Monday 27 April 2015

PERLUKAH PASMA DARI NGO BERUBAH MENJADI PARTI POLITIK BARU?????


Dalam negara demokrasi, tiada halangan dan sekatan mana-mana individu jika merasakan ada pengaruh dan sokongan untuk menubuh sebuah parti baru termasuklah Pasma tidak ada pengecualian.

Tapi bagi Omak Kau, sejarah menunjukkan sukar bagi mana-mana parti serpihan untuk bertahan. Dalam PAS kita pernah ada BERJASA dan HAMIM. Dalam UMNO kita pernah ada SEMANGAT 46.

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) ialah sebuah parti politik Malaysia yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 ketika beliau dipecat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pemecatan Mohamed Nasir disebabkan sebahagiannya oleh krisis dalam parti campuran Barisan Nasional. Ketika itu, PAS adalah sebuah parti komponen dalam parti campuran ini. Akhirnya PAS menarik diri daripada Barisan Nasional dan hilang penguasaan negeri Kelantan ketika Berjasa membentuk kerajaan gabungan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

BERJASA lalu menyertai Barisan Nasional, namun sokongan bagi BERJASA hilang dalam pilihan raya seterusnya. Pada 1989, ia menyertai Angkatan Perpaduan Ummah di bawah pimpinan Parti Melayu Semangat 46 hinggalah APU dibubarkan pada 1996 apabila Tengku Razaleigh mengambil keputusan menyertai UMNO semula. Sejak itu, BERJASA hanya berada di pinggir politik Malaysia serta disihkan rakyat.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, Ikatan Muslimin Malaysia menggunakan tiket parti BERJASA untuk bertanding. Pada keputusan PRU ke-13 lalu, semua calon BERJASA kalah dan ramai hilang wang deposit.

Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) merupakan parti serpihan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang telah ditubuhkan pada 24 Mac 1983 oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, mantan presiden PAS yang meninggalkan parti itu pada 23 Februari 1983 selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam

Pilihan raya umum Malaysia 1982 yang melihat arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu di mana kemudiannya puak ulamak agama mengambil-alih kepimpinan pusat PAS daripada puak nationalis pada Muktamar PAS ke-28 1982.

Lantaran itu HAMIM diasaskan sebagai alternatif kepada PAS dan telah menyertai Barisan Nasional sehingga meninggalkannya pada 1989 untuk menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) pula bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 1990, di mana ianya telah memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk membentuk kerajaan campuran APU di Kelantan.

Selepas Tan Sri Hj Asri Muda dan kumpulannya gagal dalam usaha untuk membubarkan Parti Hamim dalam muktamar Khas, beliau akhirnya bersama kumpulannya telah meletak jawatan dan keluar daripada Hamim pada 17 Nov 1988.Dengan perletakan jawatan oleh Datuk Hj Asri itu maka,jawatan Presiden Hamim di pangku oleh Tuan Hj Abd Wahab Yunus (Mantan MP Dungun)dari Terengganu manakala jawatan Timbalan.Presiden dipangku oleh Dato Hj Sudin B. Wahab (Mantan Adun Langgar-Limbung)dari Kedah.

Dalam Muktamar Hamim pada tahun 1989 berlaku pertandingan bagi jawatan Presiden hinggalah ke jawatan MPP,dimana jawatan Presiden dimenangi oleh Dato Hj Sudin B.Wahab dan jawatan Timbalan.Presiden pula dimenangi oleh Dato Nik Man B.Nik Mohamad dari Kelantan.

Selepas kalah dalam pertandingan bagi jawatan Presiden Hamim maka Hj Abd Wahab Yunus mengambil keputusan bersama kumpulannya untuk keluar daripada Parti Hamim dan seterusnya menubuhkan parti baru iaitu Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia(IKATAN)dimana pada akhirnya daripada parti inilah ditukar menjadi Parti Keadilan Nasional pada masa berlakunya gelombang Gerakan Reformasi di Malaysia tahun 1999.

