Thursday 23 April 2015

AHLI PARLIMEN DAN KETUA UMNO SEPANGGAR DIGANTUNG KEAHLIAN 6 TAHUN KERANA MENGKRITIK PIMPINAN UMNO SABAH ... MAHATHIR KRITIK KERAS PIMPINAN TERTINGGI UMNO BILA LAGI??????



Kini nampaknya dalam UMNO dan komponen BN yang lain, tidak banyak ruang untuk mengkritik, terutama jika ia disuarakan di ruang awam dan secara terbuka.

Ahli Parlimen UMNO Sepanggar Datuk Jumat Idris mendapat pengajaran pahit lagi pedih akibat lantang menyuarakan isu berhubung kepimpinan negeri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa Aman bukan sahaja Ketua mMeri, tetapi juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Tindakan terhadap Jumat ini memberikan mesej dan amaran jelas kepada sekumpulan kecil ketua-ketua Bahagian UMNO yang dianggap cuba berkomplot melawan kepimpinannya tahun lalu.

Jumat Idris adalah salah seorang daripada lapan ketua UMNO Bahagian di Sabah yang diberitakan bertemu dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak di Kota Kinabalu pada 10 Julai tahun lalu, untuk menyuarakan pandangan mereka berhubung beberapa isu, termasuk menggesa pelan peralihan kepimpinan negeri.

Musa Aman sudah menjadi Ketua UMNO dan Ketua Menteri Sabah sejak Mac 2003, dan jelas ada beberapa pihak dalam parti yang merasakan sudah tiba masanya memberi laluan kepada pengganti yang lain.

Lembaga Disiplin UMNO kini menggantung keahlian Jumat selama enam tahun. Ini secara automatik melarang beliau untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sepanggar di bawah tiket BN pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Antara sebab penggantungan adalah tindakannya menggesa Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir agar meletakkan jawatan, serta mengkritik keberkesanan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Beliau juga mencadangkan agar jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Ketua Menteri yang kini dipegang Musa  Aman agar diasingkan dan diduduki individu yang berbeza.

Jumat Idris yang juga merupakan Ketua UMNO Sepanggar mempunyai pilihan untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Pada Januari lalu, selepas Jumat secara terbuka menyeru perubahan kepada kepimpinan negeri menyebabkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Sabah menggesa agar parti mengenakan tindakan disiplin terhadapnya kerana “merosakkan imej parti”.

Sedar dengan kesan yang bakal diterima, Jumat menyatakan kesediaannya untuk menerima akibatnya.

Katanya, “saya seorang yang berpegang kepada kata-kata, dan saya sedia bertanggungjawab atas tindakan saya. Saya berani ambil risiko dan akan mengikut apa sahaja arahan daripada presiden. Namun jika ahli UMNO tidak dibenarkan bersuara, parti ini akan menjadi lemah tanpa demokrasi.”

Pada 12 Januari, ada portal  melaporkan yang Jumat adalah antara yang kuat menyokong Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Mohd Shafie Apdal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, kerana yakin beliau adalah calon yang paling tepat.

Laporan itu juga mengatakan, selain Jumat, tujuh lagi ketua bahagian yang membincangkan pelan peralihan dengan Najib adalah Bolkiah Ismail (Pitas); James Ratib (Beluran), Rubin Balang (Tenom), Ghani Yassin (Pensiangan), Sairin Karno (Keningau), John Ambrose (Penampang) dan Wetrom Bahanda (Kota Kinabalu).

Shafie sudah lama dianggap sebagai calon utama untuk menggantikan Musa jika berlakunya perubahan dalam kepimpinan UMNO Sabah. Beliau adalah warga Sabah pertama yang menjadi Naib Presiden UMNO, selain sebagai Ahli Parlimen dan ketua bahagian UMNO Semporna.

Walaupun Musa masih mampu memegang tampuk pemerintahan negeri dengan selesa, pentadbirannya tidak bebas sepenuhnya daripada skandal.

Misalnya pada 2012, laman Sarawak Report mendakwa beliau memiliki hubungan rapat dengan usahawan balak Sabah Michael Chia yang ditahan di Hong Kong pada 2008 kerana disyaki cuba menyeludup 16 juta dollar Singapura kepada Musa.

Musa menafikan dakwaan itu dan menuduh Sarawak Report memfitnahnya. Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) yang sebelum itu enggan mendedahkan maklumat siasatan, kemudiannya dilaporkan membebaskan Musa daripada sebarang dakwaan rasuah.

