Sunday 26 April 2015

HASAN MALEK SEMBANG KENCANG NAK HAPUSKAN CAJ PERKHIDMATAN ... BILA DAH KANTOI KSU KPDNKK PULA BERSUARA NAK TUTUP MALU?????




KUALA LUMPUR: 13 APRIL 2015 :- Kerajaan sedang berusaha mencari jalan untuk menghapuskan 10 peratus caj perkhidmatan yang masih dikenakan di beberapa premis perniagaan termasuk di hotel dan lokasi pelancongan di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, semua pihak kini dilihat berada dalam sedikit tekanan kerana berhadapan pelbagai cukai yang mungkin membebankan semua yang berkenaan.

"Saya bercadang untuk mencari jalan menghapuskan 10 peratus caj perkhidmatan yang dikenakan di kebanyakan premis perniagaan. Saya akan panggil badan bukan kerajaan (NGO), pengusaha industri pelancongan, Kementerian Kewangan untuk mengkaji implikasinya.

"Saya lihat sekarang ada terlalu banyak cukai, saya hendak mansuhkan caj perkhidmatan itu dan mahu peniaga, pengguna serta pekerja mendapat keuntungan daripadanya. Saya mahu situasi menang menang nanti.

"Saya sedang melihat beberapa faktor termasuk dari segi undang-undang dan reaksi semua pihak berhubung isu ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Hasan mengulas situasi terkini selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu.


PUTRAJAYA, 22 April 2015 -- Kerajaan memutuskan industri perhotelan dan restoran boleh mengenakan caj perkhidmatan seperti amalan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad.

Bagaimanapun, katanya, hanya premis yang mempunyai perjanjian bersama (CA) dengan pihak kesatuan pekerja atau termaktub dalam kontrak pekerja, boleh mengenakan caj berkenaan.

Mereka juga diwajibkan untuk mempamerkan notis makluman bahawa mereka mengenakan caj perkhidmatan di premis masing-masing agar pengguna boleh membuat pilihan, katanya.

"KPDNKK juga akan keluarkan notis standard untuk diguna pakai oleh premis tetapi buat sementara ini premis boleh pamerkan notis mengikut cara sendiri," katanya dalam sidang media mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu merupakan antara kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat bersama agensi dan jabatan kerajaan, persatuan hotel dan restoran, kesatuan pekerja serta persatuan pengguna, Isnin lepas.

Alias berkata satu peraturan standard mengenai caj perkhidmatan juga sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan kelulusan dan dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Katanya satu kajian lanjut juga akan dibuat untuk mencadangkan satu perundangan baharu bagi mengawal selia kutipan caj perkhidmatan pada masa akan datang terutama dari aspek kepenggunaan.

Menurutnya, KPDNKK juga tidak menetapkan kadar caj yang boleh dikenakan dan terpulang kepada pihak hotel dan restoran untuk menetapkan kadar caj masing-masing dengan kadar maksimum 10 peratus.

"Ketika ini purata caj yang dikenakan di negara ini adalah 10 peratus dan CBP turut dikenakan ke atas caj itu," katanya.

Alias berkata mesyuarat itu mengambil maklum bahawa pekerja industri perhotelan dan restoran mengutip caj perkhidmatan bagi menampung gaji asas pekerja yang serendah RM350 walaupun selepas pelaksanaan gaji minimum.

Mengulas mengenai Ops Catut yang dijalankan sejak pelaksanaan CBP, Alias berkata KPDNKK akan membuat strategi baharu dengan turun ke pekan kecil dan kawasan luar bandar mulai hujung minggu ini.

"Kita akan fokus kepada penjaja seperti di pasar malam sebab ada yang menaikkan harga sesuka hari," katanya.

Beliau berkata, sejak 1 April lepas, sebanyak 139,425 premis telah diperiksa dan 30 kertas siasatan sedang dalam peringkat akhir sebelum dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu depan.

-- BERNAMA

9 comments:

  1. Anwar, Azizah kao laki Bini pencen lah kalau sudah tidak bermaya lagi. Seorang yang tidak boleh rasa nadi orang bawahan elok sangat berhenti dariada menceburi bidang politik.

