Wednesday, 18 April 2012

Pejuang Peneroka Felda yang meninggal dunia di Putrajaya kerana memperjuangkan nasib rakan-rakan sepenerokanya dari terus dianiaya oleh kerajaan UMNO 1Malaysia pimpinan Najib Razak....


Seorang peneroka Ladang Gatco Kampung Serampang Indah, Jempol, Negeri Sembilan rebah sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung ketika menyertai himpunan aman di perkarangan Kompleks Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, di sini, 14hb April yang lalu.

Mangsa, Mohd Nordin Ahmad Bakri, 54, yang juga Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Serampang Indah dikatakan rebah pada jam 11.45 pagi ketika hampir 100 peneroka lain berkumpul di pekarangan pintu masuk kompleks berkenaan untuk menyerahkan memorandum mengenai isu tanah ladang berkenaan.

Seorang wartawan sebuah akhbar yang menyaksikan kejadian itu berkata, sebaik melihat keadaan mangsa, peneroka lain dalam kumpulan berkenaan terus memberikan pertolongan.

“Pada mulanya mangsa dilihat masih bernafas, malah peneroka lain dalam kumpulan itu berusaha memberikan bantuan kecemasan segera. 

“Mangsa kemudian dibawa anggota kumpulan itu dibantu anggota Polis Bantuan ke Balai Pengawal Keselamatan berhampiran Pejabat Perdana Menteri untuk diberikan rawatan,” katanya.

PERJUANGAN ALLAHYARHAM AKAN DITERUSKAN OLEH GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA...
INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN..  SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG SOLEH...AMINNNN...

1 comment:

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...