KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 27 April 2015

INILAH WAJAH PENGAWAL KESELAMATAN YANG DI HERET KEMAHKAMAH ATAS TUDUHAN MEMBUNUH SEORANG PEGAWAI BANK DI JOHOR BAHRU 2 MINGGU LALU


Seorang pengawal keselamatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini Isnin atas tuduhan membunuh seorang pegawai bank di sini, dua minggu lepas.

Rosly Mohd Ismail, 44, didakwa membunuh Ho Chin Tau, 33, di tingkat 1, Bank HSBC, Jalan Molek 1/10, Taman Molek, Johor Bahru kira-kira 3.40 petang, 17 April lepas.

Rosly yang berasal dari Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor Bahru dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berbaju T putih mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Allias. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan Mohd Azlan Shah menetapkan 28 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Rosly mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan pisau terhadap seorang pegawai bank, R. Vasantha Devi, 54.

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di alamat, waktu dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Ab Aziz menetapkan 28 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

5 comments:

  1. Orang jahat INI semestinya penyokong nepotism berlilin vigil

    ReplyDelete
  2. Cepat gantung lagi baik. Kurang sikit melayu jenis haprak kat dunia ni.

    ReplyDelete
  3. Nak betulkan ayat tu..." LELAKI melayu haprak"....ingat tu.

    ReplyDelete
  4. Aku yakin pak guard melayu ni di herdik di hina dan dilayan macam sampah. Dilayan macam anjin oleh pegawai pegawai bank HSBC tu.
    Tak kan mengamok macam tu saja. Mesti dah bertahun dimaki hamun dan di anjingkan.
    Macam nilah pekerja bawahan melayu di syarikat che. Kerana sesuap rezeki halal terpaksa tahan carut marut.

    ReplyDelete
  5. Abdul Said dinasihatkan kalau tak tahu cerita sebenar jangan lekas nak jatuh hukuman. Mana tau tindakan pak guard ni kerana 'mempertahankan' maruah Melayu dari dipijak ditonyoh oleh bangsa lain..cari, selidik, fikir baru cakap atau komen...

    ReplyDelete