Friday, 3 April 2015
ISU SYARIKAT TELCO KENAKAN GST PADA TOP-UP PRABAYAR ... INILAH KUALITI PENDIRIAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA AHMAD MASLAN CGPA 3.85
Mesti para penyokong, pendokong dan ahli UMNO berasa amat bangga memiliki pemimpin berjawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Pusat selain menjadi Timbalan Menteri Kewangan 1 dan Ahli Parlimen Pontian.
Selain memiliki CGPA 3.85 beliau dilihat seorang yang cukup tegas dan sentiasa konsisten dalam pendirian dan pendapat.
Bertuah sungguh UMNO dapat pemimpin macam beliau ini .. Apa lagi UMNO mau????
HIDUP AHMAD MASLAN!!!!! ... U R THE BEST IN THE WORLD!!!!! ... WE LOVE AHMAD MASLAN!!!!
Thursday, 2 April 2015
BERITA GEMBIRA YANG DI TUNGGU-TUNGGU OLEH PEMBELI KERETA BARU DAH TIBA .... SELEPAS PELAKSANAAN GST HARGA FORD RANGER 3.2 XLT 4X4 AUTOMATIK MURAH RM1.65 SEN!!!!!!!
Pergh!!!! Memang GST membawa untung besar kepada rakyat ... harga kereta semakin murah .. bukan calang-calang murah tetapi murah meletop gaban.
Dulu harga Ford Ranger 3.2 XLT 4X4 Automatik sebelum GST berharga RM110,504.80 sen .. kini setelah ada GST menyerang negara kereta berkenaan sudah menjadi lebih murah RM1.65sen menjadi RM110,506.45 sen.
Janji murah ... janji berita ini disambut dengan rasa syukur dan gembira sakan sebab Janji Di Tepati.
KERAJAAN SELANGOR PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI DIBAWAH KEPIMPINAN AZMIN ALI SUDAH TAMATKAN TENDER TERBUKA DEDAH TAN SRI KHALID IBRAHIM DALAM DEWAN.
Dulu kutuk keras Kerajaan BN kerana amalkan sistem runding terus sebagai lubuk pembiakan korupsi dan penyalah gunaan kuasa serta cara mudah nak beri kroni kaya raya .. sekarang ini apa kes?????????????
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkritik pentadbiran Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kerana didakwa menamatkan sistem tender terbuka seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Menurut Khalid, semasa beliau menjadi menteri besar sistem tender terbuka yang diperkenalkan pada 2008 itu dilaksanakan bagi menangani masalah rasuah dan salah guna kuasa.
Bagaimanapun, ADUN Pelabuhan Klang itu berkata, sistem tender terbuka yang bertujuan untuk mengurangkan peranan orang tengah itu telah ditukar oleh Azmin pada November 2014.
"Kita (semasa menjadi menteri besar) telah menggantikan rundingan terus kepada tender terbuka dan ia mampu mengelak gejala ketirisan dan rasuah.
“Natijahnya untuk mengelak orang tengah yang dapat kontrak lumayan yang mengorbankan hak dan kepentingan rakyat.
"Namun rakyat curiga dengan kenyataan menteri besar semasa dalam Dewan pada 28 November lepas bahawa kerajaan sudah menukar pendekatan tender terbuka dengan alasan tender sebut harga murah didakwa memberi implikasi buruk.
"Perkara ini perlu dikaji kerana dalam kajian kita lima tahun dulu, tak ada beza guna cara terendah dan dipilih.
"Jelas tidak mencapai kewarasan minda kerana sistem (tender) terbuka di era pentadbiran telus dan bertanggungjawab membuktikan kita dapat jimat sehingga RM100 juta setiap tahun," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap menjunjung titah Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Dalam sidang DUN November lalu, Azmin berkata, sistem itu tidak digunakan dengan alasan ia menjadi punca projek yang disiapkan tidak berkualiti.
Sehubungan itu, Khalid berkata pendekatan yang digunakan oleh Azmin ini bakal mengundang "bencana".
"Ingin saya tegaskan, pendekatan baru ini bakal mengundang bencana tata kelola dan urus tadbir pentadbiran kerana akibat gagal memberi perhatian kepada aspek value for money (berbaloi untuk wang dibelanjakan).
"Hakikatnya, mutu hasil kerja kontraktor tiada kena mengena dengan nilai kontrak. Menaikkan nilai kontrak tidak semestinya boleh memastikan peningkatan kualiti hasil kerja pada kadar sama sebaliknya, ia lebih berkait rapat dengan soal pengurusan dan kepimpinan," katanya lagi.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
ADUAN GST .... MANA SATU BETUL ... HASAN MALEK CAKAP TERIMA LEBIH 23,000 ADUAN TETAPI AHMAD MASLAN CGPA 3.85 KATA HANYA 800 ADUAN.
