Monday 20 April 2015

PEGESERAN NAJIB/MAHATHIR ... MUHYIDDIN YASSIN BERSAMA-SAMA DENGAN TEAM MAHATHIR???????




Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menegakkan kebenaran, sambil melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat.

Timbalan perdana menteri itu berkata, bekas perdana menteri itu sentiasa menyatakan pendiriannya walaupun ia tidak disenangi kuasa besar dunia.

"Bercakap tentang kebenaran dan keberanian... itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk 'Engaging the young to criminalise war and energise peace' di mana Dr Mahathir merupakan pengerusinya.

Muhyiddin juga duduk di sebelah Dr Mahathir semasa majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.

Susulan memberi kata dua supaya Najib berundur, bekas pemimpin negara yang lantang mengkritik Najib sebelum ini itu mengakui dirinya keseorangan dalam menyuarakan pandangannya dan tidak mempunyai sokongan.


ULASAN OMAK KAU:-

Kini sudah jelas dan terang tanpa perlu lagi bersuluh dimana pendirian Muhyiddin Yassin dalam pergeseran Najib/Mahathir ini.


Menyatakan bahawa Tun Mahathir sentiasa menyatakan kebenaran bermakna dia setuju 100% apa jua yang diperkatakan oleh Tun Mahathir terhadap Najib Razak adalah benar tiada apa melainkan benar belaka.

Ini jua sebagai menyokong desakan Mahathir agar Najib berundur dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Menyokong sudah pasti dilihat ada nikmat dan untung diperolehi .. ikut hukum akal logik apabila Najib turun beliau selaku Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri maka beliaulah yang amat layak menggantikan tempat Najib Razak.

Walaupun sebelum ini nama yang cukup kuat dan kencang diapung dan disebut untuk ambil alih tempat Najib ialah Ahli Parlimen Gua Musang yang merupakan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) namun ianya tidak masuk akal, sebab beliau hanya berjawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian sahaja tanpa memegang jaatan tinggi dalam UMNO peringkat pusat.

Jika perkembangan ini diambil kira maka percakaran dalam UMNO kini sudah masuk ke fasa yang lebih kritikal.

Dari team Najib lawan Mahathir kini pergeseran lebih merupakan Team Najib lawan proksi Muhyiddin, sebab kini persepsi sudah terbentuk bahawa Mahathir kini merupakan proksi Muhyiddin Yassin.

Cara keseluruhannya sokongan akar umbi UMNO masih memihak kepada Najib.





18 comments:

  1. Rakan2 Keadilan,

    kami tidak perlukan undi Ahli Ahli PAS di Permatang Pauh. Dengan sokongan PASMA PKR akan menang Besar di Permatang Pauh.

    Diseru penyokong keadilan memboikot PAS secara total kerana PAS bersama TSKI di Selangor pada 2014.Semua kempen hanyalah memerlukan Support PASMA

    PAS boleh balik kampung tanam jagung.

    Dave,
    Member since 1999

    Sila tulis PAS go home di ruangan komen untuk mengwar warkan penolakan kami terhadap PAS di Permatang Pauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar, Azizah kao laki Bini pencen lah kalau sudah tidak bermaya lagi. Seorang yang tidak boleh rasa nadi orang bawahan elok sangat berhenti dariada menceburi bidang politik.

      Baik kao laki Bini jaga anak sulung kao tu. Hadir sesi sentuh anjing, pada masa yang sama memarahi ustaz yang menegur. Tapi lagi baik kao sumpah Nurul Izzah tu Jadi Batu.

      Saryanto Rudiman bin Wardano Jalilun
      Nibong Tebal
      Seberang Perai, Penang

      Delete
    2. hahahaha
      sokong saryanto rudiman

      Delete



  2. Omak mesti faham itu forum antarabangsa. Takkan nak kondem sesama bangsa kot. Org Malaysia perluah menampakkan memberi sokongan org Malaysia pada mata dunia luar. Barulah org2 luar hormat kpd Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakan2 Keadilan,

      kami tidak perlukan undi Ahli Ahli PAS di Permatang Pauh. Dengan sokongan PASMA PKR akan menang Besar di Permatang Pauh.

