari lepas.

"Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas. Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan," katanya.

Prinsip dan pandangan Omak Kau dalam isu ini mudah dan jelas.... sekiranya benar sebelum Ramadan kantin sekolah tidak dapat menampung jumlah pelajar, mengapa semasa Ramadan, pelajar masih perlu menggunakan bilik mandi dan persalinan?

Jika dilihat pada gambar kantin di atas, jelas kantin itu boleh digunakan oleh beberapa orang pelajar bukan Islam. Tidak kelihatan pun kerja-kerja pengubahsuaian yang membahayakan pelajar.

Lagi mengelirukan apabila pelbagai alasan berlainan dan tidak konsisten diberikan untuk menjawab isu ini.

Walaupun bilik mandi dan persalinan itu dibersihkan, diwangikan, namun tindakan itu tidak boleh mengubah persepsi ibu bapa bahawa bilik itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat makan.

Omak Kau berpegang pada prinsip bahawa bilik itu tidak sesuai dijadikan tempat makan dan tidak rela anak sendiri makan di bilik itu. Ini bukan soal politik, bukan soal rasis, tetapi soal tempat makan yang selesa dan yang sepatutnya.

Hentikan buat demo sekadar nak tutup kesilapan dan membina keegoan...Jangan nak perlekeh dan hina kebijaksanaan rakyat untuk berfikir dan menilai.

34 comments:

  1. makin dtegur makin bodoh guru besar tu.mcmane la mangkuk ayun tu blh jd gurubesar.cdgnku nt raye buatla majlis raye dlm tandas yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa masalah nyer di sini??? Tak faham saya, salahkah makan dalam tempat mandi dan berak?
      Saya tengok mat saleh rilek jerk makan sambil berak lagi. berjamaah plak tu.
      Melayu harus ubah paradigma untuk maju. Menteri seharusnya mencadangkan kempen makan di tempat sebegini ataupun terus kempen 'sambil buang air sambil makan' untuk mengurangkan masa rehat dan meningkatkan masa produkiviti.

      Delete
    2. Agama kau mungkin ajar mcm tu. Agama kami Islam tak ajar makan tempat syaitan berkumpul. Lagi2 makan sambil berdiri

      Delete
  2. Bagus! Bagus!

    Sila terus makan kat tandas tiap tiap hari yeah :)

    Jangan tak makan kat tandas lepas buat one day show.

    :)

    ReplyDelete
  3. Tengok semua muka muka tu, masam aje.

    Tak harum keh toilet tu?

    Tak bersih keh toilet tu?

    Teruskan, teruskan (tepuk tangan).

    Memang bermakna sungguh bukak posa kat toilet.

    ReplyDelete
  4. Islam tak suruh makan dan minum berdiri nampak kebodohaan mereka.
    Kah Kah Kah Kah

    ReplyDelete
  5. La majlis buka puasa kat situ....macam budak2 tindakan...kalau isu nie tak keluar..sampai kiamat cikgu2 tak makan kat situ...terpaksa

    ReplyDelete
  6. lain kali tidur pulak kt tandas...

    ReplyDelete
  7. Makanan free tu dalam tandas bedal je tak kisah kotor atau bersih asalkan free. Benda yg mereka makan tu mesti dari tabung sekolah kalau dari tabung sekolah duit kita la tu nak tunjuk sangat. Cuba makan hari2 jangan nak buat 1 day show je.

    ReplyDelete
  8. Kenapa yg lain berdiri je dtg utk ambil gambar je ke. kan ada tempat duduk kat situ.

    ReplyDelete
  9. Isu sekolah Sri Pristana , ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

    Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

    "Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

    Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

    Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

    1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

    2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

    3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

    4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

    5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"

    6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

    7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

    7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

    8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

    9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

    10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

    11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

    12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

    Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.

    - gambar dibawah sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera.

    Link: http://dhanyaraam.blogspot.com/2013/07/canteen-in-changing-room-facts-that-you.html -- N.A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak sekian lama lh kebodohan gurubesar terlaksana. Apa tak ada usahaksh untuk membangunkan tempst yang lebih 10 thun tuk. Dasar bodoh gb itu.

      Delete
  10. Dari gambar Kantin yang dah di Seal tu, saya tak nampak pun mereka nak buat ubah suai di situ. kalau ubah suai pun mesti nak besarkan kantin.. nak besarkan rasanya takdeler melibatkan Kantin keseluruhannya. Tak nampak pula pasir, batu atau tangga ke disitu.

    Tengok dari jauh apa yang perlu di buat adalah, kantin itu tambah sahaja Kerusi Meja, yang duduk di lantai kantin waktu makan, Standardlah.. Saya pun dulu begitu.

    Kalau iyerpun nak show Off gambar berbuka Puasa, agak-agaklah. Berbuka sahajalah di bilik Guru atau Dewan Sekolah. Kan nampak macam nak tutup pekong jika ambil gambar berbuka puasa dalam bilik persalinan ni.

    Buat di ketawa dek orang sahaja tahap pemikiran orang-orang yang i dalam gambar tersebut

    ReplyDelete
  11. Apepun penjelasannya, bilik tu tetap tepi dgn tandas, bau & bacteria bersepah. Tak terasa 'loya' ke nak makan kat situ. Jika alasan kantin sedang dibaiki, sewalah khemah buat kantin sementara, saya rasa budak-budak tu pun seronok makan mcam pi kenduri. GB otak jamban!