“Pada mulanya kami jangkan mungkin ada 8,000, 18,000 atau 80,000 aduan, memandangkan rakyat Malaysia sebanyak 30 juta,” ... Ahmad Maslan
Kerajaan nampaknya memperolehi laporan yang bercanggah mengenai jumlah aduan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.
Ini ternyata sudah bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini bahawa terdapat hanya 800 aduan mengenai GST semalam.
AZMIN ALI DI KRITIK KERAS OLEH KHALID IBRAHIM KERANA GAGAL SELESAI ISU AIR ... JIKA TIDAK AZMIN MAMPU PR PERLU LANTIK MB BARU.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan mendakwa beliau gagal menyelesaikan isu air di Selangor.
Beliau berkata, tindakan Azmin yang melewatkan untuk memuktamadkan penstrukturan air menyebabkan pembinaan paip dari Sungai Pahang ke Loji Semenyih tergendala.
“Jika terus gagal menyelesaikan isu air, Selangor perlu pemimpin lain yang lebih layak, saya tidak berminat pun tetapi dewan perlu memikirkan kepimpinan baharu. Azmin perlu beri komitmen dan berhenti dari terus mempolitikkan isu air ini seperti mana titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Kenyataan Azmin mengaitkan isu hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan isu penstrukturan air Selangor juga tidak boleh digunakan sebagai alasan,” katanya dalam Sidang Dun, hari ini.
Abdul Khalid menambah, kos pengambilalihan syarikat konsesi juga tidak boleh melebihi daripada RM 9.65 bilion dan kerajaan negeri mesti memastikan tiada kenaikan tarif air dalam tempoh tiga ke empat tahun selepas ini.
“Tempoh bulan madu sudah berakhir, berusahalah untuk hentikan politik dalam menentukan nasib rakyat.
“Kita mesti tunjukkan kepada mereka kesinambungan usaha kita seperti yang dijanjikan dalam pilihan raya lepas dapat kita lakukan,” katanya.
Sebelum ini, Azmin mendakwa kerajaan pusat mahu tapak tanah syarikat konsesi air dipindah milik kepada PAAB dan mendakwa perkara itu tidak disenarai dalam perjanjian utama (Master of Agreement).
LAGI EDISI CAKAP BESAR BERDEGAR AHMAD MASLAN CGPA 3.85 AKHIRNYA TUNDUK JUGA KEMAHUAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI.
Selepas pelbagai teka-teki mengenai sama ada harga prabayar akan kekal ataupun dikenakan caj GST – kini @AhmadMaslan melalui akaun Twitter beliau mengumumkan yang mana syarikat telekomunikasi seperti Digi, Celcom, UMobile dan juga Maxis akan mengguna-pakai harga pasaran baru RM10.60 untuk RM10 (dan seterusnya).
Melalui Tweet sama, Ahmad Maslan mengatakan syarikat telekomunikasi bersetuju untuk menambah masa panggilan dan juga SMS sebanyak 6% berbanding kebiasaan.
Timbalan Menteri Kewangan ini mengatakan akan berkongsi lebih maklumat lanjut mengenai hal ini pada petang ini.
Sebelum ini sikit punya kencang ke sembang Ahmad Maslan CGPA 3.85 ni.
Meskipun kad prabayar dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), namun harga jualan kad prabayar tidak terkesan dan masih kekal pada harga lama, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau menjelaskan, harga kad prabayar itu perlu ditolak terlebih dahulu dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus, sebelum dikenakan dengan GST sebanyak enam peratus.
“Memang kena GST kepada kad prabayar itu tetapi kena tolak SST dulu, baru kenakan GST.. Enam peratus SST itu ditolak dulu, baru dicampur enam peratus GST.
“Dengan lain perkataan, kalau harga sebelum ini RM10, maka sekarang masih kekal RM10,” Ahmad Maslan memberi penjelasan kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen, Khamis.
Pada hari pertama GST dilaksanakan semalam, orang ramai bingung dan berang apabila mendapati harga belian kad tambah nilai pengguna perkhidmatan prabayar dikenakan GST oleh empat syarikat telekomunikasi, termasuk tiga syarikat besar, sekaligus meningkatkan harga jualan kad tersebut.
Ramai yang dilihat membuat aduan mengenai perkara tersebut di laman Twitter GST Malaysia Info menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
“Jika mereka tidak tolak SST dan jadikan RM10 kepada RM10.60 bererti mereka telah langgar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kerana ambil untung yang tidak sepatutnya,” kata Ahmad Maslan sambil menambah peniaga terbabit boleh dihadapkan ke mahkamah jika tidak menukar semula kepada harga asal.
