Saturday 27 July 2013

BERITA YANG DISOROKKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN...2,374 PEMANDU TEKSI TERIMA INSENTIF RM600 DARIPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG!!!



GEORGE TOWN, 27 JULAI: Seramai 2,373 pemandu teksi menerima insentif sebanyak RM600 daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, semalam.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai menghargai peranan mereka dalam negeri seperti mana yang terkandung dalam manifesto PR pada PRU-13 lalu.


Menurutnya, bayaran insentif itu akan dilakukan dua kali setahun iaitu RM300 untuk penggal pertama dan selebih akan diberi pada awal Januari tahun depan.


“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.


“Jika didapati ada aduan mengenai salah laku, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik balik baki insentif itu, jadi mereka perlu memastikan khidmat yang diberi sentiasa berada pada tahap terbaik kepada pengguna,” katanya selepas menyerahkan insentif di daerah Timur Laut, semalam.


Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa menerima insentif berkenaan.


Guan Eng juga berharap sumbangan itu mampu meringankan beban mereka terutama kepada yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. – Roketkini.com

12 comments:

  1. Terbaik...teruskan usaha anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita terkini. Moiden kata semua projek yg dijanjikan di kuala besut ditangguhkan sehingga ke satu masa nanti. Yo yo boooo padan muka penduduk kuala besut. Kan aku dah kata bn memang pembohong penipu. Tapi tahniahlah sebab kena tipu. Lain kali undi lagi bn baso muko tok serik.

      Delete
  2. itu pn nk kecoh.br1m kecoh pun

    ReplyDelete
  3. apa lagi yg perlu dikatakan lg.terbaek.

    ReplyDelete
  4. apa lagi yg perlu dikatakan lg.terbaek.

    ReplyDelete
  5. ala lakonan je tu

    ReplyDelete
  6. SEGALANYA AKAN LEBIH BERMAKNA JIKA.............

    1. 500 jika dibanding dengan 600 tentu :-
    a. penyokong PR akan kata 600 lebih besar, TETAPI
    b. penyokong OMNO totok bermatian akan kata 500 lebih besar
    Bandingkan tahap pemikiran penyokong OMNO dengan penyokong PR

    2. 500 berbanding sebulan gaji:-
    a. penyokong PR akan kata sebulan gaji lebih besar, TETAPI
    b. penyokong OMNO totok bermatian akan kata 500 lebih besar

    Mengapa semua ini terjadi?
    TERBUKTI pemimpin PR BOLEH mengurustadbir kerajaan dengan baik secara telus, cekap, amanah dan berkesan, sehingga jumlah pulangan pendapatan kerajaan dapat dikembalikan kepada rakyat LEBIH BESAR.
    Manakala pemimpin OMNU/BN ramai terpalit rasuah/penyelewengan wang negara

    Walaupun sebelum ini para pemimpin OMNU selalu BERBOHONG KEPADA RAKYAT dengan mengatakan tiada kerajaan yang boleh mentadbir negara lebih baik dari OMNO/BN.
    Konon kalau rakyat memilih selain OMNO/BN, negara akan muflis, rakyat akan menderita dengan berbagai cukai dan hutang.
    Cakap cakap BOHONG begini pernah tersebar semasa PAS mula mula mentadbir negeri kelantan dulu, Namun sehingga kini kerajaan PAS Kelantan masih kukuh malahan semakin bertambah kerusi.

    Yang sebenarnya jika rakyat memilih PR maka ramai pemimpin OMNU akan jatoh muflis. Mereka sukar meneruskan hidup berfoya foya, sukar bagi mereka BERBOHONG dan MENAKUT NAKUTKAN RAKYAT.
    Yang paling mereka bimbang ialah TIADALAGI PELUANG untuk mereka MENCURI WANG RAKYAT atas nama berbagai projek atau pembangunan kononnya untok negara dan rakyat, tetapi sebenarnya buat TEMOLOK MEREKA sahaja.

    SESUNGGOHNYA
    SEGALANYA AKAN LEBIH BERMAKNA JIKA RAKYAT MEMILIH PR MENTADBIR NEGARA INI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah ler bohong lagi.Penang mmg dah maju dgn industri teknologi tinggi dan pelabuhan taraf antarabangsa bawah BN.Kelantan pulak miskin dan tak der kemajuan pun dari dulu hingga sekarang,itu sebab rakyatnya bersepah seluruh negeri cari makan.Kemajuan yg ader hanyalah batu2 asas sahaja...

      Delete
    2. setuju dgn anoy 11.12 100% satatement yg tepat dan nyata sememangnya pp dh lama maju spnjng bn perintah sebelum ini..serupa jugak mcm selangor negeri yg dh lma maju senang2 ckp pr bijak mntadbir..klu pr lbeh brmakna kenapa sekian lama kelantan msih negeri yg paling mundur cuma yg kaya pemimpin pas saja..pandai sgtlah mntadbir

      Delete
    3. Salah satu pemangkin kemajuan PP adalah jaringan PLUS highway dan jambatan PP yg diusahakan oleh Dr.M. Projek ini dikecam hebat oleh DAP LKS dulu kerana dia tak tau perhitungan jangka panjang kerajaan atau mungkin dia takut terjejas ekonomi s'pork. Dgn ada sistem pengangkutan dan pelabuhan yg baik,PP maju dgn ekonomi dan mampu memberi peluang pekerjaan yg banyak. Ini bukan boleh buat dlm jangka setahun dua.Tapi tak pe lah,lagi 5 tahun kita tendang BN keluar dan bagi ler semua usaha kerajaan dulu kat DAP...

      Delete
  7. ya betoi... pp habis la.. habis tanah melayu kat pp.. tgk lah nanti, melayu hidup merempat kat pp..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...