Tuesday 21 April 2015

BEKAS KPN SEPENDAPAT DENGAN ZAHID BAHAWA PENDEMO ANTI SALIB YANG DIKETUAI ABANG KPN MELAKUKAN KESALAHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948 PINDAAN BARU.



Tan Sri Musa Hassan bersependapat dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pendiriannya semalam yang bantahan penduduk terhadap salib gereja di Taman Medan, Petaling Jaya merupakan satu perbuatan hasutan.

Bekas ketua polis negara itu berkata, kenyataan Zahid itu menjelaskan lagi kelakuan hasutan mereka yang terlibat sebagaimana yang termaktub dalam pindaan baru Akta Hasutan 1948.

“Akta Hasutan kini, dalam pindaan yang baharu, ada menyentuh soal agama. Jadi, itu adalah isu hasutan.

“Oleh kerana menteri sendiri mengatakan itu satu hasutan, berkemungkinanlah ada dalam Akta Hasutan pindaan baharu,” katanya.

Kenyataan Zahid semalam bercanggah dengan pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak menganggap bantahan itu sebagai hasutan.

Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli parti yang menyertai bantahan itu.

Sebelum itu, Khalid menolak wujud elemen hasutan atau jenayah dalam protes yang diadakan pada Ahad ketika penganut Kristian sedang menjalankan upacara keagamaan mingguan mereka.

Menurutnya, isu itu tidak melibatkan agama Kristian tetapi hanya pertikaian mengenai kesesuaian lokasi gereja di kawasan majoriti Melayu Islam.

"Kami tidak melihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh mengenai agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja.

"Kami mengkaji keseluruhan isu dan ia bukan berunsur hasutan kerana ia bukan mengenai agama Kristian," kata Khalid, sambil menambah yang salib itu kemudiannya diturunkan susulan permintaan yang dibuat anggota masyarakat.

"Tidak terdapat keganasan," katanya.

Musa berkata, tindakan penduduk berkenaan bukan saja boleh dikira sebagai hasutan, tetapi juga boleh ditafsirkan sebagai kesalahan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, 298A, cuba mewujudkan pergeseran antara agama.

“Saya tak boleh komen panjang sebab saya tak tahu (lanjut) mengenai pindaan (Akta Hasutan) yang baharu ini," katanya.

Katanya, beliau tidak pasti sama ada pindaan itu memperuntukkan tindakan membangkitkan isu agama, untuk menghina atau memecah belahkan antara kaum, adalah tergolong perkara menghasut.

Ditanya pendapatnya sama ada menganggap insiden bantahan itu berkaitan agama, Musa berkata: “Bagi saya berkaitan agamalah. Ada pihak yang tak berpuas hati, salib itu ada di situ.”

Ahad lalu, kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu itu menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana dikatakan mencabar agama Islam.

Salah seorang dari pemimpin UMNO yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Khalid.

Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.

Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu.

12 comments:

  1. Pembersihan Puak Dalam PKR
    (Update Belakang Tabir PKR Oleh SOM)

    Saya tidak mahu menyamakan apa yang sedang berlaku dalam PKR waktu ini adalah satu proses pembersihan etnik. Iya, ia jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Bosnia-Hazegovina kira-kira 10 tahun lalu dimana Bosnia Serb melakukan "ethnic cleansing" pembataian ke atas warga Bosniaks.

    Tetapi kaedah atau pun emosi yang sedang berbuak-buak dalam sesetenhgah orang dalam PKR kini, sama dengan apa yang berlaku di Bosnia itu, iaitu perasaan atau apa dinamakan kegilaan untuk menghapuskan satu kumpulan dan menobatkan satu kumpulan yang lain bagi menguasai PKR sepenuhnya. Tindakan ini sesungguh kejam dan tidak berhati perut. Biarlah saya menamakan apa yang sedang berlaku kini sebagai proses "menghapuskan puak" (group cleansing) dalam PKR.
    Masih segar dalamingatan kita bagaimana kumpulan yang tidak sebulu dengan nepotism sang pentahyul handalan telah dihina, difitnah sewenang2 wenangnya. Mangsa2 juak2 nepotism ini termasuk TSKI dan Che Gu Bard. Sudah kedengaran dari sumber2 tertentu yang Azmin pun akan dimangsakan.


    Sedar atau tidak, setuju atau tidak, inilah hakikat yang sedang berlaku dalam parti berasakna keadilan social itu yang perlu diambil perhatian oleh semua orang. Mereka yang menolak hakikat ini sengaja membutakan mata dan hati mereka. Pastinya proses yang rancak berjalan ini sangat disukai oleh musuh PKR kerana ia membawa laba untung buat mereka.

    ReplyDelete
  2. Di copy paste atas permintaan Jeff


    Salam Admin,

    Janganlah dimaki reformist yg menolak amalan nepotism. Lupakah Azmin reformasi 1998 menolak Dan menentang kronism dan nepotism.

    Suara akar umbi sudah tak dapat disimpan lagi kerana Anuar telah mungkir Jani.