Walaupun penggatungan Jumat Idris daripada parti menghentikan seketika pergolakan dalaman, tindakan Lembaga Disiplin UMNO itu perlu dilihat dalm konteks perkembangan semasa dalam negara.

Misalnya, adakah lembaga mengambil tindakan yang sama terhadap Adun UMNO Bukit Lada (Kedah) Ahmad Lebai Sudi yang menggesa Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai menteri besar negeri itu? Setakat ini tiada.

Selepas PRU 2008, Muhyiddin Yassin adalah antara nama yang menggesa pengunduran Abdullah Ahmad Badawi daripada jawatan Perdana Menteri. Adakah Muhyiddin menerima surat penggantungan? Langsung tidak.

Bagaimana dengan serangan terhadap Najib yang kini masih berlangsung, oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Plot yang dipenuhi misteri, pengkhianatan, dakwaan perhubungan seksual dan pembunuhan yang melibatkan bahan letupan milik tentera?

Setakat ini, Mahathir juga terlepas daripada sebarang tindakan disiplin partinya. Apa yang dilakukan Mahathir ternyata jauh lebih merosakkan “imej dan reputasi baik” UMNO, berbanding Jumat Idris.

Jika UMNO selaku parti utama dalam pentadbiran negara mengamalkan dwistandard seperti itu terhadap ahli-ahlinya, apakah yang boleh rakyat Malaysia harapkan untuk pemimpin di peringkat persekutuan dan negeri berlaku adil dan saksama? Sudah pasti harapannya terlalu tipis.

Bagi sesebuah negara itu dianggap sebagai negara maju, ia parlu dilihat mengamalkan keadilan dan kesaksamaan kepada semua warganya, tanpa mengira pangkat dan kedudukan dan dalam semua aspek kehidupan. Sama ada dalam politik, perniagaan dan industri, atau dalam tiga bahagian utama kerajaan – eksekutif, legislatif, dan kehakiman.

Keadilan dan kesaksamaan perlu ditegakkan di Malaysia. Sebaik sahaja kita buang nilai-nilai masyarakat ini, kita gagal sebagai sebuah negara.


Jangan ada ruang diberikan terbentuk suatu persepsi negatif dan buruk betapa UMNO mengamalkan dwistandard dalam mengambil disiplin terhadap ahlinya.

20 comments:

  1. Adakah BN pun meniru Anuar Beraherm yg memecat TSKI kerana mengkritik kepincangan parti? Mari kita Tanya balik.

    Jgn bwrlumba2 tiru Anuar, jahat Anuar ni... Nepotism sejagat

    ReplyDelete
  2. Jangan Anuar pecat lipas dlm bilik dia okey la. Anuar tu dah lama tak pecat orang.

    Nah aku pecat kipas. Jawatan kipas aku nak bagi kat cicak. Warden kata apa .... I don't care.

    ReplyDelete
  3. Kata orang....satu jari menuding ke arah kesalahan orang lain, empat jari lagi secara tak disedari menuding ke arah diri sendiri....PKR sendiri double standard (contoh: Cikgu Bard SAMM, TSKI, pemilihan ala-gangster dll), lagi mau sibuk komen pasal pekung UMNGOK ka??? aiyaaaaaaaaaaa tak malu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes I setuju one. Ada Sorang janda pantai KL. Dia tunjuk jari kat hanjing. Ialah dia hadir sesi touch d hanjing 2014.

      Janda Pantai KL ni cakap mama dia wajar Jadi mb sebab mama dia best in d world.

      Aku nak cakap The Rock, Steven Seagal pun kata mama deoa best in d world.

      Naib President pun bahlul. President bahlul dan De Facto pun bahlul.

      Jgn dekat2 penyakit bahlul berjangkit melalui udara. Dr cakap la

      Delete
    2. No bodoh datang mana ni?sorang pelacur memberi minum anjing yang dahaga-kehausan disini ada sifat humanity.. Dan si pelacur itu diberi ruang disurga....Lain Kali beri pendapat biar cerdik sikit!! Biarla famous skit!!!takde dalil Dan hadis yg menyatakan pegang anjing tu salah...kalau ada mari gue beri pencerahan kat hang..... Sedangkan halal makan hasil dari binatang buruan....disina mungkin tajuk itu mengundang kekilafan I wanna touch a dog...tapi kalau tajuknya anjing dan cara-cara penyucian maka kekilafan itu x timbul....lo takpandai hukum jadi jangan menghukum.. Tempeling nanti!!

