Monday 20 April 2015

PKR BATALKAN SEMUA PROGRAM PRK PERMATANG PAUH YANG ADA HUBUNG KAIT DENGAN AZMIN ALI?????????



GEORGETOWN - PKR membatalkan semua programnya di Permatang Pauh hari ini yang membabitkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
   
Penyelaras media PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Mohd Hafizan Mazuki dalam kenyataan hari ini berkata, pembatalan program itu termasuk kenduri rakyat dan pelancaran pusat operasi PRK di Guar Perahu atas beberapa sebab.   

Walaupun tidak menyatakan sebab pembatalan, sumber parti menyebut ia ada kaitan dengan mesyuarat tergempar di Selangor yang membabitkan para pemimpin  PKR dan Pas bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti menjelang PRK Permatang Pauh.  

Menurut laporan semalam, Ketua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan memberikan kata dua supaya PKR supaya menarik balik kenyataannya yang menolak rang undang-undang berkaitan hudud jika mahu mendapat sokongan Pas untuk PRK Permatang Pauh.   

Omar berkata, Pas Permatang Pauh memberi tempoh kepada PKR sehingga hari penamaan calon pada 25 April dan mendesak PKR memohon maaf secara terbuka.

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK Khairil Anuar Kamarrudin ketika dihubungi berkata, beliau telah menerima arahan daripada pemimpin pusat PKR supaya tidak mengeluar kenyataan pada masa sekarang.    

"Sejak minggu lepas kami menerima arahan daripada para pemimpin pusat parti supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana terlalu banyak manipulasi terhadap situasi antara parti dan Pas," katanya.   

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas petisyen pengampunan diraja terhadap hukuman penjara atas kesalahan meliwat yang difailkan oleh keluarganya ditolak oleh Lembaga Pengampunan.       

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.   

Hari mengundi PRK Permatang Pauh ditetapkan pada 7 Mei ... BERNAMA

22 comments:

  1. Mujur ada Azmin, nak Harap Anuar atau mama kipas remote control arau jandavpantai kl tidak guna. Gimik aaja lebihhh

    Balikla Nuar, mama kipas and janda pantau oiii. Aku Harap hang suruh Anak Dan Bini hang resign. Sekupang tak guna.

    Pembaca2,ada gambar Anuar jengok mangsa banjir, Anak Yatim DLL. Mana ada brader, alih2 gimik cakap keadilan yg sebenarnya khusus untuk keluarga dia bukan untuk Rakyat. Malangnya ramai ahli PKR Dah kena sampuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. KENAPA WAN AZIZAH TAKUT BAYANG - BAYANG SENDIRI!!!

      Huh! Memang patut sangat la dia ni tak dapat jadi Menteri Besar Selangor sebelum ini. Nama je Presiden PKR, tapi nak buat keputusan sendiri pun takut. Macam mana dia boleh jadi pemimpin?

      Setakat mengharapkan nama suami untuk jadi wakil rakyat, baik tak payah. Buang masa je angkat orang macm tu. Memang sah - sah dia takkan mampu buat kerja untuk menjaga kebajikan rakyat.

      Patut la dia mudah sangat kena tikam dari belakang dan dikhianati oleh Timbalan Presiden sendiri. Kelemahan dia menjadi pemimpin itu yang menjadi punca keGAGALan parti dia sendiri.


      Sekarang, bila orang tanya pasal calon di Permatang Pauh, dia sendiri pulak yang takut - takut nak umum. Sebab apa? Sebab dia takut tembelang dia akan pecah. Nanti, habis satu Malaysia tau.

      Hakikatnya, Si Wan Azizah tu tak perlu takut dengan bayang - bayang dia sendiri. Semua orang dah tahu dah agenda kaum kerabat dia di Permatang Pauh. Buat apa dia nak main sembunyi - sembunyi lagi?

      Realitinya, dikalangan puak - puak PKR tu sendiri pun mahu dia menjadi calon bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh tu. Kalau bukan dia, siapa lagi yang layak untuk gantikan Si Ketua Penipu tu?