Sebelum Pilihanraya Umum 1990 kepimpinan baru Hamim mengambil keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan seterusnya menyertai Angkatan Perpaduan Ummah(APU).

Tahun 1990 dan 1995 sertai Pilhanraya Umum dan kesemua calonnya tumpas dan tewas ditangan calon-calon UMNO/BN.

Kini parti itu yang logonya sebiji seketul macam PasMa diibaratkan mati tanpa kubur dan batu nisan.

Parti Melayu Semangat 46 atau Semangat 46 (Singkatan: S46) merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. S46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi.

Selepas itu beberapa pengikut setia Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan.

Selepas ini, Tengku Razaleigh (Ku Li) menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Tan Sri Rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Manakala Tun Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu.

Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.

Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun 1990. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.

Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Rais Yatim menyertai UMNO Baru.


Parti-parti serpihan ini tidak bertahan lama walaupun pun ditubuh dan diasaskan oleh pemimpin-pemimpin besar dan ternama.

HAMIM umpamanya ditubuhkan oleh bekas Presiden PAS yang cukup sinonim dengan PAS dikala itu, sehinggakan sebut nama PAS terbayang wajah Asri Muda begitu juga sebaliknya sebut nama Asri Muda terbayang lambang PAS.

BERJASA oleh pemimpin besar PAS peringkat negeri Kelantan. Begitu juga Semangat 46.

Jika difikirkan secara logik bukan tujuan nak perleceh dan pandang rendah tetapi ini adalah kenyataan yang terang dan jelas ... apalah sangat yang menjadi peneraju PasMa ini dalam politik arus perdana negara

Justeru, jika pun Pasma tidak bersetuju dengan kepemimpinan PAS, menubuhkan parti baru untuk tujuan menyertai pilihan raya bukanlah pilihan yang baik.


Pilihan yang terbaik ialah terus berjuang dalam PAS. Jika masih tidak bersetuju dengan kepemimpinan PAS, sertai UMNO atau PKR atau pun terus berjuang sebagai NGO.

20 comments:

  1. Betul tu Saari Sungib boeli join PKR. Phahrolradzi pun sama. Tak puas hati masuk PKR lahhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak sokong HUDUD , keluar ajelah.Buat menyemsk aje.
      Lagipun perinsip perjuangan dah berbeza.
      Pasma , pkr dan umno mempunyai perjuangan yang sama.Ia itu tolak HUDUD.
      HIDUP PASSSS!!!!!!.Kearah negara ISLAM.

      Delete
  2. Rakan2 Keadilan,

    kami tidak perlukan undi Ahli Ahli PAS di Permatang Pauh. Dengan sokongan PASMA PKR akan menang Besar di Permatang Pauh.

    Diseru penyokong keadilan memboikot PAS secara total kerana PAS bersama TSKI di Selangor pada 2014.Semua kempen hanyalah memerlukan Support PASMA

    PAS boleh balik kampung tanam jagung.

    (Tolong hebahkan kpd Ahli parti)

    Dave,
    Member since 1999

    ReplyDelete
  3. Dikatakan 98% Ahli PAS akan bersama PASMA. PAS bolei mampos. Kami tak mau undi anda

    Dgn PASMA Kak Wan Akan menang di Permatang PAuh.

    PAS rak Patah kempen DAP dan PKR tak hingin dgn kamu.

    Berambos PAS Dari Pmtg Pauh

    ReplyDelete
  4. Tanpa sokongan PAS pun PKR boleh menang. Ahli PAS boleh kira dgn jari dekat Pmtg Pauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ditakdirkan PKR kalah, jgn salahkan PAS pulak. Salahkan UMNO. Yg perlu diingat jgn salahkan diri sendiri.

