Monday, 23 April 2012

Program Jom Shopping - Rakyat terima hak hasil dari kekayaan negeri

Betapa perihatinya kerjaan Pakatan Rakyat Selangor menghargai Masyarakat (Warga emas & OKU) dengan memberi bantuan Kewangan sebanyak RM100.00 dalam bentuk (boucer) membawa warga emas dan OKU turut serta dalam (Program Jom Shopping)



Program ini adalah turutan dari Program yang telah dijalankan diseluruh Selangor dan kali ini Warga Emas dan OKU di Dun Sementa telah memilih 100 orang untuk membeli belah di TESCO Setia Alam, Meru. Rata-rata warga emas dan OKU begitu gembira sekali kerana sebelum ini mereka tidak pernah diberi peluang oleh kerajaan yang memerintah, tetapi kali ini Kerajaan Pakatan Rakyat betul-betul menunaikan janji dan berbangga dengan penghargaan yang diberi oleh Kerajaan negeri.



Program kali telah di anjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN sementa, turut dihadiri oleh Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Tuan Hj Bakir dan suasana bertambah meriah lagi dengan kedatangan Wakil dari Parlimen Kapar YB S.Manikavasagam yang turut bergambar dengan mereka yang dibawa dalam program Jom Shoping.

Kakitangan dan AJK Pusat Khidmat yang bertungkus lumus menjayakan program ini yang sebenarnya bukanlah suatu yang mudah kerana berhadapan dengan kerenah warga emas dan OKU yang jarang-jarang dapat keluar untuk membeli belah di Pusat perniagaan yang besar seperti ini amatlah diberi pujian.

Dan tidak lupa dengan kerjasama kakitangan TESCO yang sentiasa menghulurkan bantuan dan layanan mesra kepada semua warga emas dan OKU yang terlibat dalam program tersebut

1 comment:

  1. YANG TERPILIH HANYA LAH 100 ORG,PROGRAMME YG TDK MENYELURUH SPERTI PROGRAMME BN..BN MEMBERI RM500 TIAP2 SEORG,TAK PILIH WARNA KULIT..

    (DIN MAINOOR)

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...