Sebelum ini, terdapat surat pekeliling yang dikatakan daripada Pengarah GST Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy diedar mengatakan harga jualan kad prabayar sudahpun mengandungi elemen cukai perkhidmatan.
Menerusi pekeliling berkenaan, semua syarikat telekomunikasi sepatutnya mengekalkan harga jualan kad prabayar seperti sedia ada dan tidak membuat sebarang kenaikan.
EDISI AHMAD MASLAN CGPA 3.85 KANTOI!!!! ... BERITAHU SATU DUNIA APABILA GST DI LAKSANAKAN HARGA BARANG AKAN TURUN ... KISAH HARGA MAKANAN DI KANTIN APA KES??????
Masihkah kita ingat betapa ketika diumumkan kerajaan akan melaksanakan GST sebanyak 6% mulai 1hb April 2015 maka berkokoklah Timbalan Menteri Kewangan yang memiliki CGPA 3.85 Datuk Ahmad Maslan bahawa apabila GST dilaksanakan kelak, harga barang akan turun sambil menempelak yang bantah GST yang sering kaitkan BN erti Barang Naik tetapi sebenarnya Barang Turun.
Untuk menambah garam diluka rakyat tergamak tanpa ada perasaan malu sanggup hina kebijaksanaan rakyat dengan menyatakan hanya orang kaya sahaja kena GST.
Hoii!!! Ahmad Maslan, cuba kamu baca surat dari Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Kob, Karangan, Kedah Darul Aman bertarikh 31hb Mac 2015 kepada semua waris pelajar sekolah berkenaan, memaklumkan betapa harga makanan bermasak yang dijual dikantin sekolah akan naik harga dengan memberi alasan tidak dapat dielakkan sebabkan sistem GST yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Masih lagi nak perdaya rakyat ke?????
Susah sangat ke berkata benar apa kesan dan impak apabila GST di laksanakan .... kini kerana kamu kerajaan pimpinan Najib Razak sudah terbentuk suatu persepsi bahawa menipu rakyat dengan kata-kata dan kenyataan sebelum ini yang tidak masuk akal serta cuba memperbodohkan rakyat.
Elok benar Ahmad Maslan ini dipecat sebab sudah menjadi liabiliti kepada UMNO/BN.
BERITA GEMBIRA UNTUK PENDOKONG GST DAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TOUCH N GO DAN SMART TAG ... TAMBAH NILAI DAN BELI TOUCH N GO BARU TERMASUK SMART TAG AKAN DIKENAKAN GST.
Caj perkhidmatan bagi tambah nilai Touch N Go dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula semalam 1hb April 2015.
Selain itu, Touch N Go turut mengenakan caj GST kepada pengguna yang membeli kad baru dan penjualan smart tag.
KOLEKSI GAMBAR NAJIB TURUN PADANG TINJAU PELAKSANAAN DAN IMPAK GST
LOKASI: Pasaraya Giant Kota Damansara
Dengan ditemani para pemimpin beberapa persatuan pengguna seperti FOMCA, CAP dan PPIM, Perdana Menteri Dato' Seri Najib telah membuat terjahan mengejut bagi melihat sendiri pelaksanaan GST diperingkat akar umbi serta mengetahui secara langsung dan terus akan kesan dan impaknya kepada pengguna.
Gerak kerja beginilah yang amat dialu-alukan oleh rakyat .. semoga akan kerap melakukannya demi memastikan rasa tidak terkesan dan tertekan teruk dengan pelaksanaan GST serta para peniaga tidak akan ambil kesempatan atas kejahilan rakyat yang kurang maklumat disebabkan kegagalan pemimpin yang diberi amanah dan tanggung jawab membuat pemahaman iaitu tidak lain tidak bukan Ahmad Maslan CGPA 3.85.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melakukan tinjauan harga barangan di pasar raya Giant Kota Damansara di sini, pada hari pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Berbaju kemeja putih, Najib tiba di premis berkenaan pada pukul 4.45 petang dan mengujakan orang ramai yang terkejut dengan kehadiran perdana menteri.
Najib kemudian mengambil bakul pasar raya berkenaan dan singgah di bahagian produk penjagaan diri serta membelek harga produk-produk di bahagian berkenaan sebelum mengambil ubat gigi.
Beliau turut ke bahagian menjual minuman, makanan dan sayur-sayuran dan membuat pembelian antaranya milo, roti dan nanas.
