Thursday, 2 April 2015

KOLEKSI GAMBAR NAJIB TURUN PADANG TINJAU PELAKSANAAN DAN IMPAK GST





LOKASI: Pasaraya Giant Kota Damansara


Dengan ditemani para pemimpin beberapa persatuan pengguna seperti FOMCA, CAP dan PPIM, Perdana Menteri Dato' Seri Najib telah membuat terjahan mengejut bagi melihat sendiri pelaksanaan GST diperingkat akar umbi serta mengetahui secara langsung dan terus akan kesan dan impaknya kepada pengguna.

Gerak kerja beginilah yang amat dialu-alukan oleh rakyat .. semoga akan kerap melakukannya demi memastikan rasa tidak terkesan dan tertekan teruk dengan pelaksanaan GST serta para peniaga tidak akan ambil kesempatan atas kejahilan rakyat yang kurang maklumat disebabkan kegagalan pemimpin yang diberi amanah dan tanggung jawab membuat pemahaman iaitu tidak lain tidak bukan Ahmad Maslan CGPA 3.85.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melakukan tinjauan harga barangan di pasar raya Giant Kota Damansara di sini, pada hari pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Berbaju kemeja putih, Najib tiba di premis berkenaan pada pukul 4.45 petang dan mengujakan orang ramai yang terkejut dengan kehadiran perdana menteri.

Najib kemudian mengambil bakul pasar raya berkenaan dan singgah di bahagian produk penjagaan diri serta membelek harga produk-produk di bahagian berkenaan sebelum mengambil ubat gigi.

Beliau turut ke bahagian menjual minuman, makanan dan sayur-sayuran dan membuat pembelian antaranya milo, roti dan nanas.

Ketika berada di pasar raya besar itu, Najib yang diiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N.Marimuthu dan

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris, turut berbual dengan pekerja-pekerja di situ.

Najib juga beramah mesra dan bergambar dengan pengunjung pasar raya besar itu.

Selepas 20 minit meninjau barang-barang, Najib kemudian ke kaunter membuat pembayaran dan melihat resit pembayarannya.

Perdana menteri turut memuat naik resit pembelian dalam akaun twitternya.

"Mudah baca dan jelas dalam resit mengenai perbezaan barangan berkadar standard dan zero rated GST (kadar sifar GST). Bagus," kata Najib dalam catatan Twitter itu.

Selepas membeli-belah, perdana menteri kemudian berbincang bersama-sama Nadzim, Marimuthu dan SM Mohamed Idris mengenai isu-isu kepenggunaan di sebuah premis makanan yang terletak dalam bangunan pasar raya besar itu.

Dalam entri Facebooknya, Najib menulis: "Saya lihat harga barang di sini berpatutan dan barangan keperluan asas berkadar sifar seperti yang ditetapkan Kerajaan".

Terdapat lima keping gambar dimuat naik di dalam Facebooknya, antaranya sedang membeli barangan, menunjukkan resit dan bergambar serta bersalaman dengan orang ramai di pasar raya itu.

Malaysia mula melaksanakan GST hari ini yang dilihat sebagai satu pembaharuan penting dalam usaha memperkukuh ekonomi negara dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Langkah itu menyaksikan Malaysia menyertai barisan lebih 160 negara di dunia yang  memperkenalkan GST, termasuk tujuh negara rantau Asia Tenggara yang menganggotai Asean.

Pada kadar GST enam peratus - kadar yang paling rendah dalam kalangan negara Asean – kerajaan menyasarkan hasil dikutip untuk kegunaan pembangunan dan meningkatkan infrastruktur sosial.

14 comments:

  1. Prk matang pauh dah mola....nurul nuha dah kempen sambil dokong anak kecik. ..airmata jadi srnjata...nnpk keluarga ni ssgt kroni dan nepotisma nya...pas plak tutup kedai. ..selamat undi di matang.