      Delete
  5. Ayoh DSWA kita tunjuk yg PAS hanya bertaraf peminta sedekah DLM PR. Malangnya pemimpin PAS take sedar diri

    ReplyDelete
  6. PAS bukan berani nak sabotage PKR. Almaklum politikus pengemis

    ReplyDelete
  7. Logo PASMA macam logo kedai nasi kandar. Apara Omak Kau, lapaq la plakkk

    ReplyDelete
  8. Tak may undi kami. Takna Lah anon2 kat atas ni. Kami pun taknda hal nak sokong Kak Wan Korang tu


    Ahli PAS
    Syngai Bakap

    ReplyDelete
  9. anonymous nampaknya dari seorang macai, tapi tulis banyak2...ha..ha..ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar, Azizah kao laki Bini pencen lah kalau sudah tidak bermaya lagi. Seorang yang tidak boleh rasa nadi orang bawahan elok sangat berhenti dariada menceburi bidang politik.

      Baik kao laki Bini jaga anak sulung kao tu. Hadir sesi sentuh anjing, pada masa yang sama memarahi ustaz yang menegur. Tapi lagi baik kao sumpah Nurul Izzah tu Jadi Batu.

      Saryanto Rudiman bin Wardano Jalilun
      Nibong Tebal
      Seberang Perai, Penang

      Delete
    2. Ko pendatang x layak nak komen.

      Delete
    3. Mu ni PATI...elok gi kempen di Indon. Jangan sibuk berpolitik di sini.

      Delete
  10. Aku setuju PASMA daftar sbg parti politik. Lepas tu kita tunggu tengok lama mana dia tahan. Aku juga tak sabar nak tengok berapa banyak ahli PAS akn masuk PASMA.

    ReplyDelete
  11. PASMA hidup bukannyer nak jaga islam pun.... ramai golongan profesional PASMA merasakan mereka lebih alim dan beriman dari alim ulamak tak kira ulamak PAS ker ulamak ILMU(UMNO) ker NGO ker mahupun JAKIM/JAIN diaorg lekeh ulamak macam budak mentah diaorg je ... Disarankan kepada umat islam yang benar takut dengan azab Allah agar tegur DAP/PKR dengan penuh tegas dan beradab kerana tergamak mengawal dan menentukan hak orang islam lari dari panduan islam yang sebenar

    ReplyDelete
  12. Pasma tak mungkin akan memecahkan tradisi PAS. Walaupun ramai dalam PAS tidak bersetuju dengan dasar dan pendekatan Haji Hadi setahun dua ini dalam berhadapan dengan DAP dan PKR, tetapi PAS tetap mempunyai jumlah penyokong yang ramai.
    Adalah lebih baik untuk terus kekal dalam PAS dari membentuk Pasma dan memecahkan lagi kuasa undi Islam dalam PRU dan PRK.
    Kalau Pasma menjadi parti politik, dia akan bungkus macam S46 dan BERJASA.
    PAS adalah wadah gerakan Islam di Malaysia.
    kalau pun tak setuju dengan kepimpinan PAS, bertindak keluar dari parti ini tidak akan membawa sebarang faedah kepada gerakan Islam.

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya PAS dah berapa kali berlaku perpecahan. Tapi setiap kali berpecah PAS muncul lebih kuat. Ini kerana bila berpecah, yg terkeluar itu adalah "perosak". Jadi yg tinggal yg tulin. Jadi tahniah kpd PASMA sila tubuh parti baru & ikut belakang DAP, mudah2an dpt habuan di PP.

    ReplyDelete
  14. Orang yg tak boleh dengar, patuh dan taat kpd pemimpin lazimnya jadi duri dlm daging. Kalau dia jadi pemimpin, dia akan jadi orang yg zalim. Baguslah orang spt Saari dan Pahrol ni menzahirkan belang mereka lebih awal. Cuma tak sangka mereka boleh sangat taat kpd.kepimpinan PKR dan DAP yg sangat terang2 menentang Hudud @ Islam. PASMA, kembalilah kamu kpd Islam ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya tuang presideng dan kuncu2 ug yang menjadi duri dlm daging elok2 pas sudah diterima oleh masyarakat berbilang bangsa dan dihormati sebagai Pas for all lepastu nak salahkan pasma...puak ug hanya gunakan hudud untuk kelangsungan mereka bersama dgn umno itu yg jelas.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...