Sunday 26 April 2015

AZMIN KINI DALAM KEPANASAN ???????



Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali boleh menafikan khabar angin bahawa kemungkinan besar suatu rampasan kuasa bakal berlaku terhadapnya dari dalam partinya sendiri, tetapi realitinya ancaman itu dilihat benar dan jelas.

Azmin Ali telah menjadi anggota penting dalam PKR sejak ditubuhkan dan adalah merupakan salah seorang yang boleh dikategorikan rapat Anwar Ibrahim untuk sebahagian besar kerjaya politiknya. Hubungan yang mungkin diuji untuk sekian kali semasa krisis Menteri Besar Selangor pada tahun lepas.

Walau bagaimanapun, untuk sepanjang masa dia berada sebagai ahli politik pembangkang, Azmin seperti pernah yang diucapkan oleh Hishamuddin Rais @ blogger Tukar Tiub masih lagi produk hasil politik UMNO, dan kita boleh lihat ini dalam muslihat dan pencak silat gerak politiknya.

Kata-kata yang beliau mula dan sudah berjumpa,berbincang secara senyap dengan UMNO sudah mula kedengaran dihebahkan oleh corong-corong radio karat sama ada dilaman sosial maupun portal-portal tertentu menyebabkan watak dan gelagatnya mutakahir ini sudah mulai dipersoalkan oleh anggota parti.

Para pendokong dan penyokongnya melihat beliau bermula dengan sangat baik sebagai MB Selangor, dengan mengambil contoh teladan daripada Presiden Indonesia Joko Widodo mengenai cara untuk berhubung dengan orang ramai di peringkat bawah.

Maka berlakulah adegan-adegan terjah tempat pelupusan sampah, cuci dan gali longkang tersumbat, membuat semburan racun makhluk perosak dibendang, sembur Ridsect dalam bas sekolah, terjah tempat pembiakan nyamuk aedes, cuci kain batik mangsa banjir, mengecat rumah pangsa, makan nasi bungkus dan berkongsi dalam satu talam.

Kesungguhan dan keikhlasannya dalam menyelesaikan sampah tidak dikutip diteruskan dengan menghebahkan no telefon bimbitnya dengan memberi jaminan bahawa arahan khusus telah diberikan kepada semua Yang Di Pertua PBT agar masalah itu tidak lagi berlaku dengan memberi tempuh sehingga hujung tahun 2014 untuk diakur dan dipatuhi.

Sudah pasti cara dan gelagat yang dibawanya ini didepan umum mampu memikat dan memukau rakyat yang perlukan pembelaan secara langsung dengan membuang kerenah birokrasi yang merimas dan membosankan.

Tiba-tiba sejak sebulan dua ini kesemua watak-watak tersebut terus berhenti tanpa notis .. Rakyat dibawah sudah mulai mempersoalkannya.

Ketika mengambil alih jawatan MB Selangor beliau membawa bersamanya beban perjanjian air Selangor dan lebuh raya KIDEX.

Rakyat Selangor kini masih berada dalam dalam kegelapan mengenai kedua isu besar kecuali beberapa kenyataan kencang untuk menyalakan sentimen populis.

Rakyat masih tidak tahu perkembangan status semasa KIDEX, kerana projek tersebut tidak dibatalkan walaupun keengganan Selangor untuk memberi kelulusan kepada pemaju untuk meneruskan.

Perjanjian air Selangor masih diperingkat saling tuduh menuduh dan menunding jari antara Kerajaan Pusat dan Negeri, tanpa penyelesaian ada keyakinan kukuh iannya mampu diselesaikan dalam tempuh terdekat ini.

Peranan beliau dalam menewaskan bekas MB Selangor Khalid Ibrahim terperosok dalam kontroversi juga, kerana ia menjadi pengetahuan dan rahsia umum bahawa Azmin sentiasa mahu dilantik menjadi MB Selangor selepas PRU 13.

Dengan menggunakan isu Perjanjian Air dan Lebuhraya Kidex untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim akhirnya menghantui dirinya sehingga kini dan tidak nampak secara jelas yang dirinya mampu dan berkebolehan lebih baik dari Khalid Ibrahim dalam menangani dua isu besar ini.

Yang menjadi perbualan diakar umbi kini ialah sudah wujud 2 kem dalam Parti KeADILan Rakyat antara kem yang diketuai Kak Wan dan Nurul Izzah dengan Kem yang diketuai Azmin sendiri.

Kesetiaan sudah mula dipertikaikan .. kepentingan diri dan menjaga kroni serta penyokong kuat dilihat sudah mula berlaku dan berkembang dan membiak dengan pantas sekali.

Sudah nampak beberapa pemimpin yang dari dulu cukup setia dan kagum dengan DSAI sudah mula mendapat tempat dan diberikan jawatan tertentu dalam pentadbiran Azmin.

