Thursday 30 April 2015

HARGA BARU KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR ..... KETUA PENGARAH KASTAM DENGAN PENGERUSI SKMM PUN BERTELAGAH SESAMA MEREKA..



Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan kenyataan berbeza semalam berhubung harga baru untuk kad tambah nilai telefon.

Menurut Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad, harga berkenaan akan kembali kepada harga asal sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai Jumaat.

Khazali berkata, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berkuatkuasa 1 Mei dalam satu surat semalam (28 April).

"Apabila arahan diberikan, syarikat telekomunikasi perlu akur kepada arahan Ketua Pengarah Kastam. Tidak ada alasan sama ada kad prabayar itu stok baharu atau stok lama," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Menurutnya, jika isian semula itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

SKMM pula dalam kenyataannya menyebut, kad isian semula akan terus dijual dengan GST.

Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Seri Halim Shafie, jika isian semula itu bernilai RM10, ia akan dijual dengan harga RM10.60

Pengguna juga boleh beli dengan harga RM10 bagi mendapatkan isian semula bernilai RM9.43, katanya.

Halim berkata langkah untuk meminda harga agar kembali ke paras sebelum GST "agak mustahil".

Beliau antara lainnya memberi alasan, pihak penjual akan mengalami kerumitan kerana perlu membuat konfigurasi semula ke atas sistem.

"Bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektroini, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang kesemuanya berjumlah lebih kurang 30,000.

“Kos untuk melaksanakannya juga besar, baik bagi pembekal perkhidmatan mahupun ejen pihak ketiga.

“Tambahan lagi, stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara,” katanya lagi dalam kenyataan.

Tinjauan awal bulan ini mendapati, ada di kalangan peruncit menghentikan jualan selepas pelaksanaan GST kerana keliru dan bimbang akan mengalami kerugian.

Kalau peringkat bos tertinggi Jabatan dan Agensi Kerajaan boleh keliru dan bercelaru dengan memberikan kenyatan bercanggah cuba bayangkan rakyat dibawah terutamanya di luar bandar, kampong-kampong tradisional dan rancangan-rancangan Felda .. apakah mereka lebih arif??

Membuktikan kurang persediaan dan maklumat dikalangan pelaksana GST ini .. yang gebang kencang perasaan diri itu amat bagus hanya Ahmad Maslan dan Hasan Malek .. hakikatnya pelaksanaan GST sehingga kini banyak menimbulkan kelam kabut dan berkecamuk sana sini.

27 comments:

  1. KETUM & KHALID IBRAHIMPUN BERTELAGAH

    SAMPAI KHALID IBRAHIM DIFITNAH & DIAIBKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha......menteri pegawai bodoh suruh uruskan gst mestilah keliru malah jgn berfikir msk gst shj mesti ada keluarnya. Masalah terjadi sebab kerajaa. Umno hanya pandai fikir cara msk cukai tetapi tidak berfikir keperluan pemotongan iaitu tolak dgn ini baru ada keseimbangan .kalau kad lama yv sudah di sstkan maka biarkan kad itu habis dijual dan urus niaga ini jgn dimsk kedlm perniaga dan bila stock lama habis dan stock baru yg hanya di kenakan gst barulah dijual dgn harga baru rm 9.60 ataupun rm 10.00 barulah niaga ini dimskkan kedlm perniaga dgn ini tiada kekeliruan lg. Setiap kiraan mesti ada credit debit kalau salah satu di abaikan mesti keliru.

      Delete
    2. patutlah madey marah
      harga prepaid naik

      Delete
    3. dasar mentri penipu

      Delete
  2. Ini yg dimaksudkan mahathir..pegawai pun tak faham gst..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.
      maslan kena bagitau madey kenapa prepaid naik
      dulu janji tak naik
      kepala buto

      Delete
  3. Betul tu Omak, mmg TIDAK ada sesiapa yg sebijak TSKI dlm menyelesai masalah ekonomi dan politik. InsyaAllah TSKI akan kembali dgn bantuan Omak dan Faekah utk kesetabilan Selangor dan Malaysia...idup TSKI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke.....setahu sy melayu memang lemah dlm ekonomi. Tak pandai jgn berlagak buat malu je.....

      Delete
  4. Welcome TSKI...

