Apakah rakyat Malaysia ini mahu dilihat sebagai hamba kepada orang-orang kenamaan? Pastinya tidak ada yang mahu dianggap sebegitu rupa. Zaman sudah berlalu. Walaubagaimanapun, budaya hormat-menghormati pasti tidak akan ditinggalkan sama sekali. Pemikiran Rakyat Malaysia sudah jauh…………..bergerak kehadapan. Tetapi, sayangnya masih ada berfikiran di zaman 500 tahun yang lampau….
Jangan Hina Sultan Pahang
CHENOR – Golongan muda dalam Mukim Bukit Segumpal, dekat sini, mendesak sekumpulan penyokong bola sepak memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kerana bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dan biadab terhadap baginda, baru-baru ini.Pengerusi Persatuan Belia 4B Kawasan Maran, Azman Abdul Rafar berkata, kenyataan kumpulan terbabit disifatkan sebagai satu penghinaan kepada Sultan Pahang selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). (Sumber : Sinar Harian)
Sekarang kami mahu bercerita berkenaan berkenaan nasib bola sepak Malaysia. Apatah lagi, ia ada kena mengena dengan isu baru-baru ini yang berbangkit melibatkan kritikan terhadap pengurusan tertinggi FAM. Apabila ditanya, kalangan daripada pembaca di sini, berapa ramai penyokong setia bola sepak Malaysia?
Pasti ramai yang tersenyum sendirian tanda menyokong. Jangankan orang lain, kalangan kami sendiri merupakan penyokong setia bola sepak Malaysia. Setiap perlawanan kami terus-menerus meletakkan harapan dan kepercayaan ke atas pasukan Malaysia. Itu sebablah, kami kalau bolehmahu menyiarkan dan menyediakan laporan bagi setiap detik perlawanan penting dan perkembangan melibatkan pasukan Malaysia. Hasilnya? :
Ada masa pasukan Malaysia “di atas” dan ada masa juga pasukan Malaysia berada “di bawah”
Ya…benar. Pasukan Malaysia memang ada beroleh kejayaan yang membanggakan. Tetapi secara keseluruhannya, prestasi bolasepak Malaysia sudah jatuh merudum. Baru-baru ini, barulah tampak ada kebangkitan, itupun “belum kering lagi air mata kegembiraan penyokong bola sepak Malaysia di atas kejayaan sebelum ini” sudah mula kelihatanbola sepak Malaysia mahu” tergolek semula”. Bila kejadian ini, berlaku kebiasaannya pemain & jurulatih sahaja dipersalahkan. Mengapa? Yang lain-lain hanya “cuci tangan sahaja”?
Kami teringat satu pepatah orang tua dahulu berkata :
“kalau buat tapai jadi masam, kita buang tapai itu tetapi kalau sudah dua tiga kali masih masam kita terpaksa buangkan raginya”.
Macam itu jugalah keadaan bola sepak Malaysia. Kalau empat, lima kali kalah dan prestasi pemainan bertambah teruk kita rombak semula pemain dan jurulatihnya. Tetapi sudah berpuluh tahun, tahap bolasepak Malaysia masih lagi tidak menampakkan “cahaya kebangkitan yang sebenar”, kami merasakan sudah tiba masanya pengurusan tertinggi FAM perlu dirombak dan “dibersihkan semula”.
- bola sepak Malaysia tidak perlu banyak campur tangan politik untuk berkembang maju
- tetapi bola sepak Malaysia perlukan penyatuan pemain, jurulatih dan pengurusan tertinggi yang benar-benar mahir dan juga berpengalaman dalam dunia bola sepak, barulah ada “impaknya”
- malangnya, apabila diletakkan kalangan yang tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak, inilah jadinya
Sekarang yang yang menjadi isu dalam bola sepak Malaysia hari ini adalah melibatkan kritikan terhadap Presiden FAM. Sehinggakan tempoh hari, laman web rasmi diceroboh masuk dan tertera “mesej jelas” kepada pengurusan tertinggi FAM.
Terus terang kami katakan, kami sendiri tidak bersetuju langsung Sultan atau kerabat diRaja, menjadi orang nombor satu dalam persatuan. Tak kiralah FAM atau persatuan apa pun. Kalau tak boleh dikritik sampai bila mutu bolasepak nak maju dan meningkat? Apabila ditegur dikatakan menderhaka? Sedangkan teguran dan kritikan itu adalah ke arah kebaikan bola sepak Malaysia. Dalam isu baru-baru ini, yang tegur pun adalah merupakan “orang kanan dalam FAM”. Akibat daripada teguran dan kritikan tersebut, beliau akhirnya dihukum………………………..
Biasanya, kalau bagus orang pun tak kritik. Tetapi hakikatnya bola sepak Malaysia lebih dilihat “filip-flop” setiap kali bermain.
Sudah teruk prestasinya, tetapi tidak boleh ditegur dan dikritik? Sistem apakah yang digunapakai?
Bukan niat kami untuk menghina, tetapi ia adalah impian kami dan kami juga pasti kalangan peminat bola sepak Malaysia mahu melihat semula prestasi bolasepak sepak bertambah baik.
Apa yang boleh kami katakan, eloklah berundur secara terhormat sebelum nasib bola sepak Malaysia menjadi semakin nazak. Sepatutnya kerabat diRaja atau para parti politik tidak perlu memegang jawatan dalam persatuan sukan. Sudah tiba dan ketikanya, berilah peluang dan ruang kepada individu yang benar-benar arif tentang sukan berkenaan.
Peluang dan ruang sudah diberikan, kini terpulang kepada empunya diri dan kelompok-kelompok tertentu untuk membuat pilihan dan keputusan yang terbaik samada masih sayangkan nasib bola sepak Malaysia ataupun jawatan dan kedudukan?
Liga bolasepak M'sia dah ada sampai Liga Super. Kat EPL paling tinggi cuma sampai tahap Premier aje. Kalau kira ni, liga bolasepak kita lagi dahsyat.
ReplyDeleteTapi taknya. Hanya gah pada nama. Standard masih tahap lama. Kelab-kelab main kat stadium kosong. Takde maknanya.
Entah bila nak betul betul pro yang "self-sustainable" dan tak dipolitikkan seperti sekarang.