Thursday, 16 April 2015
KENYATAAN AHMAD MASLAN CGPA 3.85 MENGENAI GST MEMBUAT RAKYAT JADI EMOSI KATA PAKAR PSIKOLOGI
Emosi rakyat negara ini yang terganggu dengan beberapa kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat bakal pulih dalam sedikit masa lagi.
Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, pelbagai pendapat rakyat terutama di media sosial dilihat proses biasa meluahkan perasaan yang normal bagi setiap manusia.
"Mereka akan menggunakan medium media sosial yang dilihat lebih mudah, selain diakui ia menjadi viral namun masih dilihat normal.
"Memang lumrah bagi manusia apabila rasa ditekan, mereka akan menyatakan rasa tidak puas hati namun ia hanya berbentuk sementara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr Abdul Jalil mengulas keluhan masyarakat terutama di media sosial mengenai reaksi pelaksanaan GST.
Ia menjadi lebih 'panas' apabila Ahmad mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat tidak menyebelahi pelajar kampus.
Ahmad dilaporkan berkata, kenyataannya tentang saranan untuk masak sendiri dimanipulasi kumpulan tertentu.
Bagaimanapun, Bekas Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah menasihati pelajar universiti itu untuk tidak membesarkan isu keperluan memasak di kampus atau rumah sewa selepas pelaksanaan GST sebagai faktor yang boleh menjadikan mereka mati kebuluran.
Dalam pada itu jelas Dr Abdul Jalil, masyarakat akan faham kelak mengenai kenyataan Ahmad mengenai GST yang memberi faedah kepada semua.
"Macam seorang ayah yang memberi nasihat kepada anaknya, semasa kecil anak itu mungkin memberontak dan enggan menurut kata.
"Namun akhirnya apabila anak itu berjaya, dia akan ingat kembali nasihat itu yang membawa kejayaan kepada dirinya, pastinya ia mengambil sedikit masa," ujarnya.
Katanya lagi, walaupun dilihat menjadi kambing hitam, ia disifatkan tidak mematahkan semangat Ahmad untuk terus menjadi perantara kerajaan dengan rakyat dalam isu berkenaan.
"Kemarahan rakyat kini seumpama air limpah, mereka emosi dan ia seharusnya dialurkan ke jalan yang betul agar tidak timbul kesan negatif pada masa akan datang.
"Ahmad perlu bijak menyerap tekanan dan terus memberi penerangan tentang isu yang membawa kebaikan kepada negara," jelasnya.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan kenyataan Ahmad yang memaafkan semua pihak yang menohmahnya mengenai isu GST.
"Saya sedia dari segi mental dan fizikal, tetapi harap pihak-pihak tertentu berlaku adil, janganlah kata ibu saya khinzir, janganlah kata saya mati malam tadi, itu terlalu teruk.
"Menurut pihak kastam, pelaksanaan GST ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk stabil sepenuhnya, jadi saya bersedia untuk dihentam dalam tempoh ini. Tetapi saya harap operasi berkaitan GST akan stabil dalam tempoh tiga bulan ini," katanya.
Sebelum ini, Ahmad menjelaskan pelaksanaan GST boleh menurunkan harga barang seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Anuar sama IQ dgn Ahmad Maslan. Diharap pengundi menolak wan jijah sebgai signal penolakan kpd Anuar low IQ
ReplyDeleteAnuar mana tau kira. Waktu krisis Selangor, titah minta lebih Dari 2, Anuar bagi 1. Bini dia plak tu.
DeleteAdakah Anuar ni bodo atau kurang ajar.
Say no to jijah di PRK Permatang Pauh
Hahaha....
DeleteKamu berdua sama bodoh dan bangang!
Anwar kalau kurang bijak boleh ke bertahan namanya selama ini??? Malah namanya akan jadi lengen dlm sejarah malaysia yg membawa perubahan bumi jajah ini. Macai bodoh hanya pandai bermain jari pengkianat bangsa akan di sita lepas pru 14 .
Bila umno / bn tumbang....rakyat akn dpt kembali harta2 yg dirompak.
DeleteDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan supaya tidak mengkhianati kepercayaan pengundi jika beliau dicalonkan dan menang di Permatang Pauh.
ReplyDeleteNasihat itu diberikan oleh bekas Pembantu Peribadi beliau, Faekah Husin, yang turut menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak lagi mengulangi kesilapan pada 2008.
“Jangan sampai peristiwa 2008 berulang di mana beliau melepaskan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan Wan Azizah ini telah mengecewakan pengundi,” katanya ketika dihubungi FMT pada Selasa.
Faekah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkata, beliau percaya keputusan untuk bertanding itu bukan mudah untuk Wan Azizah kerana beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.
Bekas ahli PKR itu berkata, dia simpati kerana Wan Azizah pernah menyatakan hasrat untuk mengurangkan aktiviti politik bagi memberi tumpuan kepada cucu dan aktiviti keagamaan.
Dia secara sinis menyatakan mengosongkan kerusi semakin membudaya dalam PKR seperti di Permatang Pauh dan Kajang di mana kedua-duanya kerana Anwar bukan faktor rakyat.
Faekah diketahui mempunyai hubungan sangat rapat dengan keluarga Anwar tetapi hubungan itu mula regang selepas dia dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2010.
