ALOR SETAR - Kira-kira 100 peniaga Pekan Rabu, dekat sini, mengadakan 
demonstrasi aman kira-kira sejam di pekarangan kompleks perniagaan 
berkenaan kerana mendakwa kewujudan tapak niaga di kawasan parkir 
menyulitkan mereka.
Peniaga, Abdul Hamid Muhammad, 59, berkata, sejak kompleks perniagaan 
itu beroperasi kira-kira 35 tahun lepas, perniagaan mereka tidak pernah 
terjejas.
“Bagaimanapun, sejak awal Ramadan ini apabila kawasan parkir dijadikan 
tapak niaga, sambutan diterima kami agak hambar dan kurang 
memberangsangkan.
“Ia turut mengakibatkan masalah meletakkan kenderaan berlaku apabila 
hampir 60 tapak parkir dijadikan lot tapak niaga, yang mana ia turut 
menyukarkan kami untuk membawa masuk stok ke dalam kedai,” katanya.
Abdul Hamid berkata, mereka dikenakan saman apabila meletakkan kenderaan
 untuk memasukkan stok, walaupun beberapa kali mengemukakan aduan namun,
 pihaknya menerima maklum balas mengecewakan apabila pihak majlis 
bertegas untuk membenarkan perniagaan dijalankan.
Menurutnya, dia mengalami kerugian agak banyak kerana hanya memperoleh 
sekitar RM50 sehari berbanding lebih kurang RM300 hingga RM 400 sebelum 
ini.
“Selepas ini, mereka berharap Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak meneruskannya pada masa akan datang,” katanya.
Manakala, peniaga, Mohd Abdullah Kadir, berkata, kebanyakan peniaga 
mengalami kerugian walaupun berada di kawasan agak strategik, jadi 
mereka merasakan tindakan menukar kawasan parkir menjadi tapak niaga ini
 tidak adil.
Katanya, kadangkala dia tidak memperoleh pendapatan langsung kerana 
orang ramai sukar meletakkan kenderaan masing-masing hingga menyebabkan 
mereka enggan memasuki kompleks perniagaan itu.
Sementara itu, Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad, berkata, pihaknya
 tidak bersetuju dengan dakwaan dikemukakan kebanyakan peniaga Pekan 
Rabu bahawa perniagaan mereka hambar berikutan kawasan parkir dijadikan 
tapak niaga.
Bagaimanapun, beliau mengakui berlakunya masalah kekurangan kawasan 
parkir berikutan satu kawasan meletakkan kenderaan di Pekan Rabu ditutup
 untuk memberi laluan kepada operasi perniagaan sepanjang Ramadan.
“Peniaga tapak karnival jualan Ramadan memaklumkan jualan mereka juga 
tidak menggalakkan dan tidak ramai yang keluar membeli lagi buat masa 
ini. Jadi, saya berpendapat bahawa sambutan hambar disebabkan penduduk 
masih belum mendapat gaji.
“Masih ramai penduduk tempatan yang belum pulang untuk berhari raya, 
jadi selepas ini jualan mereka tak kira sama ada peniaga Pekan Rabu 
mahupun peniaga tapak karnival jualan Ramadan pastinya akan meningkat,” 
katanya.

 
 
 
 
 
Omak kau!!!!!
ReplyDeleteDi mana2 negeri sekalipun termasuk yang di perintah pakatan pun buat benda yang samahanya pada bulan ramadan saja
Cik puan x lihat kerr kat bandar klang selangor .sampai jalan sesak teruk dengan gerai2 didirikan dan disewakan pada peniaga2.hanya pada bulan ramadan ni sayang oiiiiii...
Janganlah dijadikan isu benda ni....
Itu lah yg di katakan puak omno ni kejam..x fkir kan msalah peniaga..bila omno perintah ja jd mcm2..nampaknya pemerintahan omno tiada keberkatan..sabar la wahai peniaga..trus kan bantahan dan cari lah rezeki yg halal..biar berkat..bukan mcm omno tiada keberkatan dlm reda Allah sb tolak islam..
ReplyDeletemacai detected
ReplyDeletetakde pun bukti gambar ada tempt meniaga? dasar keling betul la.menipu je puak keling macai pr ni.
ReplyDeletemcmna tk trjejas... nk prking pun susah... slah prking kna sman.. hbis nk prking kt mna atas pkok...sman prking plak dh rm150... dlu bleh la rm50 jer... tk brbaloi.... org luar kedah mna tau... bkn msuk utusan or tv3suku klau ada kes cm ni...
ReplyDeleteJangan hanya pandey memfitnah OMNO, awah tahu ke? dalam donia ni HANYA OMNU saja yang pandey memerentah.
ReplyDeleteUrang lain sume tak reti, sebab tu awak kalah mengundi
Awak ni angin kalah mengundi tak habis lagi ka? semua keje buat OMNO sume tak betol. Awak bingai la