Thursday, 16 April 2015
SETIAUSAHA SULIT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATUK JOSEPH ENTULU BELAUN DITAHAN REMAN 7 HARI OLEH SPRM KERANA TUNTUTAN PALSU MEMBABITKAN RM500,000
Setiausaha sulit seorang menteri Kabinet yang didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000 ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Borneo Post semalam.
Akhbar itu mendakwa suspek berusia 41 tahun itu merupakan setiausaha sulit kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.
Entulu bagaimanapun menafikan suspek didakwa, dan cuma disiasat.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching semalam untuk ditahan reman sehingga 20 April.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Low Chin How membuat permohonan melengkapkan siasatan mereka dan pendengaran dibuat secara tertutup di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman, lapor Borneo Post.
Walaupun ada bilik mahkamah khas mendengar sebarang kes tahanan reman, peguam bela Wit Malang yang mewakili suspek, memohon agar pendengaran permohonan dibuat secara tertutup atas alasan anak guamnya adalah individu yang sangat penting, lapor akhbar berkenaan.
Suspek disiasat kerana didakwa membuat tuntutan palsu bagi dana kerajaan beberapa program dan jumlah terbabit dikatakan sebanyak RM500,000.
Menurut Boreo Post, siasatan akan dijalankan di ibu pejabat SPRM di Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sapu jangan tak sapu, GST ada, GST baik. BN Menang Rakyat Senang.
ReplyDeleteBetul...betul...betul.. BN menang rakyat senang, sekarang pasal GST punya hal pegi supermarket pening kepala sebab tatau apa nak beli sebab semua harga barang dah turun dan murah murah sebagai mana yg di canang oleh Hasan Malek dan Ahmad Maslan. Aku syorkan GST dinaikan dari 6% kepada 60% sebab baik kepada rakyat...untuk menteri menteri BN ni ambik tahniah dari aku rakyat marhaen...khiiiakk ptuiiiihhhh.
ReplyDeleteBukan nak mencacilah.......tapi mereka kat atas tu inilah kerjanya........merompak cara haram.....padan muka.....tapi agaknya tahan sekejap jer
ReplyDelete.....ambil kenyataan saja.....sprm berani ke.....
Hahaha....baru perasan ke.....
ReplyDeleteTak ada pun nampak macai2 bodoh kat sini.....
Inilah buktinya macai bodoh pengkianat bangsa bi..
Muka sudah pun mcm org bodoh lagi bijak memcuri wang rakyat. Apa saudara fikir wang kerajaan ke??? Mana kerajaan ada duit...... bukan dari bumi negara ini hak rakyat ke. Turun kan mrk perompak dari kerusi duduk atas tanah.
Hahaha....senang je kalau nk cam PEROMPAK ni....biasanya dia akan pakai baju lambang dacing atau lambang 1....hahahaha yg perompak betina pulak biasanya jambul tinggi tudung merah....hahaha
ReplyDelete