Tuesday, 1 July 2014

KES SERANGAN SEKSUAL .... MEDIA NEW ZEALAND DEDAHKAN DIPLOMAT BERKENAAN SEBAGAI PEGAWAI WARAN MUHAMMAD RIZALMAN ISMAIL.



Media New Zealand telah menamakan diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam satu kes kesalahan seksual selepas mahkamah tinggi di sana menarik balik perintah melarang identitinya didedahkan.

Portal berita stuff.com.nz menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.

Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Portal berita itu berkata Robert Stewart, peguam bagi Fairfax Media, yang merayu perintah larangan itu ditarik balik, berkata Kementerian Luar Malaysia dijadual membuat kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

Oleh itu, katanya, media New Zealand akan berada dalam kedudukan tidak adil jika ia tidak dapat mendedahkan nama seorang lelaki yang mungkin didedahkan di luar negara.

Muhammmad Rizalman, yang berusia dalam lingkungan 30-an, tidak diwakili peguam di pendengaran itu tetapi peguam Barbara Hunt telah dilantik oleh mahkamah untuk membantu jika perlu.

Muhammad Rizalman pertama kali muncul di mahkamah daerah pada 10 Mei di mana dua Hakim membenarkan perintah larangan tersebut. Seorang pendaftar mahkamah meneruskan perintah tersebut pada 15 Mei apabila polis berkata isu imuniti diplomatik sedang diteliti.

Kes itu didengar Hakim Mahkamah Daerah Bruce Davidson pada 30 Mei apabila perintah larangan itu diteruskan.

Sementara itu, polis New Zealand tidak menentang rayuan itu kerana tidak ada hubungan antara defendan dan mangsa yang dikatakan itu, jadi tiada risiko jika dia dikenal pasti jika defendan dinamakan.

7 comments:

  1. Anti Sex Haram1 July 2014 at 13:26

    Omakkau nak tanya apa cerita kes Anwar Ibrahim dengan Saiful. Anwar di kenakan penjara ke? Bila akan dipenjara jika benar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SURAT  TERBUKA MEMINTA PENJELASAN AZMIN ALI KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN ANAK MELAYU SELANGOR

      Beberapa hari lepas saya telah mendapat dokumen dipercayai milik PKNS yang mempunyai maklumat berkenaan projek usahasama PKNS Holding iaitu PJ Sentral Development Sdn Bhd.

      Dokumen tersebut juga menunjukkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang menjalankan penyiasatan dalaman terhadap anak syarikatnya PKNS Holdings Sdn Bhd terutamanya dalam transaksi yang berkaitan projek PJ Sentral Development (PJ Sentral).

      Jabatan Audit Dalaman PKNS digambarkan sedang menjalankan siasatan secara terperinci termasuk mendapatkan maklumat dan dokumen daripada ahli-ahli lembaga pengarah PKNS Holdings yang mewakili PKNS dalam PJ Sentral  iaitu YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria.

      Projek PJ Sentral melibatkan pembangunan komersil di kawasan seluas  9,854 ekar yang menempatkan Ibu Pejabat PKNS. Pada 6 September 2007, PKNS menjual  8.05 ekar kepada Bisraya Pembinaan Sdn Bhd dan dana itu digunakan bagi membiayai pembangunan Ibu Pejabat PKNS yang baharu di kawasan tanah berbaki itu.

      Anak syarikat PKNS iaitu PKNS Holdings (PHSB) telah menjalinkan kerjasama dengan Nusa Gapurna dan membentuk sebuah syarikat untuk membangunkan PJ Sentral dengan pegangan saham 30-70.

      Menerusi syarikat kerjasama itu, PHSB telah diwakili oleh YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria yang masing-masing merupakan Ahli Lembaga Pengarah sejak dari tahun 2011 dan 2012.

      Pada Februari 2013, Nusa Gapurna telah mengadakan perjanjian dengan MRCB untuk menjual 70% pegangan saham dalam PJ Sentral kepada MRCB melalui reverse takeover proposal.

      Dokumen yang diperolehi menggambarkan kegagalan wakil PKNS dalam PJ Sentral untuk mempertahankan kepentingan PKNS.

      Dalam dokumen tersebut juga menunjukkan YB Azmin Ali gagal hadir siasatan audit malah tercatat rentetan tarikh – tarikh yang dimana siasatan audit gagal menemui YB Azmin Ali seolah dia lari dan cuba mengelak proses siasatan.