Ini membuahkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong dan pendokong dalam KeADILan. Kesetiaan dan kesungguhan berjuang boleh disenyapkan dengan pemberian jawatan.

Ini berlaku semakin parah sebaik sahaja DSAI disumbat kedalam penjara untuk kali kedua.

Kini secara terbuka sudah ada anggota parti tidak mahu melihat seorang lelaki yang bercita-cita tinggi seperti Azmin sebagai peneraju parti keramat ini yang dibina atas darah, keringat dan air mata rakyat.

Ianya bertambah parah apabila sudah terbentuk suatu persepsi betapa Azmin dilihat terlalu mesra dengan parti musuh dalam keadaan kesepakatan dan kemesraan Pakatan Rakyat semakin rapuh. Ini bagi pandangan mereka merupakan suatu ancaman dan akan membantutkan dalam misi dan visi tawan Putrajaya pada PRU ke-14 nanti.

Dengan itu, mana-mana jua ahli politik yang menyimpan cita-cita terlalu tinggi yang tidak sepatutnya, sudah pasti menjadi sasaran.

Untuk memulihkan kepercayaan anggota parti sekali gus merapatkan semua pendokong dan penyokong termasuk anggota parti yang sudah berpecah belah Azmin perlu suatu masa yang agak lama .. suatu tugas bukan mustahil untuk dicapai tetapi terlalu sukar untuk berjaya.

Mudah-mudahan, walaupun ini masalah dalaman parti, tidak bermakna berakhirnya PKR seperti yang kita idamkan.

Semua anggota parti dari kelompok mana pun harus bersatu hati sejiwa sekata untuk memulihkan kembali kekuatan parti seperti sebelum berlakunya krisis dan kemelut MB Selangor.

Lontarkan jauh-jauh sifat sombong, bongkak, angkuh, besar kepala,dendam kesumat dan berpuak-puak .. Dengan kekuatan parti yang sedia ada, perlu akui, untuk mempertahankan Selangor dikira sukar apa tah lagi mau tawan Putrajaya.

19 comments:

  1. Sekurang kurangnya Azmin tak binawe macam Anuar Berahim yg mahu nepotism sfn mencalonkan bini sendiri sebagai mb.

    Yang berdisa dgn nepotism dan kronism DLM PKR adalah Anuar dan keluarga " Suci" beliau

    Diminta Omak kau bermunasabbah diri dlm hal INI.

    Marilah kita beramai2 menolak DSWA untuk kebiakan parti. Kita wajar memboikot beliau di Pmtg Pauh

    Jgn tertipu okey, Azmin tidak bersalah. Yg belakun adalah jijah satay kajang.

    Yg Benerrrrrrrrrrrrr
    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg Originel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi azmin, kumpulkan semua kaki pukul dan samseng2 sekalian. buat konvoi pegi belasah sama itu kak wan anak beranak, lim babi anak beranak dan rafizi. tunggu apa lagi, gerak sekarang....pantas pantas pantas.

      Delete
  2. Apa susuh sangat setiap orang kena belajar ideologi korean utara menperkenakan nepotism utara, anwar salah seorang pengikut setia ideologi nepotisma utara itu. Azmin gagal dalam mengajar pengikut nya nepotism utara itu sebab itu ahli pkr tak puas hati dengan azmin itu

    ReplyDelete
  3. Rakan2 Keadilan,

    kami tidak perlukan undi Ahli Ahli PAS di Permatang Pauh. Dengan sokongan PASMA PKR akan menang Besar di Permatang Pauh.

    Diseru penyokong keadilan memboikot PAS secara total kerana PAS bersama TSKI di Selangor pada 2014.Semua kempen hanyalah memerlukan Support PASMA

    PAS boleh balik kampung tanam jagung.

    (Tolong hebahkan kpd Ahli parti)

    Dave,
    Member since 1999

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmgla menang. Ingat menang Permatang Pauh je boleh perintah malaysia? Dr hatta, jijah,azmin muka tetap kt tmn permata kl. Harap Azmin dpt mengubah PKR.

      Delete
  4. Anwar, Azizah kao laki Bini pencen lah kalau sudah tidak bermaya lagi. Seorang yang tidak boleh rasa nadi orang bawahan elok sangat berhenti dariada menceburi bidang politik.

    Baik kao laki Bini jaga anak sulung kao tu. Hadir sesi sentuh anjing, pada masa yang sama memarahi ustaz yang menegur. Tapi lagi baik kao sumpah Nurul Izzah tu Jadi Batu.

