Friday 27 April 2012

PETUA-PETUA PENTING UNTUK PARA PEJUANG BERSIH 3.0 DUDUK DAN BANTAH!!!...

KUALA LUMPUR 27 April: Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 mengeluarkan garis panduan kepada peserta bagi melancarkan Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah esok di Dataran Merdeka.

APA YANG PERLU DIPAKAI

Pakaian yang selesa untuk bergerak termasuk alas kaki/kasut yang sesuai.

Pakaian bersih dalam beg – untuk ditukar jika terkena bahan kimia.

Baju hujan boleh dibawa dan digunakan untuk melindungi diri dari cecair kimia (jika ada) termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan (shatter resistant eye protection).

APA YANG PERLU DIBAWA

Bawa air mineral/minuman secukupnya untuk diminum. Kami mencadangkan 2-3 botol air mineral/minuman 500 ml.

Sapu tangan bersaiz besar atau tuala kecil. Basahkan dan tutup mulut/hidung dengannya sekiranya gas dilepaskan.

Makanan seperti coklat, snek makanan ringan.

Jika anda ada masalah kesihatan serius seperti masalah jantung dan paru-paru, kami menasihati anda mengelakkan diri dari menghadiri perhimpunan ini.

Jika anda ada masalah kesihatan yang terkawal dan mahu menyertai perhimpunan, pastikan bawa ubat-ubatan preskripsi anda untuk bekalan sekurang-kurangnya sehari termasuk alat inhaler untuk pesakit asma.

Topeng muka (surgical mask) boleh dibawa.

Bawalah wang saku yang mencukupi untuk makanan, pengangkutan, telefon dan sebagainya sekadar perlu.

PERKARA YANG PERLU/DILARANG UNTUK DILAKUKAN

Rehat, makan dan minum secukupnya sebelum perhimpunan. Walaupun kita berniat untuk berhimpun secara aman, kita tidak dapat mengagak tindak balas dari mereka yang cuba menghalang perhimpunan.

Sertailah perhimpunan secara berkumpulan dengan rakan/keluarga yang mengenali anda, dan mengetahui masalah kesihatan anda sekiranya ada. Jangan bergerak bersendirian.

Jangan pakai pelembap kulit berasaskan minyak kerana ia boleh mengakibatkan bahan kimia terperangkap lama.

Jangan pakai kanta pelekap (contact lenses) yang juga boleh memerangkap bahan kimia di mata.

PERLINDUNGAN DARIPADA GAS PEMEDIH MATA/BAHAN KIMIA

Tanda-tanda terkena bahan kimia:

* Pedih di mata, hidung, mulut dan kulit
* Pandangan kabur, dan air mata keluar berlebihan
* Cecair hidung keluar secara berlebihan
* Batuk dan sesak nafas
* Pening

Tanda-tanda di atas hanya sementara. Ketidakselesaan pada mata akibat gas pemedih mata akan hilang selepas 5-30 minit, manakala kesan ‘pepper spray’ memerlukan 20 minit-2 jam.

Bagaimana menghadapinya:

BERTENANG. Jangan panik. Ingat, ia hanya kesan sementara.

Hembus hidung, kumur mulut & elakkan daripada menelan. "JANGAN SAPU MUKA"

Sekiranya gas pemedih mata dilepaskan, cuba elak daripada mengikut arah angin.

Sila dapatkan bantuan sukarelawan 'Pasukan Perubatan' yang berada di sekitar kawasan perhimpunan dengan segera sekiranya anda memerlukan bantuan perubatan.

Jika anda seorang pengamal perubatan, bantuan anda kepada yang memerlukan amat dihargai.

* Maklumat ini sekadar panduan kepada peserta. Ia hanya maklumat umum, dan tidak sepatutnya menafikan pandangan pakar perubatan yang merawat anda, atau pakar perubatan yang lain.

Segala risiko kesihatan yang mungkin berlaku semasa perhimpunan adalah atas tanggungjawab anda sendiri.

SELAMAT BERHIMPUN DENGAN AMAN DUDUK SAMBIL BANTAH..
.

3 comments:

  1. MACAM SIALLLLL... CAKAP JER LA YG KO NAK POLIS BERTINDAK KEJAM.. KAN SENANG... AKU DOAKAN ESOK KILAT PETIR DAN RIBUT ALLAH TURUNKAN KEPADA PENGKHIANAT AGAMA ALLAH..

    ReplyDelete
  2. Siapa menang tidak penting...yang kalah pun tidak perlu melenting...bila perkara buruk diambil enting..lengan baju disenting, kaki diketing...

    Siapa nak disalahkan?

    Burung tempua bersarang rendah,
    Gelama ikan duri,
    Bila nasihat tidak diendah,
    Masing-masing tanggunglah sendiri.

    ReplyDelete
  3. Apabila ahli politik negara bersengketa!
    Siapakah yang akan menanggung sengsara?

    Kuat bohong jadi pencuri,
    Kuat kelentong jadi menteri,
    Yang kaya boleh cabut lari,
    Yang miskin lu tanggonglah sendiri.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...