Ketika berada di pasar raya besar itu, Najib yang diiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N.Marimuthu dan
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris, turut berbual dengan pekerja-pekerja di situ.
Najib juga beramah mesra dan bergambar dengan pengunjung pasar raya besar itu.
Selepas 20 minit meninjau barang-barang, Najib kemudian ke kaunter membuat pembayaran dan melihat resit pembayarannya.
Perdana menteri turut memuat naik resit pembelian dalam akaun twitternya.
"Mudah baca dan jelas dalam resit mengenai perbezaan barangan berkadar standard dan zero rated GST (kadar sifar GST). Bagus," kata Najib dalam catatan Twitter itu.
Selepas membeli-belah, perdana menteri kemudian berbincang bersama-sama Nadzim, Marimuthu dan SM Mohamed Idris mengenai isu-isu kepenggunaan di sebuah premis makanan yang terletak dalam bangunan pasar raya besar itu.
Dalam entri Facebooknya, Najib menulis: "Saya lihat harga barang di sini berpatutan dan barangan keperluan asas berkadar sifar seperti yang ditetapkan Kerajaan".
Terdapat lima keping gambar dimuat naik di dalam Facebooknya, antaranya sedang membeli barangan, menunjukkan resit dan bergambar serta bersalaman dengan orang ramai di pasar raya itu.
Malaysia mula melaksanakan GST hari ini yang dilihat sebagai satu pembaharuan penting dalam usaha memperkukuh ekonomi negara dengan mengambil kira kepentingan rakyat.
Langkah itu menyaksikan Malaysia menyertai barisan lebih 160 negara di dunia yang memperkenalkan GST, termasuk tujuh negara rantau Asia Tenggara yang menganggotai Asean.
Pada kadar GST enam peratus - kadar yang paling rendah dalam kalangan negara Asean – kerajaan menyasarkan hasil dikutip untuk kegunaan pembangunan dan meningkatkan infrastruktur sosial.
Wednesday, 1 April 2015
KOLEKSI BEBERAPA RESIT BERBELANJA DI PASARAYA MYDIN YANG DIKENAKAN GST WALAUPUN BERITAHU SATU DUNIA SEGALA GST AKAN DISERAP.
Mohon respon dari Pasaraya Mydin demi pencerahan dan kebenaran sebab rakyat terkeliru dan bercelaru dengan gambar-gambar resit ini.
ANWAR IBRAHIM BUKAN LAGI AHLI PARLIMEN KATA SPEAKER DEWAN RAKYAT .... BERSEDIA UNTUK BERTEMPUR PRK PERMATANG PAUH!!!!
Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada 16 Mac lalu sebaik sahaja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohonnya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata surat memaklumkan keputusan petisyen pengampunan diraja itu diterima hari ini.
Beliau berkata petisyen pengampunan bagi Anwar diputuskan dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu bahawa hukuman penjara bagi tempoh lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar atas sabitan tuduhan liwat hendaklah diteruskan.
"Dengan keputusan ini, makanya Yang Berhormat Permatang Pauh telah hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac 2015 iaitu sebaik sahaja petisyen bagi suatu pengampunan itu diputuskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, katanya, suatu pemberitahuan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja kehilangan kelayakan Anwar sebagai Anggota Parlimen mula berkuat kuasa mengikut Perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu.
Pada 24 Februari lepas, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
AZMIN ALI AKUI BAHAWA PENYELESAIAN HUTANG TALAM CORPORATION KETIKA TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM JADI MB SELANGOR BUKAN SATU BAILOUT.
Kerajaan Negeri semasa pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak melakukan ‘bailout’ dalam penyelesaian hutang Talam Corporation bagi membiayai program Geran Selangorku, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
Sebaliknya, Kerajaan Negeri merampas tanah milik Talam seluas 4,158 ekar yang dinilai sama dengan hutang sejumlah RM392 juta.
“Oleh kerana Talam tidak mempunyai kemampuan tunai bagi menyelesaikan hutang, maka Kerajaan Negeri memulakan proses pengambilan tanah.
“Inisiatif ini terpaksa dilakukan pada 2008 setelah Talam gagal melaksanakan projek seperti yang termaktub dalam perjanjian usahasama.
“Pada masa yang sama Talam juga gagal selesaikan premium ke atas tanah itu,” katanya menjawab pertanyaan lisan Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil).
Katanya, kesemua tanah itu diserahkan kepada empat anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (1,275 ekar), Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (1,545 ekar), Pendidikan Industri Yayasan Sdn.Bhd (1,313 ekar) dan Bukit Beruntung Golf Club Sdn.Bhd (25 ekar) untuk dibangunkan.