    ReplyDelete
  5. baru setakat isu topup prepaid dah serabut camni...macamana pula dengan isu2 lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi....prepaid naik
      barang lain jangan harap nak turun
      cakap aje lebeh
      habok tarakkk

      Delete
  6. Org gila dibagi mentadbir negara beginilah jadinya sorang kata mcm ni sorang lg kata mcm tu...apa2 pun rakyat yg kena depa apa ada hal...gaji ribu2 rasuah sana sini...takat gst 6% petik jari je dh dpt...kita org kampong yg miskin ni gak terlial2 nk bg org atasan makan sedap....biarlah buatlah semahunya terhadap rakyat...diakhirat nnti kita sama2 buat perhitungan..

    ReplyDelete
  7. Bila ada arahan kembali ke harga asal Pengerusi SKMM kata "agak mustahil" untuk dilaksanakan...peniaga pembekal bank stesen minyak pasar raya dan sebagainya terpaksa configure semula harga....ini melibatkan kos...yang "tak mustahil" bila kerajaan umum kenaikan / pelarasan harga baru berkuatkuasa serta merta......dengan mudah boleh pulak puak-puak ni configure harga tanpa masalah....hanya satu perkataan "setan" betul nak jaga rakyat atau nak jaga peniaga....phuiii

    ReplyDelete
  8. Ironinya disini untuk memudahkan cara kita pergi kepenguatkuasaan siape yang berkuasa dari segi kekanan seniority makanya JKD. Sebabnya SKKM hanyalah kementerian yang khusus kepada garispanduan disiplin spesifikasi kerja bukan penguatkuasaan. Itu kene fikir secara holistik.

    ReplyDelete
  9. Ari tu sembang dgn Pegawai KPDNKK.. ikhlas dia ckp.. dia pun xphm sgt psl GST. Dok mnyalahkn Kastam... Ntah la.. sama2 agensi kjaan pun dok brtelagah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....dua2 tak faham ekonomi sebab tu gst pun tak pandai kira. Kalau nak ambil mudah selesaikan masalah suruh audit cukai negara tolak balik sst pada kad lama lepas tu cukaikan kembali gst masalah sudah pun selesai sgt mudah!!! Tiada susahnya hanya mrk ni bodoh mengira dan audit cukai hanya pandai fikir untung dari cukai shj dan tidak pandai tolak balik sst yv telah di sstkan. Susah sgt ke !!!!

      Delete
    2. Betul tu bro...penyakit bodoh negara aka bn telah menjadi wabak pada para penjawat awam pula...kalau menteri yang skor GCPA 3.85 tidak sebijak keldai..apatah lagi kalau orang gomen yang skor atas tong keh keh keh

      Delete
  10. Harga minyak naik harga barang juga naik menteri2 tk dapat selesaikan...perlaksanaan gst harga barang turut naik menteri bertelagah....musim perayaan harga barang naik...cakap2 menteri serupa sial...menteri punyalah ramai tp negara tonggang terbalik! rakyat hempas pulas kerja untuk tanggung hutang negara.Haram punya kerajaan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik ko kata haram
      haramjadah aje cukup la

      Delete
  11. Assalamu alaikum wr wb.

    saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH SURO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH BALAPATI dan dengan senang hati MBAH BALAPATI mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH BALAPATI DI (085 392 332 888)




    INILAH KISAH NYATA YANG TAK BISA KAMI LUPAKAN SELAMA INI...!!!


    ReplyDelete
  12. Sapa Halim ni??
    dia duduk mana?
    dia ni ada share ke dalam syarikat telekomunikasi ni semua?/
    Sepatutnya dah ambik gajid ari rakyat maka berkhidmat lah keapda rakyat,
    Cukai GST ni bidang kuasa Jabatan Kastam.
    bila masa pulak SKMM terlibat dalam kutip cukai rakyat ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan senang kalu x payah ada gst
      tak payah nak bertelagah

      Delete
  13. ini baru hal cukai..2 agensi dah bertelagah...ini dikatakan tiada interoperatabilty dlm pengurusan organisasi...kena belajar dari US...mereka milikki MISSILE DEFENSE SYSTEM ALA-STAR WAR yg punyai ciri-ciri interoperability...drone boleh berada di mana saje walhal yg pusat kawalan ada di US...Israel hanya perlu letak saje dome penangkis missile di buminya... bila diperlukan sistem boleh diaktifkan di US...

    ReplyDelete
  14. SAPA NAK UNDI UMNOBN LAGI, ANGKAT TANGAN?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...