    Saryanto Rudiman bin Wardano Jalilun
    Nibong Tebal
    Seberang Perai, Penang

    ReplyDelete
  5. Salam 1rasuah,

    ambil degree haruslah dgn rasa insaf dan tawadduk. Brp byk A kita score pun tidak punyai impak. Kepandaian bkn asas tetapi perlu meningkatkan syarat minima ambil degre Apa pun kenalan orang dalam atau 'cable' juga perlu memainkan peranan. Walaupun nmpk tidak adil seperti ikut pintu belakang tetapi berjaya melahirkan insan terbilang dan terbilang. bila mereka dikritik anda pula yang dikatakan tidak berakhlak atau tidak pandai bergaul, tak pandai berfikir, tiada soft skill dan tak pandai berkomunikasi. Yang terbaru tiada sijil bererti tiada minda cekap dan tiada innovasi maka terjadilah situasi degree hanya layak menjadi tukang cuci tandas.
    :)Hanya mampu tersenyum.heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di amerika degree kerja di mc d, je Satu pesan pada kau ith degree tak boleh pakai kerja lah jangan harap degree itu

      Delete
    2. Salam 1rasuah,

      Anon 22.09 harus anda ketahui yang bekerja di McD atau Starbucks di Amerika itu adalah lulusan sekolah rendah. Yg punyai degree akan bertugas di A&W, Old Town White Coffee atau Sogo yg menawarkan gaji yg lebih lumayan. Di Malaysia pemegang sijil PMR atau SPM melayakkan mereka bertugas di firma syarikat GLC berdasarkan kepandaian mereka termasuk pegangan politik. Manakala degree pula melayakkan mereka bertugas di bidang berasaskan pertanian moden seperti yang diamalkan di Zambia dan Brunei heee

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

      Delete
  6. Dlm kepanasan? ....sudah tukar ka sekarang ...dulu kata 80% kerja luar 20% ofis dalam ...sekarang 100% ofis dalam jugak ...panas lh tu air cond dlm jugak duduk ...itu terjah2 punya kerja sekarana sapa bikin ...ayoyo kadivele....

    ReplyDelete
  7. Ommako.. yg ko aakit hati sgt dgn Azmin mcm p***mak hang apa hal.. dah la buruk busuk pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omak kau kepanasan sejak azmim ambil aleh kerusi mb dari khalid ibrahim.
      Merepek tak habis2.

      Delete
    2. dah lah omak.buang je la lmbg kat atas tu.ko masuk amno terus hbis cite.hati busuk.hari terakhir aku masuk blog ko ni.sedarlah.azmin x ada salah ngan ko pun.buat dosa buat pe.bye

      Delete
  8. Azmin tunggu masa undur atsu diundurkan....jijsh ads kuasa pecat szmin dari pkr.....pecat hsk mutlak jijah presiden pkr...

    ReplyDelete
  9. Salam 1rasuah,

    Firman Allah s.w.t: dalam Surah al-Maidah: 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,

    Sekarang ini banyak ketidakadilan berlaku. PTPTN digunakan untuk mengayakan kroni. Lesen kolej universiti ntahapapa diberi kepada kroni supaya dapat ambil student result ntahapapa. Hire lecturer SPM 3A yang gagal apply kerja gomen. Semata mata mahu duit PTPTN. MO mereka, lesen kolej diberi kepada kroni, student akan berhutang dengan PTPTN, kolej dapat bayaran full, student berhutang dengan kerajaan (duit rakyat ) dan kerajaan tanggung hutang bila student tidak membayar, kolej tetap untung tanpa risiko. Kroni terus mengaut untung.

    Akibatnya, hutang kerajaan meningkat, student pandai terpaksa berebut kerja dengan graduate bodo dan pendatang makin ramai untuk buat kerja yang ditinggalkan graduate bodo

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai . Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja lah jangan harap dregee itu, di amerika pun orang ada dregee pun kerja dekat mc d je. Satu jawapannya ia. kerajaan selangor hanya manpu bagi biasiawa pun hanya 15 0rang je ia. Phd 3orang ia tak pecaya tanya azmin itu ia. Lupa pesan pada kau ini orang dapat 9a spm tak payah sambung belajar sebab. Perutukan pkr hanya untuk 15 orang je
      Di dunia tak percuma ia.

      Delete
  10. Kalau pandai pun tapi tak cerdik sama seperti ada ilmu tapi tak amal. Kan????????

    ReplyDelete
  11. OMK berseru "Lontarkan jauh-jauh sifat sombong, bongkak, angkuh, besar kepala,dendam kesumat dan berpuak-puak .." Kalau tak berguru dgn Guru Mursyid, amat sukar lagi mencabar utk Azmin sahut seruan ini..sebab sifat-sifat yg nak dilontarkan semuanya deal dgn qalbu...malahan golongan ulama maupun mufti pun belum tentu dapat bantu jernihkan qalbu...

    ReplyDelete
  12. Rupanya masih ramai lg org melayu ni masih kurang cerdik dlm memberi hujah,mencari hujah..asyik kata kata yg x sedap dilihat..patut la sentiasa berada dibelakang terus dibelakang..kesian bangsaku....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...