Daripada usaha ini, kesemua anak syarikat berjaya membuat sumbangan tunai kepada Kerajaan Negeri sejumlah RM68 juta bagi menjayakan program Geran Selangorku.
“Sukacita saya ingin betulkan apa yang difahami oleh Dengkil, tidak berlaku bailout dalam proses ini.
“Dengan keluasan tanah yang diberikan ini, Permodalan Negeri Selangor Berhad memberi sumbangan tunai sejumlah RM29.2 juta, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (RM23.1 juta), Pendidikan Industri Yayasan Sdn.Bhd (RM7.2 juta) dan Bukit Beruntung Golf Club Sdn.Bhd (RM8.5 juta),” katanya.
Ternyata dengan pengakuan Azmin Ali ini jelas betapa tindakan dan keputusan yang diambil oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menerajui negeri Selangor dalam isu ini adalah, tepat, bijak dan berwawasan.
Harap pembeci membuta tuli TSKI tolong buka minda dan lapangan jiwa dan dada untuk menerima kenyataan dan kebenaran ini.
Sebelum ini kira-kira tiga tahun yang lalu KPMG yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang-hutang Talam turut berpandangan keputusan kerajaan negeri ini adalah bijak.
Pelunasan hutang-hutang Talam Corporation Berhad (Talam) bukan satu usaha penyelamat (bailout) tetapi merupakan satu keputusan komersil yang bijak.
Demikian menurut laporan kertas putih yang diedarkan kepada pihak media ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang di sini pagi ini.
Menurut laporan itu, pelunasan menerusi Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA) dilaksanakan bagi memastikan anak-anak Syarikat Kerajaan (GLC) Negeri Selangor mampu mengutip semula hutang-hutang Talam.
KPMG Transaction dan Restructuring Sdn Bhd (KPMG) yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang- hutang Talam turut berpandangan keputusan kerajaan negeri melengkapkan GSA ini adalah bijak.
Kerajaan negeri Selangor pada 2009/2010 memikul tanggungjawab untuk memulakan usaha baru bagi mengutip hutang-hutang itu menerusi GSA dengan Talam bertujuan menyelesaikan kutipan hutang sekaligus.
Kata laporan itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk kerajaan negeri menyelesaikan hutang-hutang Talam kerana kegagalan rancangan pelarasan kewangan Talam boleh memberi impak buruk kepada GLC berkenaan.
Syarikat PN17
Talam menghadapi masalah kewangan serius dan dikategorikan sebagai syarikat berstatus PN17 antara 1 September 2006 dan 10 Jun 2010 kerana kegagalan membuat bayaran balik terhadap pinjaman bon.
“Maka Talam perlu menyelaraskan kedudukan kewangannya dengan mengemukakan satu pelan penyelarasan kepada Bursa Malaysia Berhad,” kata laporan itu.
Laporan itu menjelaskan dibawah GSA, Talam mengaku janji untuk melunaskan sejumlah RM392 juta dengan cara memindahkan aset- aset mereka kepada Menteri Besar Incorporated (MBI).
Berdasarkan jaminan dan aku janji itu, kerajaan negeri berkeyakinan bahawa seluruh jumlah hutang RM392 juta itu dilunaskan.
Dalam proses pengambilalihan hutang-hutang kepada MBI, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM420,000 dan sebahagian besarnya yuran perundangan dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank.
“Pelunasan hutang melalui GSA ini juga membolehkan pengutipan semua hutang Talam disatukan di peringkat negeri dengan MBI nmemastikan proses pengutipan hutang diselesaikan secara holistik.
“Ini berbeza dengan cara sebelum ini apabila tiap-tiap anak syarikat negeri berurusan secara berasingan dengan Talam,” tambah laporan itu.
Isu Talam ini timbul apabila Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong sebelum ini mendedahkan mengenai pembelian aset berjumlah RM676 juta dan penggunaan peruntukan sebanyak RM392 juta berkaitan Talam oleh kerajaan negeri.
TIGA HARI LEPAS BERITAHU SATU DUNIA PASARAYA MYDIN AKAN SERAP KOS GST DAN DIPUJI MELANGIT SEHINGGA DIJADIKAN CONTOH TELADAN UNTUK DI IKUTI ... YANG INI APA KESNYA PULA????
MYDIN Mohamed Holdings Bhd akan menyerap kos GST sebanyak RM15 juta daripada keuntungan bulanan pasar rayanya yang dianggarkan mencecah RM300 juta bagi membantu pengguna berdepan pelaksanaan cukai itu yang bermula esok.
Malah, kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, menerusi perbincangan dengan pembekal, sebanyak 1,500 daripada 3,000 pembekal Mydin telah bersetuju untuk turut menanggung kos GST berkenaan.