      Diseru penyokong keadilan memboikot PAS secara total kerana PAS bersama TSKI di Selangor pada 2014.Semua kempen hanyalah memerlukan Support PASMA

      PAS boleh balik kampung tanam jagung.

      Dave,
      Member since 1999

      Sila tulis PAS go home di ruangan komen untuk mengwar warkan penolakan kami terhadap PAS di Permatang Pauh

      Delete
    2. Memang benarlah istilah bengong tu.
      Muhyiddin sokong Mahathir tu konon nak jaga bangsa di mata dunia.
      Habis Mahathir kutuk Najib, sbb Najib bangsa lain ke di mata dunia?
      Bengong.........?

      Delete
  3. Omak mesti faham itu forum antarabangsa. Takkan nak kondem sesama bangsa kot. Org Malaysia perluah menampakkan memberi sokongan kpd org Malaysia pada mata dunia luar. Barulah org2 luar hormat kpd Malaysia.


    ReplyDelete
    Replies
    1. KENAPA WAN AZIZAH TAKUT BAYANG - BAYANG SENDIRI!!!

      Huh! Memang patut sangat la dia ni tak dapat jadi Menteri Besar Selangor sebelum ini. Nama je Presiden PKR, tapi nak buat keputusan sendiri pun takut. Macam mana dia boleh jadi pemimpin?

      Setakat mengharapkan nama suami untuk jadi wakil rakyat, baik tak payah. Buang masa je angkat orang macm tu. Memang sah - sah dia takkan mampu buat kerja untuk menjaga kebajikan rakyat.

      Patut la dia mudah sangat kena tikam dari belakang dan dikhianati oleh Timbalan Presiden sendiri. Kelemahan dia menjadi pemimpin itu yang menjadi punca keGAGALan parti dia sendiri.


      Sekarang, bila orang tanya pasal calon di Permatang Pauh, dia sendiri pulak yang takut - takut nak umum. Sebab apa? Sebab dia takut tembelang dia akan pecah. Nanti, habis satu Malaysia tau.

      Hakikatnya, Si Wan Azizah tu tak perlu takut dengan bayang - bayang dia sendiri. Semua orang dah tahu dah agenda kaum kerabat dia di Permatang Pauh. Buat apa dia nak main sembunyi - sembunyi lagi?

      Realitinya, dikalangan puak - puak PKR tu sendiri pun mahu dia menjadi calon bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh tu. Kalau bukan dia, siapa lagi yang layak untuk gantikan Si Ketua Penipu tu?

      Takkan pulak dia nak bagi laluan kepada penyokong - penyokong Kartel Azmin Ali untuk merampas kerusi tersebut dan seterusnya menjahanamkan legasi yang ditinggalkan oleh Si Ketua Penipu tu?

      Rasanya, Si Wan Azizah tu tidaklah sebodoh itu untuk melakukan tindakan sedemikian. Lagi pun, dia mesti memikirkan soal kepentingan Politik Peribadi serta kedudukan dia sendiri.

      Kalau dia tak bertanding di Permatang Pauh, maka selepas ini pasti dinasti Si Ketua Penipu tu dalam PKR akan hancur dan ditamatkan. Nak harapkan Si Nurul Izzah, lagi la tak boleh pakai.

      Dia menang pun sebab kerana menabur fitnah terhadap calon lawan sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu. Jadi, apa kemampuan yang Si Nurul Izzah tu ada untuk mengekalkan legasi Si Ketua Penipu tu dalam PKR?

      Kesimpulannya, tak perlu la Si Wan Azizah tu nak main sembunyi - sembunyi dengan rakyat. Kalau ye pun dia takut pada bayang - bayang dia sendiri, jangan la jadi pemimpin MUNAFIK yang takut dengan Kebenaran pulak!!!