    Baik kao laki Bini jaga anak sulung kao tu. Hadir sesi sentuh anjing, pada masa yang sama memarahi ustaz yang menegur. Tapi lagi baik kao sumpah Nurul Izzah tu Jadi Batu.

    Saryanto Rudiman bin Wardano Jalilun
    Nibong Tebal
    Seberang Perai, Penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9.04 apa kejadah bodo bebeno kamu ni? Lain yg menganas lain yg kau tembak. Masalah yg dihadapi negara dan rakyat adalah angkara umno bn haram jadah. Sikap boros dan joli beruk pemimpin bn terutama rosmah dan najib dan beli jet peribadi baru tlh melonggokkan hutang negara. Yg jadi mangsa rakyat dipaksa membayar gst. Itu pun kau tak faham? Memang otak kau sama dgn orang utan. Bodo tak boleh diajar.

      Delete
  2. Rakan2 Keadilan,

    kami tidak perlukan undi Ahli Ahli PAS di Permatang Pauh. Dengan sokongan PASMA PKR akan menang Besar di Permatang Pauh.

    Diseru penyokong keadilan memboikot PAS secara total kerana PAS bersama TSKI di Selangor pada 2014.Semua kempen hanyalah memerlukan Support PASMA

    PAS boleh balik kampung tanam jagung.

    Dave,
    Member since 1999

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dave ckp yg tak berpijak di bumi nyata atau senang cerita mabuk todi. Hakikatnya kekuatan pr byk disumbangkan olih pemimpin dan ahli pas. Faktanya program2 anjuran pkr(pr) kebelakangan ini cukup hambar mcm makanan basi. Ianya berlaku kerana tanpa penyertaan pas. Sbb itulah dr wan azizah dan azmin mengadakan majlis perjumpaan dgn pemimpin pas pulau pinang memohon maaf kerana sikap mereka yg menentang hudud dan berjanji utk berkecuali dlm urusan dalaman pas. Soalnya skg Dave klu pkr dah hebat dan yakin dgn sokongan rakyat terutama di permatang pauh tanpa perlu sokongan pas, mengapa mereka(pemimpin pkr) sanggup menebalkan muka memohon maaf dan merayu agar pas kembali membantu jentera pilihanraya pkr di permatang pauh? Itulah fakta yg tak boleh ditolak oleh sesiapa bahawa pas merupakan antara faktor penting kekuatan pas.

      Delete
  3. Pemimpin yang menipu rakyat ada peluang ke cium bau syurga. Bagaimana pula kalau hari-hari menipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalnye tau ke deme tu adenye syurga neraka ...kahkahkah

      Delete
  4. Hahahaha.....
    Cukai perkhimatan sudah berabad berlalu skrg baru nak bising.....hanya sebab gst rakyat tidak berpuas hati peniaga di asak dipersalahkan sehingga cukai perkhimatan pula nak di rombak...! Tiada satu pun rakyat setuju dgn cukai perkhimatan siapa nak bayar lebih tetapi dulu tak di peduli di ambil tahu skrg nak bising lagi rakyat tak setuju sebab ada menteri bangang dlm malaysia. Cukai perkhimatan bertujuan utk bayar lebih gaji pada perkerja dimana kurang bisnes kuranglah pendapatan lebih bisnes dptlah pendapatan lebih dan prestasi kerja juga diambil kira naikkan perkhimatan yg lebih baik pada pelanggan. Cara ini utk memungkinkan pendapatan peniaga malah peniaga tidak perlu tanggung rugi gaji perkerja.
    Semoga rakyat malaysia akan sedar dan berani utk ubah cara pemerintahan Yg hanya akan menyusahkan rakyat malaysia terutama melayu itu sdr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin2 melayu kuat makan rasuah lepas tu dirasuahkan pulak org2 melayu ...manenye org melayu nk sedar2 ...cina india gak yg senang hati nengok org melayu bengap sbb senang dirasuah ...habis licin hak2 org melayu pun org melayu x kn sedar2 ...tu la org melayu mudah amat diperbodohkn ....ini kenyataan...org melayu mudah dibeli dn dijual ...

      Delete
  5. Meluat dah dengar menteri2 umno ni ....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...