Monday 27 April 2015

INILAH WAJAH PENGUNDI TERTUA PARLIMEN PERMATANG PAUH BERUSIA 102 TAHUN YANG AKAN KEKAL UNDI CALON PKR PRK PERMATANG PAUH NANTI




“La ni banyak jadi keliru.”

Itulah tanggapan seorang pengundi ‘super emas’ apabila ditanya mengenai calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Ismail Md Aris atau lebih dikenali sebagai Chu Eh berkata, pengundi di kawasan ini ramai yang masih keliru namun yakin Parti Keadilan Rakyat dapat mengekalkan kerusi di parlimen itu.

Kekeliruan ini mungkin timbul akibat permasalahan yang timbul di antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat serta perselisihan faham mengenai isu hudud.

“Payah nak berubah, biarlah PKR menang,” katanya ketika di temui di Mengkuang di sini.

Dia yang berumur 102 tahun kini tinggal bersama anaknya dan mempunyai masalah kesihatan dan kurang daya pendengaran.

Menurutnya, rakyat di Permatang Pauh dilihat gembira dengan kekuatan lama iaitu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang perkhidmatannya kepada penduduk tempatan sebagai ahli Parlimen.

“Fikir tengok la bila orang dah gembira dengan kekuatan lama,” katanya.

Ismail berkata, keperibadian Anwar yang disifatkan bermurah hati dan sering memberikan bantuan dari segi kemudahan dan kewangan menjadikan Ketua Pembangkang itu disayangi.


Dia yang tinggal di Mengkuang Titi sejak tahun 1939 itu berkata, setiap kali Pilihan Raya, kawasan tersebut sering menjadi tumpun namun tiada kekecohan besar yang berlaku kecuali perbalahan kecil untuk memeriahkan keadaan.

“Dahulu saya bersama 30 rakan lain akan berbasikal untuk keluar mengundi tetapi kini semua rakan sudah meninggal dunia tetapi saya.

“Saya akan keluar mengundi dengan menaiki basikal nanti,” katanya yang pernah menerima sumbangan sebuah basikal daripada Anwar Ibrahim sebelum ini.

Walaupun pandangan mata yang kabur dan pendengaran yang kurang baik, Ismail dilihat masih kuat untuk menjalankan rutin harian dan bersemangat apabila ditanya tanggungjawabnya untuk keluar mengundi nanti.

Kerusi PRK Parlimen Permatang Pauh kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau pada 16 Mac lalu bersabit hukuman penjara yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh ialah pada 25 April, manakala pengundian 7 Mei.

Pertandingan PRK Permatang Pauh membabitkan empat calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR, Suhaimi Sabudin dari BN dan dua calon bebas iaitu Salleh Isahak dan Azman Shah Othman.

22 comments:

  1. Betul tu Omak Kau, Hanisyah. Begitupun sepatutnya TSKI kekal MB utk melancarkan gabungan UMNO + PAS....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIA-SIA UNDI LA PAK CIK....YANG MEWAKILI BESOK BUKAN TAU BERBAHAS DI PARLIMEN....ASYIK POLITIK LAKI BINI 24 JAM...

      Delete
    2. Ya fatwa pas.
      Tolak HUDUD keluar islam.
      Pkr tolak hudud. Automatic hukumnya keluar islam.

      Delete
  2. Wan jijah mana peduli orang veteran

    ReplyDelete
  3. Dia ni OTAI...biaq pi lah dia nak pangkah siapa pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Matang Pauh tu, kalau letak kambin wakil PKR pun boleh menang habaq hang! apa nak heran........

      Delete
    2. Sama la felda2 letak beruk kat dacing pun menang juga.

      Delete
  4. BN Menang rakyat senang????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN ke PKR ke PAS ke DAP ke semua sama....bila dah dapat kuasa Rakyat jadi boneka....kat Parlimen memonteng, kalau hadir pun tidurr.........duit elaun naik tiap2 tahun....shit.

      Delete
    2. silap tu boh, pkr dan tuan babinya dapigs memang sehati sejiwa. PAS tidak begitu

      Delete
    3. 12:01 yg bersih, suci lg mensucikn, amal maarof nahi mungkar ada lh UMNO kan kan kan ...kahkahkah

      Delete
    4. 14:17, mana ada yg maksum melainkan nabi...dah ko kenapa? Pendokong manusia anugerah?

      Delete
  5. Undi kali ini isunya GST yang ternyata bebankan rakyat. Kalau BN menang dah sah lah kita ni katak bawah tempurung dan tak payah lah nak membangkang lagi. Bior le deme buncitkan perut selama2 nya. Kalau PKR menang besor siap2 lah BN boleh siap bungkus pakaian. Tu je la ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pkr menang esok gst tak de ke??????

      Delete
  6. Betui la tu.Mantan Pm pun kata hapuskan GST.

    ReplyDelete
  7. Hahaha......
    Pkr menang yg tua undi dan yg muda bijak akan tetap undi pkr sebab gst boikot bn sini kata senang rakyat sana susahkan rakyat maka yg muda bodoh sekalipun tidak akan undi bn kecuali rasuah politik wang utk beli undi yg bijak ambil undi pkr yg bodoh ambil undi bn inilah masalahnya kalau bodog sgt.

    ReplyDelete
  8. Dulu kini dan selamanya...........yeee haaaaa

    ReplyDelete
  9. PKR BARU BAGI BASIKAL PAKCIK TUA NI DAH TERHUTANG BUDI SAMPAI MATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno boleh bg apa? Nk byr hutang bulanan interest 1mdobi pun kn pajak lubang rosmah... Sama itu krishnan keling

      Delete
    2. Pakcik undi parti basikal ye..

      Delete
    3. pakcik tu lagi berotak kalau undi bn kena gst.....cayalah pakcik..

      Delete
  10. Dpt juga basikal harap bn dpt kain pelikat cabuk.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...