Menurutnya, Mydin menganggarkan akan menanggung kos sebanyak dua peratus daripada RM15 juta tersebut, diikuti dengan pembekal sebanyak dua peratus serta kebenaran menuntut kembali cukai daripada kerajaan, juga sebanyak dua peratus.
“Kita masih belum dapat menentukan secara tepat jumlah peratusan yang akan ditanggung tetapi ianya di antara dua hingga empat peratus.
“Kebanyakan pembekal yang bersetuju adalah pembekal tempatan kerana mereka memahami sentimen yang mempengaruhi jualan dan pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas lawatan Timbalan Menteri Kewangan ke Pasaraya Mydin USJ, di Subang Jaya dekat sini, hari ini.
Ameer berkata, pembekal tempatan turut memberi kerjasama baik membantu Mydin dalam mengekalkan harga barangan.
Sikap itu katanya, berbeza dengan syarikat berstatus multinasional yang didakwanya lebih menumpukan keuntungan.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan agar terus menggesa syarikat berkaitan memberi kerjasama lebih baik membantu rakyat menghadapi GST serta kos sara hidup yang tinggi.
Mengulas harga barangan, Ameer menegaskan faktor itu dipengaruhi oleh harga bahan mentah dunia dan pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya memberi jaminan tempoh harga barangan akan turun atau dinaikkan.
“Ia dipengaruhi oleh harga komoditi. Sebagai contoh harga koko telah jatuh sebanyak lima peratus, oleh itu harga barang makanan berasaskan koko tidak tidak sepatutnya naik,” katanya.
Beliau turut menasihati pengguna agar bijak dan lebih peka dengan situasi semasa dan berani menyoal jika mendapati harga sesuatu barangan itu mahal.
Selaras pelaksanaan GST mulai esok, Mydin telah melancarkan kempen ‘Gerenti Semua Mydin Tanggung, Harga Tak Naik!’ di seluruh 260 cawangannya di seluruh negara.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan berkata Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan akan terus memantau pelaksanaan GST secara berterusan. – Bernama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa lebih ramai peniaga mencontohi pasaraya Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, langkah Mydin itu disambut baik kementerian kerana dapat membantu menjayakan inisiatif yang diambil kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi negara.
"Ini yang kita alu-alukan kepada peniaga yang memikirkan kepentingan negara diutamakan lebih daripada keuntungan sendiri.
"Ini diharapkan akan menjadi contoh kepada peniaga lain. Pada saya apa sahaja tindakan yang kerajaan ambil melalui GST adalah sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat dan pengukuhan ekonomi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memuat naik iklan yang dikeluarkan Mydin melalui laman Twitternya mengenai penyerapan GST yang bakal dilaksanakan secara sukarela oleh syarikat runcit itu apabila GST dilaksanakan Rabu ini.
Ditanya mengenai kemungkinan syarikat lain mengikut jejak langkah Mydin, Hasan berkata, beliau lebih mengalukan syarikat berkenaan mengumumkan sendiri pendirian masing-masing.
Realitinya????? Seorang pengguna dan pelanggan Pasaraya Mydin Kuala Terengganu mengemukakan bukti betapa itu semua adalah omong-omong kosong retorik habuk pun tarak punya propaganda.
Ternyata diresit pembeliannya hari ini tercatit nyata ada dikenakan GST 6% .... Serap apa kejadahnya macam ini????
Mohon Mydin Mohamed Holdings Berhad berikan respon dan penjelasan demi pencerahan... Jangan nanti dituduh cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap.
TAK NAK BAYAR CUKAI SILA DUDUK DI BULAN KATA KETUA UMNO BAHAGIAN LANGKAWI.
" tak mau bayar cukai pi dok di bulan. Memang kerajaan hidup atas cukai pada rakyat termasuk kelantan."
" gst membantu negara dan akhirnya membantu rakyat. Kalau negara bankrup maka rakyat pun mampus"
Inilah kata-kata indah bertaraf keramat yang tersembur dari lubuk hati yang jujur lagi ikhlas dari seorang yang mengepalai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai Pengerusi .. menjadi Ahli Parlimen Langkawi merangkap Ketua UMNO Bahagian Langkawi.
Sebelum ini pernah pemimpin hebat lagi agung ini menyelar keturunan Jawa agar balik ke Indonesia dan hina mayat mendiang YB Karpal Singh .. kali ini naik lagi setakuk ... hina kebijaksanaan rakyat ... suruh duduk di bulan kalau enggan bayar GST.
