Wednesday 29 April 2015

ENGGAN NAIKKAN ELAUN GURU KAFA AZMIN DI CABAR TURUN PADANG



Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) hmelahirkan rasa kesal dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bahawa permintaan menaikkan elaun KAFA perlu dikaji kerana wujud keadaan guru hanya mengajar antara dua hingga tiga jam sehari.

Sambil menepis dakwaan itu, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham berkata kenyataan itu seolah-olah menghina guru-guru KAFA yang terpaksa bekerja lebih masa untuk berkhidmat bagi sekolah mereka.

Seperti kenyataan saya sebelum ini, guru KAFA yag mengajar sesi pagi akan masuk pukul 7.30 pagi dan mengajar hingga 12.30 tengah hari dan untuk sesi petang, 1 petang hingga 6 petang. Dari mana Azmin Ali dapat maklumat yang mengatakan kami mengajar dua, tiga jam sehari?

“Saya cabar beliau turun ke sekolah-sekolah dan berdialog dengan guru-guru KAFA,” katanya dalam satu kenyataan sebagai mengulas kenyataan Mohamed Azmin bahawa elaun KAFA tidak akan dinaikkan di Selangor tahun ini dan sekiranya ada keperluan, elaun itu akan dinaikkan tahun depan.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri buat masa ini sedang mengkaji keperluan menaikkan elaun itu agar bersesuaian dengan bebanan tugas yang dipikul guru berkenaan.

Dalam pada itu, Ekhsan menyifatkan janji pakatan pembangkang untuk menaikkan elaun itu dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanya ‘gula-gula’ untuk meraih undi rakyat.

Pada PRU13, kerajaan gabungan DAP, PAS dan PKR dalam manifesto mereka berjanji menaikkan elaun guru KAFA di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Betul juga cabaran guru KAFA ini ... bukankah Azmin dah beritahu satu dunia bahawa masa dia diperuntukan 80% turun padang hanya 20% sahaja duduk dalam pejabat berhawa dingin.

Tahan lori sampah sudah .. terjah tempat pelupusan sampah haram sudah ... terjun longkang tersumbat sudah ... terjah tempat pembiakan nyamuk aedes sudah ... cuci dan bersihkan longkang besar secara solo sudah ... cat rumah pangsa sudah .. sembur racuk perosak makhluk dibendang sudah .. sembur ridsect dalam bas sekolah sudah ... basuh kain batik mangsa banjir sudah .. baiki rumah mangsa banjir pun sudah  ...

Tak kanlah nak terjah tempat sekolah KAFA pun payah sangat ... terjah dan terus mengajar ..

Hanya suatu sahaja nak ingatkan .. jangan lupa bawa jurukamera dan pastikan pegawai-pegawai yang jadi tukang iring mainkan watak sekadar tengok dan jadi pak pacak seperti terjahan-terjahan yang lalu .. baru nampak real dan rakyat percaya serta kagum dan terpukau.

17 comments:

  1. Ustaz ustaz KAFA janganlah pendek akal. Sume kerajaan nak tanggung. Otak tu jangan tumpul. Berapa ramai ustaz-ustaz berhenti dari jadi kakitangan kerajaan. Tak mati pun. Berapa ramai guru-guru AlQur'an yang mengajar secara private, tak mati pun anak berderet-deret, ada kereta ada motor. Jangan pendek akal. Zaman sekarang ramai orang dahaga ilmu agama. Ramai orang nak mengaji. Gunakanlah ilmu tu untuk mencara nafkah. Tak salah. Tapi aku tau lah kalau ada agenda lain. nak jadi wakil rakyat ke atau memang suka membodek ke atau senang cakap memang pemalas. Penyakit Melayu turun menurun!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah kuru FAFA buat kerja part-time. ko yang tak tahu. Kalau gaji RM1300/- mana cukup belanja bulanan. Sewa rumah, duit motor bulanan semua tu nak kena ada. Habis nak makan lagi.

      Delete
    2. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 177.juta
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..

      Delete
    3. Kenapa kerajaan selangor terlampau berkira sekarang ni? Apa duit reserve yg ada berbilion dah byk guna utk kempen PKR matang pauh ke? YB encik embee sila jawab ..aku rakyat selangor ...kata pakatan rakyat...meh kita pakat hujah sama2.....hujah dgn akal dan fakta bukan emosi dan kepala lutut k....

      Delete
    4. Kuru FAFA mna ni

      Delete
    5. Korang kje bukan 8jam sehari bukan 5 hri smggu knp malas nk buat kje lain. Mse korang bnyk. Komplen x mbuahkn apa2.

      Delete
  2. Adoiiiiii naik sikit berkira ka. Itu belum lagi bab hudud. Ahli PAS wajar penyokong calon bebas di Pmtg Pauh tanda protest

    Akram,
    Nibong Tebal

    ReplyDelete
  3. IBU bapa pelajar2 KAFA wajar memboikot PKR. Terutama di Pmtg Pauh.. Azmin tidak henti2 menghina institusi pendidikan ugama

    ReplyDelete
  4. Fuck u la,

    Dalam isu ni pskatan rakyat betul. Gaji pekerja gomen gred 11 pun basic 800 je, kerja 5 hari smggu 2 kali sabtu setengah hari, 8 jam sehari. Tapi guru2 kafa 3 kli je smggu xcukup pun 8 jam dibayar RM1300 lebih lgi drpd pekerja tetap. Adil ke ustaz. Belajar x pndi, msuk maahad graf rendah supaya senang skor spm, Atau pergi timur tgh sng ambil degree asignment pun xyah buat, blk sng masuk kerajaan bila x dpt inilah jdinya. Jgn tipu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam perangai iblis.Bab agama letak bawah tapak kaki!!!!! Tuuuiiih

      Delete
    2. 11.13 ko tu yg jual agama..

      Delete
  5. Hahaha inilah mb pojaan keadilan raya....longkang,tempat sampah...korek longkang ...basuh kain dan segala macam tempat sudah diterjah ...bila lagi nk terjah guru
    guru kafa??? Hahaha rakyat selangor sudah terhidu aroma kebusukan mb pintu belakang ni!
    Hahaha...

    ReplyDelete
  6. Woi anon 10:06 fuck u La. Back tu isu asal. Ini janji PR. Apesal pulak ko nk compare dgn gaji gov. Servant pulak. Idiot

    ReplyDelete
  7. Janji manismu....hahaha....

    ReplyDelete
  8. Umno Dan PKR sama aje.dua dua keparat taik babi

    ReplyDelete
  9. Aku kira duit simpanan 3 bilion tu dah habis. PKR=UMNO.

    ReplyDelete
  10. perkara ni mudah nak diselesaikan..ini bukan nak lancar roket ke angkasa lepas. Pengarah agensi bertanggongjawab perlu jelaskan dasar & pelaksanaan program ini kpd MB. Jika sesuatu perkara ada tersurat dalam dasar program, uruskanlah. Jika ada kemusykilan dikalangan guru kafa, berilah perhatian sewajarnya...Gunakan pendekatan humanistic dlm sistem pentadbiran. Janganlah ada pegawai yg sampaikan maklumat remeh spt "ada guru kafa mengajar 2 atau 3 jam saje sehari..."

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...