      Delete
    3. Anon 16:43, ko pegi berambus....passport & permit keja ko dah lama tamat tempoh....

      Delete
  4. Komen Dari Penyokong PKR di Pmtg Pauh


    PASMA kan adaaaaa. PAS boleiiii blahhhh satu undi kamu pun kami tak hadap.

    Kami tetap memang dgn bantuan PASMA dan DAP.

    So Hari mengundi tu orang PAS ada pilihan untuk tak payah undi atau undi BN.

    PAS Pmtg Pauh penyokong kurang 100 orang. So balik balik makan cok keria lag

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakan2 Keadilan,

      kami tidak perlukan undi Ahli Ahli PAS di Permatang Pauh. Dengan sokongan PASMA PKR akan menang Besar di Permatang Pauh.

      Diseru penyokong keadilan memboikot PAS secara total kerana PAS bersama TSKI di Selangor pada 2014.Semua kempen hanyalah memerlukan Support PASMA

      PAS boleh balik kampung tanam jagung.

      Delete
  5. Hshaha.....
    Bukan ke omak kau setuju malah sokong najib!!!!
    Dah berubah angin ke......
    Party umno memang dah makin lemah bukan sebab dlm party shj malah undi popular juga semakin merosot umno tahu sebab tu mrk bersatu sokong antara mrk utk kuatkan umno dan menyakinkan rakyat umno masih gah namun dlman party masih ada yg tidak sefahaman setuju apa najib laksanakan. Namun demi periuk nasi mrk segalanya dipinggirkan namun adakah umno masih di terima rakyat???
    Kita tunggu keputusan rumpin dan permatang pauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar, Azizah kao laki Bini pencen lah kalau sudah tidak bermaya lagi. Seorang yang tidak boleh rasa nadi orang bawahan elok sangat berhenti dariada menceburi bidang politik.

      Baik kao laki Bini jaga anak sulung kao tu. Hadir sesi sentuh anjing, pada masa yang sama memarahi ustaz yang menegur. Tapi lagi baik kao sumpah Nurul Izzah tu Jadi Batu.

      Saryanto Rudiman bin Wardano Jalilun
      Nibong Tebal
      Seberang Perai, Penang

      Delete
  6. Kerana menganiaya TSKI, Che Gu Bard, arwah TGNA Dan TGHA., career Abang Non sudah masuk longkang.

    Izzah d Janda, tolong update Bapak kamu okey. Jgn ingat GST untuk beli lilin Dan makanan Anjing saja yg kena. Semua barang kena.

    Inilah mangkuk gang lilin tak perjuangan Rakyat marhaen. Balik2 Keadilan untuk bapak dia sjaaa

    ReplyDelete
  7. Anwar telah mewarisi nepotism dari dap dan umno lama. kami ikut anwar sebab nak perjuangkan anti nepotism dan anti kronima, kami telah tertipu Oleh keluarga anwar sendiri yg meperjuangkan nepotism.

    saya selaku ahli pkr cabang titiwangsa menasihatkan ahli dan bekas ahli jangan undi wan azizah sebab ia menyepang jauh dari perjuang asal pkr menbasmi nepotis dan kronima parti yg ada di malaysia ini

    Nasihat aku Wan azizih kena ingat perjuang asal pkrAnti nepotism dan anti kronima, kami tak menbenarkan pkr menyepang dari penjuang asal anti nepotism dan anti kronima
    Kembalikan pkr kelandasan yg sebenar
    Perjuangan kami sebagai ahli pkr ini memastikan tak ada lagi nepotism dan kronima yg ada Parti politik di malaysia

    Wan azizih sila presiden letak jawat sekarang, rakyat sudah jemu sikap nepotism itu

    ReplyDelete
  8. NENEK KIPAS KANTOI MENIPU RAKYAT!!!

    Hahaha!!! Hidup - hidup Si Wan Azizah tu nak 'kencing' rakyat. Dia ingat, rakyat ni BODOH sangat ke? Dah terang pun masih lagi bersuluh. Benda dah terpampang depan mata pun masih lagi dia cuba nak menafikannya.

    Tak pasti la sama ada siapa yang tipu siapa. Mungkin Si Wan Azizah tu yang cuba tipu rakyat dengan mengeluarkan kenyataan, kata yang dia dah pergi jumpa dengan YDP PAS Permatang Pauh.

    (Baca Artikel Berkaitan: Wan Azizah Malu Bila Kainnya Terlondeh!!!)