      Dari dokumen ini muncul persoalan

               i.            Kenapa dia lari dan mengelak lebih dari dua bulan untuk menghadiri sesi penyiasatan audit ? apa yang hendak disurukkan ?

             ii.            Adakah dia lemah atau sengaja dalam gagal mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek PJ Sentral ? maaf jika dikatakan jika tidak dijelaskan maka mungkin akan wujud persepsi bahawa mungkin wujud juga imbuhan untuk berpura lemah.

            iii.            Adakah kegagalan ini penyebab penamatan beliau sebagai ahli lembaga pengarah ?

      Kegagalan ini mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek bernilai billion ringgit ini merupakan satu kerugian kepada semua warga Selangor secara keseluruhanya. Saya selaku anak Selangor dan juga anggota PKR menuntut jawapan dari YB Azmin Ali dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim juga harus tampil memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan Kerajaan negeri harus menerangkan apa tindakan lanjut untuk mempertahankan atau mendapatkan semula hak warga Selangor yang hilang.

      Dalam kesempatan ini juga ingin memohon pejelasan YB Azmin Ali mengenai berapa ramai kakitangan yang beliau bawa masuk dalam PKNS untuk dibayar gaji oleh PKNS selepas lantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah sehingga tidak disambung kontrak ?

      Sekian.

      CHEGU BARD

      Delete
  2. Diplomat Malaysia dituduh terbabit dalam satu kes kesalahan seksual di New Zealand adalah berita gumbira..... dan kita sepatutnya merasa bangga diatas kejadian itu kerana selama berpuluh tahun kerajaan Barisan Nasional mempromosikan kes liwat di mahkamah, maka mereka telah berjaya menghasilkan perwatakan seperti yang diharapkan. Hidup Mahathir,,,, Hidup Daim......Hidup Najib.....

    Pekara seumpama itu bukan pekara luar biasa di Malaysia, kerana bekas diplomat di Amerika suka raba-raba buntut, tidak dikenakan hukaman di mahkamah.

    Ada ketua menteri merogol gadis bawah umur sehingga melahirkan anak, tidak dikenakan hukaman malah diberi kebebasan membuat fitnah video lucah untuk Anwar Ibrahim. Hidup UMNO Baru.....

    Ada menteri kabinet merogol amah. Tidak dihukum, tapi diberikan pelbagai kedudukan yang mulia dan mangsa rogol pula dapat rumah besar di Indonesia. Hidup melayu.......

    Ketua segala menteri juga terlibat dengan kes bunuh dan kes liwat mangsa bunuh. Masih berlagak suci tanpa dosa. Jahanam 1 Malaysia....

    Semuanya dari pemimpin UMNO Baru, ditambah seorang saja dari MCA sebagai mencukupkan kouta.

    Kita patut ketawa bergembira apabila Anifah Aman berusaha untuk menyelamatkan diplomat yang dikasihi nya itu dengan menubuhkan satu lembaga siasatan dimana mereka mempunyai keyakinan yang tinggi dalam lembaga inkuiri Mindef dan mereka akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand agar melupakan kes tersebut dan bersedia membayar segala ganti rugi yang bakal dituntut.... kah....kah...kah.... "

    Inilah Kerajaan Barisan Nasional yang kita sokong kerana kita suka dengan kerajaan CELAKA .... kah....kah...kah....

    Sesiapa yang tak suka pada UMNO Baru sila berambus ke New Zealand......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perlu belajar melakukan tipu muslihat dari Barisan Nasional demi menyelamatkan orang yang bersalah....he..he..hee..

      Delete
  3. Kenapa masih ramai rakyat Malaysia yang sebodoh ni? Kalau dah pandai sangat jadilah peguambela kepada Anwar, masih dalam proses rayuan. Kalau dah betul buat nak bela pun tak boleh. Nak lantik Peliwat ni jadi PM? Awat bodoh sangat?

    ReplyDelete
  4. BETUL AR. KALAU PANDAI SANGAT JADI PEGUAM MEMBELA ANUAR DI MAHKAMAH. BUKAN MENYALAK TEPI LONGKANG.

    ReplyDelete
  5. BIASALAH MALAYSIA, HUKUMAN KENA PILIH BULU.
    LEDAKKAN ALTANTUYA DGN C4, BINI TUA BUNUH BUNUH BINI MUDA TENGAH KHALAYAK RAMAI, ZINA DGN BUDAK BAWAH UMUR SAMPAI DAPAT ANAK, ZINA DGN PEMBANTU RUMAH, RABA BONTOT, WAKAFKAN ISTERI DLL.
    KALAU HUKUMAN TAK PILIH BULU DI MALAYSIA MEMANG NAK KIAMATLAH DUNIA INI.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...