Suruh pindah kenegara lain dan duduk dihutan sudah biasa rakyat dengar jika bersongsang pendirian .. kini mamat ini sudah menlangkui masa dan suasana ... suruh rakyat duduk di bulan pula dan kerajaan kutip cukai kalau tidak rakyat akan mampus.
Pergh!!! nampaknya jika Hasan Malek dan Ahmad Maslan CGPA 3.85 kena pecat atau letak jawatan, sudah ada pengganti yang amat sesuai malahan lebih hebat lagi.
Tahniah YB Dato' Ir Nawawi Ahmad ... masa depan anda dalam UMNO sebagai pemimpin ulung amatlah cerah sekali.
BERITA GEMBIRA UNTUK PENGGUNA DAN PELANGGAN STREAMYX DAN UNIFI ... GST AKAN DIKENAKAN.
Pengenalan GST membuatkan pelbagai pihak mengemaskini harga tawaran perkhidmatan mereka, dan turut tidak ketinggalan adalah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, iaitu Telekom Malaysia.
Terkini, mereka dilihat telah pun mula mengemaskini harga pakej untuk Streamyx dan juga UniFi dengan penambahan caj GST.
Seperti ramai sedia maklum, pengenalan caj GST membuatkan penyedia perkhidmatan dan produk menambah 6% ke atas penawaran mereka.
Kini, dengan penambahan tersebut, pakej Unifi VIP 5 disenaraikan pada harga RM157.94, VIP10 pada harga RM210.94, dan VIP20 pada harga RM263.94. Potongan harga sebanyak RM2 diberikan untuk setiap pelanggan yang memilih pilihan autopay untuk akaun mereka.
Untuk Streamyx pula, Telekom Malaysia menyenaraikan pakej BB Deal 1Mbps pada harga RM116.60, BB Deal 2Mbps pada harga RM137.80, BB Deal 4Mbps pada harga RM148.40 dan juga BB Deal 8Mbps pada harga RM169.60 sebulan.
Semuanya hadir dengan potongan sebanyak RM2 jika pembayaran dibuat secara autopay.
MEMBANGUN DAN MAJU BERSAMA.
EDISI AHMAD MASLAN KANTOI SAMPAI TERLONDEH ....TOP-UP PRABAYAR TETAP DIKENAKAN GST.
GST 6% ganti SST 6% pada top-up prabayar skrng ini . Oleh itu tidak boleh utk top-up dinaik harga spt rm 10 kpd rm 10.60.
GST menggantikan cukai perkhidmatan yang dikenakan pada top-up prabayar
Begitulah lunak, enak, merdu dan syahdunya ayat Timbalan Menteri Kewangan CGPA 3.85 Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yan cukup terkenal seantaro dunia sebagai pemimpin yang paling bijak bistari, tegas dan janji ditepati.
Realitinya??????? ... Rakyat tetap juga dikenakan caj GST 6% setiap kalai beli top-up untuk talian pra-bayar ... rakyat rasa tertipu dengan kata-kata hebat keramat Timbalan Menteri CGPA 3.85 ini.
Ingin Omak Kau beri peringatan sedikit ... majoriti menggunakan talian pra-bayar ini ialah anak-anak muda ... kelompok inilah yang akan menentukan kalah menang dan parti mana yang duduk di Putrajaya selepas PRU 14 nanti.
Anak-anak muda ini cukup terkenal sebagai sifat semula jadi berdarah panas, enggan ditipu dan akan bertindak balas dengan pantas.
Kisah top-up ini mau tidak mau, suka atau pun tidak akan menjadi isu yang amat dekat dihati mereka ... apabila mereka merasakan diri mereka ditipu dan dianiaya serta ditindas sudah pasti rasa kemarahan dan tidak puasti akan diterjemahkan dalam bentuk undi pada PRU 14 nanti.
Paling digeruni ialah sudah pasti mereka akan sedaya upaya berusaha untuk pujuk dan hasut ibu bapa mereka untuk ikut naluri pilihan parti mereka.
Permulaan pelaksanaan GST sudah nampak bayang-bayang kegagalan pihak berkuasa tangani dengan baik dan jayanya.
EDISI KANTOI ... CAKAP BERDEGAR KATA TALIAN PRA-BAYAR (PREPAID) TAK NAIK HARGA LEPAS GST ... YANG INI APA CERITA????????
Akhirnya kerisau rakyat selama ini terbukti dan ternyata benar.
Sebab itu bila sembang jangan terlampau kencang sangat .... mendabik dada jangan terlalu kuat .. cemuh jangan terlalu nyaring sebab akhirnya bila terbukti segala pertuduhan itu sahih lagi benar maka mana nak sorok muka.
