KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 22 April 2015

AHMAD MASLAN BUAT AKU JANJI TIDAK AKAN BERHENTI BERCAKAP PASAL GST WALAUPUN ADA DESAKAN KUAT DARI RAKYAT.


Setelah 22 hari pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tampil memberikan penjelasan terperinci mengenai punca cukai terdahulu, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diganti dengan GST.

Beliau berkata, GST lebih telus kerana tercatat dalam resit pembelian berbanding sistem cukai kepenggunaan seperti SST yang dilaksanakan sejak 1972 yang cajnya tersembunyi.

“Pernahkah kita terfikir mengapa 170 daripada 193 negara dalam dunia ini melaksanakan GST? Adakah mereka melakukannya kerana menzalimi rakyat?

“Angka 170 itu termasuk negara mundur, berpendapatan sederhana rendah, berpendapatan sederhana tinggi seperti Malaysia dan juga negara-negara maju.

“Pernahkah kita cuba mencari jawapan mengapa 43 daripada 57 negara dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) melaksanakan GST? Pasti negara-negara berkenaan arif mengenai hukum pelaksanaan cukai berkenaan daripada sudut Islam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurutnya, rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi celik kewangan bermula pada 1 April lalu, dahulu tidak pernah menimpan resit barangan tetapi kini disimpan dan sebar menerusi aplikasi WhatsApp ke seluruh dunia.

Beliau berkata, walaupun penguatkuasaan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan juga Kastam, rakyat kini sedang menanti peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

“Mahkamah di setiap negeri akan menjalankan proses pendengaran kes itu bagi mempercepatkan perbicaraan, hukuman denda dan penjara menanti peniaga yang melakukan kesalahan.

“Sifar GST dikenakan ke atas makanan asas yang dibeli dalam peratusan yang tinggi seperti beras, tepung, gula, garam, rempah, sayur-sayuran dan juga lain-lain.

“Perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, penyewaan rumah dan urusan kerajaan juga dikecualikan GST, model GST sifar seperti ini hanya terdapat di Malaysia sahaja.

“Kadar 6% pula adalah terendah di dunia selepas tiga negara lain yang mengenakan kadar sebanyak 5%.

“GST adalah perubahan sistem cukai yang terbesar dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebut fakta ini dalam perjumpaan dengan pihak Kastam pada 30 Mac lalu.

“Menurut Kastam, GST akan stabil dalam masa enam bulan dari tarikh 1 April lalu namun harapan saya, GST akan stabil dalam masa tiga hingga empat bulan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti bercakap mengenai GST kerana jika tidak, pembangkang akan menang dengan kenyataan yang telah diputar belit mereka.

“Ada orang minta saya berhenti bercakap tentang GST. Jika saya ikut kata mereka itu, maka pembangkang akan menang dalam putar belit mereka merosakkan minda rakyat. Saya tidak akan berhenti menjelaskan yang GST lebih baik daripada SST.

“Saya harap GST boleh stabil dalam masa 3-4 bulan, mudah-mudahan. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dalam twitter @ahmadmaslan,” katanya.


LAGI KERAP AHMAD MASLAN BERCAKAP DAN BUKA MULUT LAGI TERUK IMEJ DAN KREDIBILITI KERAJAAN UMNO/BN.



KENA TERIMA HAKIKAT BAHAWA AHMAD MASLAN INI SUDAH MENJADI LIABILITI KEPADA UMNO/BN.



TIDAK DIPECAT SUDAH DIKIRA UNTUNG.

7 comments:

  1. Betul negara mereka ada gst tetapi adakah pemimpin negara mereka laki bini tibai duit rakyat membabi buta untuk joli sana sini lihat gaji rakyat negara mereka ada mcm mesia...wang negara tiris sana sini....bg saya pemimpin yg korap wajib ditukar segera gantikn pemimpin yg ada amanah...

    ReplyDelete
  2. Hahaha....
    Negara adakan gst dari dulu lg tetapi kemudahan pasarana perbangunan jln raya berkualiti lain pula negara ini peruntukan 1 billion tinggal kurang dari separuh utk pembinaan siapa yg untung??? Rakyat ke kroni??? Gst utk pembangunan bukan utk rasuah kayakan kroni perasuah susahkan rakyat.
    Malah bila pemimpin tak mampu jlnkan amanah rakyat mrk akan di tukar tanpa ada pegang kuasa selamanya tak mahu lepas .

    ReplyDelete
  3. Keluar aje perkataan dari mulut pemimpin umngok ni bodoh...kalau tak menipu bodph kslau tak bodoh menipu..
    Baik pm Bini pm kpn abg kpn mufti..apatah lagi macai umngok...yg dia tau copy phase.
    Kenapa ha dia orang ni bnyk makan duit haram ke...

    ReplyDelete

  4. AKU DAH BOOOOSAAANNNNN DG GST NIIIII


    ReplyDelete
  5. Mat Maslan...the more u talk the more catastrophic it could be. Just keep your mouth shut and go see the rakyat and try to share the pain. U r just like Samy Vellu of no value. Mat Maslan, Hassan Malek & Rani Kulup. You 3 stupid clowns better do your own reality show and try to sell to TV3 suku.

    ReplyDelete
  6. Orang BODOH kalau tak cakap pun mmng nmpk BODOH..tp kl dia cakap, kt tak akn sangka yg dia lbh BODOH dr yg kt sangka.. AHMAD BODOH MASLAN AL- BODOHI...

    ReplyDelete