    ReplyDelete
  2. Aiii....lain macam bunyi ayat omakkau ni....mana pegi ayat perli anti-GST? Apapun....fuck them all..both side..tak guna rakyat pilih wakil di Parlimen kalau dah masing2 pakat penuhkan tembolok masing2.....tahniah kpd kerajaan, kerana mendapat pembangkang yg macam sial asyik berpolemik dan politik cara kampung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro...jika pembangkang menang gst akan terus digunakan juga sebab alasan itu bukan projek kami tapi ia projek kerajaan barisan nasional yang terdahulu...masaalah dimsia bukan kerana faktor hasil cukai tapi bagaimana cukai itu dibelanjakan yang mana kenapa kerajaan bn jatuh miskin serta berhutang hingga paras hidung walaupun pelbagai sumber asli banyak dan rakyat membayar segalanya sedangkan negara yang tiada sumber asli boleh kaya raya...pemimpin bn sering nasihat rakyat belanja berhemah sedang waktu yang sama mereka boros berbelanja,ketirisan,kerugian dan lain lain ...kesimpulannya ini adalah kegagalan BN kehkehkeh

      Delete
    2. Saudara 9:24, i must agree with u..pemimpin gagal mengurus tadbir...hak rakyat diketepikan....pembangkang sudah jadi pembangang ala flip flap klip klap....sepatutnya "Kita Lawan" semasa berhuja di Parlimen....bukan "Kita Lawan" sambil berguling di jalanraya...bodoh punya pembangang!

      Delete
  3. Bagus PM turun padang. Bolehlah dia gelak dalam hati dgn membuat perbandingan belanja majlis perkahwinan anaknya dgn belanja dapur rakyat yg kian terhimpit.

    ReplyDelete
  4. Kerana DAP PRK Permatang Pauh akan dimenangu oleh BN walaupun ada isu GST. PAS sudah kecil hati, orang melayu rata2 cop DAP n PKR anti agama. Aku tak kata persrpsi tu betul tapi INI adalah persepsi pengundi melayu

    ReplyDelete
  5. Kerana DAP PRK Permatang Pauh akan dimenangi oleh BN walaupun ada isu GST. PAS sudah kecil hati, orang melayu rata2 cop DAP n PKR anti agama. Aku tak kata persrpsi tu betul tapi INI adalah persepsi pengundi melayu

    ReplyDelete
  6. Macamana saya nak bunuh ibu puspita ni? Sibuk promosi judi...sial punya betina!!! Dan omakkau....tolong delete kempen judi macam ni. Apakah anda juga penyokong judi?

    ReplyDelete
  7. Pi mampus lah PM bodoh nie..

    ReplyDelete
  8. Pembangkang bercakaran. Mudah2an pengundi Pematang Pauh bertindak bijak mengundi dengan waras. Sebabnya dengan masaalah yang bertimpa2 dalam pengurusan kerajaan dengan gstnya dan berbagai2 lagi tetapi masih nak di perlembu juga, memang le tak waras.

    ReplyDelete
  9. Hahaha...
    Rakyat jadi bodoh bila gst hudud di putarbelitkan malah kerisauan semakin ketara. Rakyat tidak di pedulikan namun rakyat cina tetap sokong penuh pembangkang sebab hanya mrk dapat suarakan kepedihan dan hak cina di pertahankan di negara ini. Melayu pula saling merebut kuasa dan hak mrk di pertahankan namun siapa melayu nak sokong???? Maka terpulang dimana sokong umno melayu juga merana sokong pembangkang takut pula dgn perubahan kuasa bagaimana suatu hari nanti tetap akan berubah jua sebab tanpa perubahan negara akan terhenti dari kemajuan seterusnya. Corak pemeritahan negara harus bertukar wajah alaf baru atau rakyat semakin merana di negara sdr dan rakyat asing menguasai negara ini di mana mrk lebih maju dan kaya dgn perbagai kemudahan. Masa depan rakyat malaysia gelap kalau negara tiada perubahan pemeritahan ini kenyataan.

    ReplyDelete
  10. Muka da mcm babi laknat da sekor ni...

    ReplyDelete
  11. Orang kampong beli barang kat giant ke.....bodoh punya olang.......oang kg. tak kena gst ke.......dia ingat orang bandar je nak makan.......pundek betul....

    ReplyDelete
  12. Bodek jagan xbodek.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...