Inilah yang terjadi kepada pengendali/pentadbir suatu akaun laman sosial Facebook Friends of BN - Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh cuba memberi keyakinan betapa para pengguna dan pelanggan talian pra-bayar (prepaid) tidak perlu risau dan khuatir, sebab setiap kali top-up tidak akan dikenakan GST sebab prepaid sudah dikenakan SST sebelum ini.
Nah!!! sekarang apa nak cakap apabila salah seorang pengguna prepaid telah dikenakan GST ketika beli di kedai 7-Eleven awal pagi tadi sebagai menguji kebenaran kata-kata pengendali/pentadbir Friends of BN - Barisan Nasional.
Apakah setiap kali beli to-up prepaid selepas itu pergi buat aduan??????
Kalau tanya Hasan Malek dia akan jawab KPDNKK tidak cukup kakitangan untuk pantau.
Tuesday, 31 March 2015
SEKADAR BERKONGSI BERITA GEMBIRA UNTUK BAKAL PARA PESAKIT PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM), PUSAT PERUBATAN UM (PPUM) DAN HOSPITAL SAINS MALAYSIA (HUSM) .... MULAI ESOK SEMUA PESAKIT AKAN DIKENAKAN CAJ 6% UNTUK GST.
Bacalah sendiri dan hadam apa yang tertera dengan makluman diatas .... selamat menyumbang kepada GST 6% ... anggaplah ianya suatu jihad .. kalau rasa keberatan dan tidak bersetuju jangan datang ke pusat-pusat perubatan yang tersebut di atas.
3 PENGARANG THE MALAYSIAN INSIDER (TMI) DIBEBASKAN SEBENTAR TADI SETELAH MAJISTRET MENOLAK PERMOHONAN PERINTAH REMAN.
Tiga pengarang kanan The Malaysian Insider (TMI) – Pengarang Urusan, Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Amin Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana, Zulkifli Sulong – dibebaskan kira-kira 8.20 malam tadi di Balai Polis Dang Wangi.
Kesemua mereka berada dalam keadaan bersemangat dan ceria walaupun terpaksa bermalam di lokap Balai Polis Dang Wangi sejak petang semalam.
Magistret pagi ini menolak permohonan perintah reman polis ke atas mereka dan mengarahkan ketiga-tiga mereka dibebaskan petang ini.
Mereka ditahan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang datang ke pejabat TMI di Mutiara Damansara semalam, susulan laporan polis dibuat seorang pegawai Majlis Raja-raja sebelum ini berhubung satu artikel TMI bertarikh 25 Mac mengaitkan Majlis Raja-raja dengan isu hudud Kelantan.
Pihak berkuasa turut merampas telefon dan komputer riba milik pengarang berkenaan bagi membantu siasatan.
Pagi tadi, penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq turut ditahan selepas kedua-duanya diminta hadir ke Balai Polis Dang Wangi bagi merekodkan kenyataan masing-masing berkaitan artikel itu.
Kedua-dua individu berkenaan dijangka akan ditahan sekurang-kurangnya 24 jam sementara menunggu pendengaran reman di mana polis dijangka memohon perintah itu esok.
Pemimpin masyarakat sivil yang juga bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menghadiri pendengaran reman ke atas tiga pengarang itu jam 11 pagi ini di balai polis tersebut sebagai tanda sokongan beliau.
Menurut laporan yang menjadi pertikaian itu, memetik sumber, Majlis Raja-raja dikatakan menolak cadangan meminda Akta 355 iaitu undang-undang persekutuan yang perlu dipinda bagi membolehkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Kelantan yang menguatkuasakan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan.
Laporan itu turut menyatakan, cadangan untuk meminda undang-undang itu berdasarkan satu laporan bersama Jawatankuasa Teknikal Hudud, yang dianggotai pegawai agama negeri Kelantan dan pegawai kerajaan persekutuan.
Jawatankuasa dikatakan menyediakan laporan mengenai cadangan pindaan itu untuk dipertimbangkan Majlis Raja-raja dalam mesyuarat mereka pada 11 Mac, tetapi ia tidak dibentangkan.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis pada 26 Mac menafikan Majlis Raja-raja membincangkan perkara itu, mengatakan ia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud Kelantan.
Pengarang berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000, tiga tahun penjara atau kedua-duanya.
Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
KOLEKSI GAMBAR BANJIR KILAT MELANDA SUBANG JAYA.
Hujan yang turun dengan lebatnya untuk beberapa jam mengakibat sebahagian Subang Jaya dilanda banjir kilat yang teruk.
Kawasan yang teruk terjejas ialah USJ 1 hingga USJ 14 ...
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...






