    Kepada Jesse, Wak Yanto, Tulang Badak, super murai, wak rani DLL, Sila copy and paste warkah saya ni sebelum posting.

    Jgn marah admin. Kami sayangkan PKR tapi Anuar telah membuat PKR bagai Hak keluarga dia.

    Dgn Rendah diri Dan Penuh Ikhlas

    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg Originel

    ReplyDelete
  3. Sudah masa untuk Berjasa Isma bertanding di Permatang Pauh. Dgn adanya Berjasa Isma, maka ia nemberi piluhanhan kpd pengundi2 yg sayangkan hudud. Harus diingat DSWA menentang hudud

    Saryanto Rudiman bin Wardano Jalilun
    Nibong Tebal
    Seberang Perai, Penang

    ReplyDelete
  4. KENAPA WAN AZIZAH TAKUT BAYANG - BAYANG SENDIRI!!!

    Huh! Memang patut sangat la dia ni tak dapat jadi Menteri Besar Selangor sebelum ini. Nama je Presiden PKR, tapi nak buat keputusan sendiri pun takut. Macam mana dia boleh jadi pemimpin?

    Setakat mengharapkan nama suami untuk jadi wakil rakyat, baik tak payah. Buang masa je angkat orang macm tu. Memang sah - sah dia takkan mampu buat kerja untuk menjaga kebajikan rakyat.

    Patut la dia mudah sangat kena tikam dari belakang dan dikhianati oleh Timbalan Presiden sendiri. Kelemahan dia menjadi pemimpin itu yang menjadi punca keGAGALan parti dia sendiri.


    Sekarang, bila orang tanya pasal calon di Permatang Pauh, dia sendiri pulak yang takut - takut nak umum. Sebab apa? Sebab dia takut tembelang dia akan pecah. Nanti, habis satu Malaysia tau.

    Hakikatnya, Si Wan Azizah tu tak perlu takut dengan bayang - bayang dia sendiri. Semua orang dah tahu dah agenda kaum kerabat dia di Permatang Pauh. Buat apa dia nak main sembunyi - sembunyi lagi?

    Realitinya, dikalangan puak - puak PKR tu sendiri pun mahu dia menjadi calon bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh tu. Kalau bukan dia, siapa lagi yang layak untuk gantikan Si Ketua Penipu tu?

    Takkan pulak dia nak bagi laluan kepada penyokong - penyokong Kartel Azmin Ali untuk merampas kerusi tersebut dan seterusnya menjahanamkan legasi yang ditinggalkan oleh Si Ketua Penipu tu?

    Rasanya, Si Wan Azizah tu tidaklah sebodoh itu untuk melakukan tindakan sedemikian. Lagi pun, dia mesti memikirkan soal kepentingan Politik Peribadi serta kedudukan dia sendiri.

    Kalau dia tak bertanding di Permatang Pauh, maka selepas ini pasti dinasti Si Ketua Penipu tu dalam PKR akan hancur dan ditamatkan. Nak harapkan Si Nurul Izzah, lagi la tak boleh pakai.

    Dia menang pun sebab kerana menabur fitnah terhadap calon lawan sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu. Jadi, apa kemampuan yang Si Nurul Izzah tu ada untuk mengekalkan legasi Si Ketua Penipu tu dalam

    ReplyDelete
  5. AYAM GORENG JINTAN

    Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

    1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
    5 sudu besar pes halia dan bawang putih
    1 biji telur
    5 sudu besar serbuk cili
    sedikit serbuk ketumbar
    sedikit serbuk jintan manis
    garam secukup rasa
    tepung beras secukupnya

    Cara-cara

    Ayam_goreng_style_beriani_1
    Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit
    Ayam_goreng_style_beriani_2
    Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.
    Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.
    Nota: Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng.

    *Hanya gunakan gas Shell untuk memasak. Jika guna gas Petron ia boleh memabukkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam banyak2 komen yg tiada kaitan dengan tajuk diatas...komen ko lah yg paling aku suke sekali...wow...I like!!!

      Delete
  6. Anwar, Azizah kao laki Bini pencen lah kalau sudah tidak bermaya lagi. Seorang yang tidak boleh rasa nadi orang bawahan elok sangat berhenti dariada menceburi bidang politik.

    Baik kao laki Bini jaga anak sulung kao tu. Hadir sesi sentuh anjing, pada masa yang sama memarahi ustaz yang menegur. Tapi lagi baik kao sumpah Nurul Izzah tu Jadi Batu.

    Saryanto Rudiman bin Wardano Jalilun
    Nibong Tebal
    Seberang Perai, Penang

    ReplyDelete
  7. Anon 14.13 kau ni orang ke beruk jadian ?

    ReplyDelete
  8. 纳吉和罗斯玛该死的混蛋丢在坑里尾矿

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tulisan keturunan omak ?
      baru tau.

      Delete

    2. الشعب الصيني بحاجة إلى أن جزءا لا يتجزأ في بحر الصين الجنوبي

      Delete
  9. PKR PARTI INDIA

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...