Monday 20 April 2015

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KENYATAAN YDP PAS PERMATANG PAUH OLEH RAFIZI YANG TERSEBAR LIGAT DI MEDIAL SOSIAL ADALAH PALSU!!!!




Berikut inilah kenyataan media "Rafizi Ramli" yang telah disahkan palsu oleh tuan punya badan sendiri.

Bagus juga dia pantas memberikan respon sebab tidak mau dilihat suatu percubaan rakan segagasan dalam Pakatan Rakyat mencampuri urusan pemilihan parti, sebab semasa Pemilihan KeADILan 2014 yang lalu tiada sepatah ayat terhambur dari pucuk pimpinan tertinggi PAS yang mencampuri proses pemilihan.

Semoga akhlak dan gelagat yang ditunjukkan oleh para pemimpin tertinggi PAS harus dijadikan contoh teladan untuk di ikuti bukannya macam lagi satu parti tu siap cakap kalau DAP nak berkerjasama dengan PAS pasti Presiden PAS bukannya Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.





KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA OLEH YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Berhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh berkenaan hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PKR ingin menegaskan perkara berikut :-


1. Menuntut PAS menarik balik kenyataan mengeluarkan kenyataan media secara terbuka tidak akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.


2. Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR. PAS tidak berhak untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR. PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut.


3. PKR ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa PKR tetap sependapat dengan DAP dan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.


4. PKR dan DAP tidak akan teragak-agak untuk memutuskan segala hubungan dengan PAS sepertimana yang telah dilakukan di Sabah sekiranya kepimpinan PAS masih lagi bersikap mementingkan diri dan tidak mengikuti keputusan bersama dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.


5. Kepimpinan PAS harus menerima hakikat bahawa kemenangan kerusi milik PAS dalam siri pilihanraya lepas disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.


6. PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat gagal mewujudkan pentadbiran dan pengurusan negeri secara bijaksana sehingga mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak. Sebagai bukti, Selangor di bawah PKR dan Pulau Pinang di bawah DAP tetap teguh dan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS. Bukankah ini penanda aras bahawa kekuatan sebenar dalam Pakatan Rakyat ialah PKR dan DAP?


7. Kepimpinan PAS harus menerima kenyataan ini secara terbuka bagi memastikan bahawa Pakatan Rakyat dibawah PKR dan DAP adalah jauh lebih baik berbanding PAS.


8. PKR juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dalam kepimpinan PAS supaya rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang jawatan dan dilihat gagal menentukan halatuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Berilah peluang kepada Dato Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS yang baru.


9. PKR sekali lagi menyeru kepada PAS Permatang Pauh supaya menarik balik segala kenyataan media dan membantu PKR di Permatang Pauh. Sekiranya PAS tidak mahu terlibat membantu PKR di Permatang Pauh maka PKR juga tidak akan teragak-agak untuk tidak membantu PAS di Rompin.


Sekian, terima kasih.


YB RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

20 April 2015

8 comments:

  1. Terimakasih atas semua artikel bermanfaat yang sudah anda publikasikan melalui blog yang menarik ini, saya tunggu postingan selanjutnya, have a nice day, kawan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PKR tetap jugak letak calon nenek tua, tak produktif, tak ambil berat kawasan sendiri, tak tau cara aju soalan dalam sidang dun..buat apa nak undi?? Takde calon lain ke?? Ni dah jadik parti laki bini

      Delete


  2. Kpd Rafizi

    Ko memang tau di Rompin PAS kalah lebih dp 15000 undi dlm PRU dulu., itu pun setelah di bantu oleh DAP dan PKR.

    Di Permatang Pauh keadaannya berbeza. Setelah mendapat bantuan 100% dp PAS. PKR hanya menang dg majoriti 10000+ undi (PRU13). Sebab itu dalam PRK ini, PKR sangat2 berharap bantuan PAS untuk menang.

    Berbalik kepada Rompin tadi. Kalau PKR bantu sekalipun peluang PAS tipis sekali untuk menang (kerana dalam PRU13 dulu PAS kalah teruk)......




    ReplyDelete
  3. PAS kepala batu dan syok sendiri...PKR lidah cabang.. bagus sngat la tu...

    ReplyDelete
  4. tuan Tanah cuba membela pas. saya sebagai ahli pas menyifatkan kenyataan pas permatangpauh adalah kenyatan yang haram jadah .. pas dalam muktamar telah sebulat suara untuk memperkukuhkan pakatan. kenyataan bodoh ni telah melanggar sama sekali prinsip muktamar. celaka sungguh tuan presiden yang tuli dan buta

    ReplyDelete
  5. Ooi Rafizi

    Ko ni nak ugut PAS atau nak minta bantuan
    Kalau nak minta bantuan, bukanlah ini bahasanya ... bahasa tu kena diplomatik dan lembut sikit.

    Tapi kalau ko nak ugut PAS...... ko janganlah minta bantuan dp PAS.


    ReplyDelete
  6. Hahaha.....
    Tak sudah2 nak terlagahkan pas utk lemahkan pr musnahkan harapan rakyat utk satu perubahan! Macai bloger sampah kucar kacirkan pengkianat akan di laknat. Pkr pasti menang besar!!! Malah pas akan menang di rumpin umno bn dlm kejatuhan. Kita tunggu dan lihat adakah rakyat bodoh atau macai bloger bijak nak putarbelitkan malah cuba nak kalahkan pkr dan pas salahkan dap. Bangkit rakyat kita lawan dan buktikan siapa berhak bersuara dan siapa harus diam shj jgn cuba nak protes demi kepentingan gadaikan nasib rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  7. aku ahli pas.kalau mcm ni punya sombong pkr @ rafizi smua ahli pas jangan kluar mgundi.harap pkr kalah dan menjadi pengajaran buat kawan kita ni.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...