      Delete
  4. Pandangan Tun tu ada kebenarannya. Sudah tentu ada sokongan jugak di kalangan ahli UMNO. Kecuali la kalau semuanya keldai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS Kawasan Permatang Pauh hari ini bertegas menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen kawasan itu.

      Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua itu bagi tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.

      "Jika bersetuju (dengan syarat yang diberikan) maka kami PAS Kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini. "Pendirian ini adalah keputusan yang dibuat dan disepakati dalam mesyuarat agung PAS kawasan kali ke-38 hari ini.
      "Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

      Pada Mac lepas, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata hukum Hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR), yang dianggotai PAS, DAP dan PKR.

      Beliau berkata, dasar bersama yang dipersetujui PR adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.

      Pada 18 Mac lepas, Abdul Hadi, yang juga anggota Parlimen Marang mengemukakan notis kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang itu.

      Mengenai pendirian PAS kawasan itu jika PKR mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK itu, Omar berkata masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung perkara itu.

      Ditanya tentang kenyataannya berhubung 'kejutan' PAS Permatang Pauh sekiranya PKR dan DAP menyinggung dasar perjuangan yang didukung oleh parti, Omar berkata: "Kalau saya beritahu sekarang sudah tidak menjadi kejutan lah".

      Beliau berkata, pada masa sama pihaknya juga tidak berhasrat untuk membelakangkan keputusan PAS pusat dalam membuat sebarang pertimbangan. -

      Delete

    2. Nak tanya Tun sikit,.

      Ngapa nangis masa umum nak letak jawatan dulu,
      ngapa pulak tarik balik kemudiannya dan hanya lepaskan jawatan 3 tahun kemudian.
      Adkah mula-mula nak uji sokongan ,bila Rafidah kata jangan letak jawatan ,kira adalah sokonga tu,masa 3 tahun di ambil utk tengok sejauhmana sokonga boleh pulih,malangnay PRU 1999 orang Melayu tolak Umno,dan BN hanya di selamatkan oleh undi bukan Melayu.

      Delete

  5. anon 0849
    Takut2 Tun dah jadi keldai... dah hilang fokus... dah hilang urutan keutamaan....
    maklumlah umur pun dah hampir 90..
    Tengku dulu pun samalah ... beberapa kali telah berceramah di pentas DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul Izzah yg pi sesi touch d hanjing (2014). Dah samak belum.????? Kalau tak Mak hang pun tak mau salam.dgn hang. Kat kajang tu banyak tanah. Ialah Mak hang mana jaga kajang. Pi samak kat Belakang Medan satay. Jangankan tanah, Lumpur Dan lumut pun ada

      Wuiiiii Mama Kipas Nepotism. Jangan kan PAS, kami grassroot pun tak mau undi hang lagil Dah. Baik mama kipas ni nasihat Anak dia. Usap Anak Yatim dapat pahala. Usap hanjing kena samak.

      Takkan keluarga Anuar ni tak tau hukum. BODOH

      Delete
  6. Mahathir mahukan janji Mahyudin supaya Mukhriz anaknya akan dilantik sebagai Naib Presiden UMNO bila Mahyudin dah dapat jawatan presiden UMNO kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm umno peresiden boleh lantik naib peresiden. Naib peresiden tak perlu bertanding mcm pkr.

      Delete
    2. Ape masalah ko klw Mukhriz dilantik Naib Presiden UMNO pun... biarlah klw dia layak apa salahnya...

      Delete
    3. Ape masalah ko klw Mukhriz dilantik Naib Presiden UMNO pun... biarlah klw dia layak apa salahnya...

      Delete
  7. al omak kau putar belik fakta aku boleh, bila nanti mesyurat umno siapa pun boleh bertanding suruh je kahlid ibaraham bertanding presiden calon kesayang omak kau ini

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...