    Kenyataan mengenai perkara tersebut mendapat perhatian apabila Si Wan Azizah tu dilihat cuba nak melarikan diri dari menjawab persoalan dikalangan wartawan mengenai pendirian PAS.

    Atau, mungkin Si YDP PAS Permatang Pauh tu yang tipu Si Wan Azizah tu bila dia kata PAS Kawasan tetap akan memberikan sokongan kepada PKR walau siapa pun calon yang akan dipertandingkan kelak.


    Hakikatnya, PAS memang tetap tidak akan berganjak dari pendirian yang telah dibuat sebelum ini untuk tidak membantu PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

    Kalau sebelum ini, hanya suara Dewan Pemuda PAS je yang kedengaran. Kali ini giliran Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh tu pulak yang keluarkan kenyataan melalui laman media.

    Antara lain, mereka memberikan kata dua kepada PKR sekiranya parti itu mahu bantuan dari jentera PAS dikawasan tersebut. Nak pulak dalam Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh tu sendiri.

    Nah! Sekarang, apa lagi alasan yang nak diberikan oleh Si Wan Azizah tu? Masih lagi ke dia nak menafikan dakwaan bahawa PAS Kawasan Permatang Pauh tu sendiri enggan bekerjasama dengan mereka?

    Adakah PKR bersedia untuk menundukkan kepala mereka dan menuruti pendirian yang telah dibuat oleh PAS? Atau, adakah mereka akan kekal dengan sikap sombong mereka selama hari ini?

    Apa yang jelas, pendirian serta keputusan PAS Kawasan tu membuktikan bahawa mereka dah muak dengan sikap sombong dan angkuh yang ditonjolkan oleh kepimpinan PKR sebelum ini.

    Bahkan, mereka juga jelas sudah semakin bosan dengan Penghinaan yang ditujukan kepada Presiden PAS kerana mahu melaksanakan Hukum Hudud yang menjadi dasar perjuangan parti itu.

    Tapi malangnya, masih ada lagi pemimpin PAS sendiri yang dilihat bertentangan dengan keputusan PAS Kawasan tu. Ternyata, pemimpin - pemimpin sedemikian hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka je. Bukannya diorang perduli dengan perjuangan parti!!!

    ReplyDelete
  9. UMNO busuk sampai ke usus.Bukan aku cakap tapi Mahathir yg cakap.Pemimpin dan menyokong UMNO bodoh.Bukan aku yang cakap tapi Mahathir yang cakap.kahkahkahkah.kalau tak menipu dah lama UMNO gulung tikar.kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir nabi mu ke yg pegang suggh kate2 die.kahkahkah

      Delete
  10. Mahathir dah belasah najib kaw kaw.Macai masih sokong lagi...nk buat macamna kan...bangang!..Najib rosak kerana seekor big badak! ...kohkohkoooh

    ReplyDelete
  11. Hai Melayu!
    rumahmu semua dibina indonesia,
    ekonomi pula dikuasai cina,
    golongan profesional semuanya india,
    warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
    warga bangla pula menjadi JaGa,
    orang Nepal yang menabur baja,
    orang pakistan usung karpet jaja merata,
    lalu melayu ada apa?

    Sedutan dari sajak A. Samad Said
    ...
    KEDEPAN pernah menyentuh akan isu ini,

    Salam 1rasuah,

    Masuk pasaraya tengok warga asing cuci lantai,
    Makan kat pudu tgk warga asing sapu sampah,
    Masuk klia tgk warga asing susun troli & cuci tandas,
    Masuk car wash tgk warga asing cuci kereta,
    Pasar malam kaw kilang @ pembinaan penuh warga asing beli barang,
    Pergi nilai 3 beli kain dah mcm Pakistan kecil.
    Tegok bersama mu baru nampak rakyat kita,
    Kerja untuk rakyat diberi kepada warga asing. Apa sudah jadi?

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik KEDEPAN....saya profesional (peguam) dan saya melayu...ada ramai lagi rakan2 saya profesional (peguam, jurutera, doktor, akauntan)...anda masih di bawah tempurung, hanyut dengan melankolia puisi Pak Samad????

      Delete
  12. Omak kau nk jadi talibarut TSKI dlm menjatuhkan anwar nepotisme dan azmin sila kan. ..sbb ko mme asal dari parti nepotisma...klu nk jadi talibarut najib utk burukkan Tun Dr M....ini sudah lebih...omak ko ni nnpk gaya makan keliling...kemut keliling abis...

    ReplyDelete
  13. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
    pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
    nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
    angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 100.jt
    bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
    apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
    jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
    ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
    demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
    atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...