Dia bertindak keluar PKR kerana tidak bersetuju dengan beberapa keputusan parti termasuk memecat Abdul Khalid dan Langkah Kajang.
Sementara itu, blog pro Pakatan Rakyat, omakkau.blogspot melaporkan ahli akar umbi PKR tidak setuju jika Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh kerana perlu memberi tumpuan di Kajang.
Blog itu mendakwa, PKR sepatutnya meletakkan calon muda yang berkebolehan dan mempunyai pengaruh kuat kerana parti itu sudah berpecah antara kem Mohamed Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar selepas pemilihan 2014 yang lalu.
FMT difahamkan usaha mencalonkan Wan Azizah di Permatang Pauh adalah strategi untuk menyekat Azmin daripada dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. _ FreeMalaysiaToday
Pengundi Permatang Pauh tak kecewa ttp macai umno yg dok meroyan. Kah..kah..kah..
DeleteAzizah jadi calon umno mati akal.
DeleteAngkat jari hantu tegak atas kalu gst menang
Bila budak bahalol jadi Menteri ini lah kesan burok nya pada Rakyat
ReplyDeleteBagai Monyet di bagi Bunga Ros pasti dia Bik punyea
Kalau dh pm pun bahlol menteri2 apa lg...super bahalol la....
ReplyDeleteMemang betul.......kerana Maslan banyak cakap untuk menunjukkan kebenaran nya......maka kenyatannya merapu dan membuatkan rakyat marah dan menyampah...... Dia nak claim dia bijak tapi sebenarnya dia bodoh.....tidak pandai menarik hati rakyat.......tak mahu merendah diri.......sebenarnya program gst nya gagal......tapi olih keerana negara ada peraturan maka rakyat terpaksa mengikut......
ReplyDeleteOrg yang berimosi apabila GST hendak di laksanankan adalah orang yg tak pernah, tak mahu, tak peduli nak ambil tahu jenis barang2 yang kena GST...Padahal mereka dg mudah dapat memperolehi maklumat tersebut dp media2 perdana dan kementerian yang berkaitan....mereka lebih percaya kepada pakar2 jadian yang tak pernah pun bekerja di kementerian yang berkaitan... yang tak tau pasal GST.
ReplyDeleteKesian kpd mereka yang menjadi bahan ketawa di 160 buah negara yg mengamalkan GST
Disebabkan orang perihatin harga baranglah maka orang membantah GST bukan tidak peduli tak ambil tahu, senaraikan biar beribu barang yang tak kena GST konon ada berlaku kenaikan atau tidak? contoh mudah kad pra bayar itu pun dah kantoi....phuiii kena gelak dek telco jer
DeleteSiyal punya gst
DeleteApa salahnya insan yg sering menjadi bahan umpatan kamu?. Sempat ke kamu minta ampun dgn mereka? Tak rasa bersalah ke kamu? Tak rasa berdosa ke kamu? Tepuk dada tanyalah iman.
ReplyDeleteDosa ambik cukai gst kat org miskin
DeleteTak belajar agama ke?
Kalu tak menipu bukan gst namanya
DeleteMari kita selaku ahli pkr jangan undi wan azizh sebab dia telah melupakan pejuang pkr menbasmi nepotisma dalam umno, wan azizh dan anwar telah lupa pejuang asalnya memastikan nepotisma tak lagi parti politik dimalaysia, pkr telah gagal memasti dpa tak amalkan nepotisma dalam parti dan ketua umun sendiri amalka. Nepotisma dalam parti sendiri.
ReplyDeleteIni cukup memalukan pkr itu, ketua umum pkr mengamalkan nepotima dalam parti.
Mana janji dato siri anwar itu nak menghapuskan nepotisma dalam parti di malaysia ini
Dari ahli refomasi 1998 penah
Memakai baju (justice for papa )
kampung baru cabang titiwangsa
Aku ttp sokong keluarga Anuar. Fitnah awak tak terkesan langsung.
DeleteUmno mesti tergolek dog
DeleteBarua Najib komen sendiri jawap sendiri.badak gemuk beli jet baru buat x tahu je..best ke jadi anjing belaan umno..
ReplyDeleteUsah hiraukan macai bodoh mcai penghancur bangsa tingkatkan jenayah susahkan rakyat.....
ReplyDeleteTurun jalan raya ubah negara jajahan ini masa depan negara akan cerah.
Cuba senaraikan tak pyh byk lah, 5 barangan yg turun harga kerana GST?
ReplyDeleteAda???
Lancau...
Cuba senaraikan tak pyh byk lah, 5 barangan makanan asas yg naik harga kerana GST?
ReplyDeleteAda???
Lancau...
Aku rasa yg perlu amat diberi kaunseling oleh pakar segala pakar psikologi mat maslan tu ...rakyat x de masalah pun ...kalu dh kenyataan mamat ni menyakitkan hati rakyat x kan lah rakyat nk meloncat kegembiraan ...gile name nye tu ...kahkahkah
ReplyDeletePakar tu pun sama macam maslan dol
DeleteCelakalah sape2 sahaja yg sokong GST!!
ReplyDeleteBiarkan gst jadi kehancuran umno...
ReplyDeleteBiarkan gst jadi kehancuran umno...
ReplyDeleteJeff jual daging babi ada gst tak?
ReplyDelete