    ReplyDelete
  12. Saya pun guru jugak..takkan tak ada tempat lain di sekolah misalnya di tepi koridor, didirikan khemah sementara, dipasang payung..semua ini telah dibuat ditempat saya. Makan dibilik persalinan atau apa nama yang diberi sangatlah tidak sesuai.
    Takkan etika macam ni pun tak tau..kenapa tak jadikan bilik makan guru sahaja di tempat ini sejak mac dulu..sensitiflah sedikit..kita kan pendidik..atau pendidika cukup bulan aje

    ReplyDelete
  13. sy pun guru jgk.malu rasanya ada gurubesar mcm ni

    ReplyDelete
  14. Kenapa bodoh sangat puak-puak ni,
    Apa yang nak di buktikan????? Bahawa puak ni memang jenis macam tu - keluarga mereka memang jenis makan depan tandas kat rumah kot.
    Selepas puasa nanti GB (guru bengong & Ahli PIBG (Persatuan individu bengong gaban) dua kali seminggu tolong makan dalam tandas ok.
    Unttuk Blogger Y1MB yang meperthankan perbuatan ini buat kaji sikit... kurang dari 20 murid non muslim disekolah tu....... Mana ada 350 guna kanteen pada bulan ni.... GABAN1M....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadoi yai..tak paham-paham lagi ler rupernyer.....benak betul. Tak puas hati pegi ler tengok sendiri tempat tu dari menyalak tak tentu pasal.

      Delete
  15. Hanya orang yang Bodoh lagi Bodoh yg menerima bulat2 cerita termasuk admin.
    Admin sengaja untuk mencetuskan suasana tidak tenteram
    Harap admin akan diambil tindakkan.
    Kerana kebodoham admin jangan la anda pon sama Bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba hang pi makan kat jamban....pas tu bagi tau siapa yang bodoh.

      Otak tu pakai dulu sebelum bukak mulut.

      Delete
    2. saya sebagai bapa murid sekolah disitu pun setuju bahawa xada masalah pn bilik tu dijadikan tempat makan..GB dan guru-guru disitu pn dh lama sama-sama kadang2 makan disitu sehingga ada mahkluk yg hati busuk sengaja nak memburukkan isu yg sebenarnya xlah berat. heran sungguh puak2 yg tanpa usul periksa menuduh dan mengfitnah macam2 tentang perkara ini..

      Delete
  16. Macam macam alasan dibagi.... kantin tak cukup besor ada.... banyak pelajar ada.... kantin tengah reno ada...

    Padahal isunya sangat simple... patutkah sekolah suruh murid murid makan kat jamban? Bayangkan kalau itu anak kesayangan you.

    Tak kisah lah apa alasan jua. Pikir pikir lah.

    ReplyDelete
  17. Dah kata xde jamban kat situ apa yang tak faham² nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan kat tandas tapi takde jamban, pokok pangkalnye tandas jugak kan?

      Delete
    2. anonymous 16:14 ini namenye PERSEPSI, same jgk kalau ko letak katil empuk kt bawah jambatan n then ko tidor kt situ...orang yg lalu lalang akan fikir perkara itu sbg abnormal...ade paham?

      Delete
  18. Adalah lebih baik pihak guru besar,guru2 dan PIBG ambik lawyer dan saman jer diorang ni sebab buat fitnah dan bingai tak paham paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku risau cekgu besau tu terlondeh kene saman ngan mak bapak budak2 tu je...

      Delete
  19. Semua ni pasal kena kat mereka. Bila kena kat kita tak bising pulak.

    ReplyDelete
  20. tindakan bijak dari gurubesar. Bilik persalinan berbeza dgn bilik tandas. yang complain macai2 kat atas tak sedar ke rumah korang pun tempat makan dekat dengan tandas.apsal tak bising plak.kahkahkah. lagi macai2 yg duduk rumah flat ke. tu la. lain kali kaji dulu sebab. bukan jadi otak sembab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diri sendiri macai tak perasan, sekolah tu boleh pulak dianggap macam rumah flat yg ko duduk tu...kecik sgt ke sekolah tu sampai langsung takde ruang yg lebih elok dan menyenangkan mata yg melihat...bukak sikit kapla hotak ko tu...makan kt tandas tu elok lagi menyenangkan ke???inilah padahnye kalau amek dungu jadi guru besau...astaghfirullah bulan ramadhan, tak pasal2 menyumpah...

      Delete
  21. adui..macam budak.please la cuma minta maaf je..susah ke nak cakap?takkan mati pun.pls grown up a bit la,cuma tau tahan je?apa guna?kalau nanti kena sue lagi teruk.tapi kat malaysia.haha u tau i tau la.mati pun boleh hidup balik.magic!u ingat sendiri tangkap gambar org akan rasa selesa taupun tak kisah sebab pengetua sendiri pun makan kat dalam?no use..we smarter than u guys..btw dah buka puasa pls balik rumah makan la.buat apa susahkan sendiri?.tak pernah pun i nampak guru buka puasa kat sekolah.mkn ngan family kan lagi happy dan bermakna^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jake, analoginya macam ini, seorang doktor tersalah bagi makan ubat pd patient, n then untuk cover kesalahan dia tu, doktor tu makan ubat yg salah tu untuk buktikan ubat itu betul...

      Delete
    2. Analogi bangang!!...tolonglah jangan nak memalukan doktor yang belajar bertahun-tahun untuk jadi doktor....

      Delete
  22. Kalau bilik air itu memang sesuai untuk dijadikan bilik jamuan, aku cabar guru besar jemput orang kenamaan terutamanya orang2 besar macam menteri kesihatan, dan perdana menteri bersama yang di pertuan agong datang menikmati juadah berbuka puasa dalam biliK yang mulia itu. Wakakakaka.
    Gerenti tak berani punye, sebab itu bilik memang tak sesuai untuk majlis makan . Tapi kalau dah terpaksa lainlah, macam PIBG.
    Kalau aku jadi GB tsebut, gerenti aku surender. Lainlah kalau aku dah rancang awal2 lagi.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...