      Takkan pulak dia nak bagi laluan kepada penyokong - penyokong Kartel Azmin Ali untuk merampas kerusi tersebut dan seterusnya menjahanamkan legasi yang ditinggalkan oleh Si Ketua Penipu tu?

      Rasanya, Si Wan Azizah tu tidaklah sebodoh itu untuk melakukan tindakan sedemikian. Lagi pun, dia mesti memikirkan soal kepentingan Politik Peribadi serta kedudukan dia sendiri.

      Kalau dia tak bertanding di Permatang Pauh, maka selepas ini pasti dinasti Si Ketua Penipu tu dalam PKR akan hancur dan ditamatkan. Nak harapkan Si Nurul Izzah, lagi la tak boleh pakai.

      Dia menang pun sebab kerana menabur fitnah terhadap calon lawan sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu. Jadi, apa kemampuan yang Si Nurul Izzah tu ada untuk mengekalkan legasi Si Ketua Penipu tu dalam PKR?

      Kesimpulannya, tak perlu la Si Wan Azizah tu nak main sembunyi - sembunyi dengan rakyat. Kalau ye pun dia takut pada bayang - bayang dia sendiri, jangan la jadi pemimpin MUNAFIK yang takut dengan Kebenaran pulak!!!

      Delete
    2. Rakan2 Keadilan,

      kami tidak perlukan undi Ahli Ahli PAS di Permatang Pauh. Dengan sokongan PASMA PKR akan menang Besar di Permatang Pauh.

      Diseru penyokong keadilan memboikot PAS secara total kerana PAS bersama TSKI di Selangor pada 2014.Semua kempen hanyalah memerlukan Support PASMA

      PAS boleh balik kampung tanam jagung.

      Dave,
      Member since 1999

      Delete
    3. NENEK KIPAS KANTOI MENIPU RAKYAT!!!

      Hahaha!!! Hidup - hidup Si Wan Azizah tu nak 'kencing' rakyat. Dia ingat, rakyat ni BODOH sangat ke? Dah terang pun masih lagi bersuluh. Benda dah terpampang depan mata pun masih lagi dia cuba nak menafikannya.

      Tak pasti la sama ada siapa yang tipu siapa. Mungkin Si Wan Azizah tu yang cuba tipu rakyat dengan mengeluarkan kenyataan, kata yang dia dah pergi jumpa dengan YDP PAS Permatang Pauh.

      (Baca Artikel Berkaitan: Wan Azizah Malu Bila Kainnya Terlondeh!!!)

      Kenyataan mengenai perkara tersebut mendapat perhatian apabila Si Wan Azizah tu dilihat cuba nak melarikan diri dari menjawab persoalan dikalangan wartawan mengenai pendirian PAS.

      Atau, mungkin Si YDP PAS Permatang Pauh tu yang tipu Si Wan Azizah tu bila dia kata PAS Kawasan tetap akan memberikan sokongan kepada PKR walau siapa pun calon yang akan dipertandingkan kelak.


      Hakikatnya, PAS memang tetap tidak akan berganjak dari pendirian yang telah dibuat sebelum ini untuk tidak membantu PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

      Kalau sebelum ini, hanya suara Dewan Pemuda PAS je yang kedengaran. Kali ini giliran Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh tu pulak yang keluarkan kenyataan melalui laman media.

      Antara lain, mereka memberikan kata dua kepada PKR sekiranya parti itu mahu bantuan dari jentera PAS dikawasan tersebut. Nak pulak dalam Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh tu sendiri.

      Nah! Sekarang, apa lagi alasan yang nak diberikan oleh Si Wan Azizah tu? Masih lagi ke dia nak menafikan dakwaan bahawa PAS Kawasan Permatang Pauh tu sendiri enggan bekerjasama dengan mereka?

      Adakah PKR bersedia untuk menundukkan kepala mereka dan menuruti pendirian yang telah dibuat oleh PAS? Atau, adakah mereka akan kekal dengan sikap sombong mereka selama hari ini?

      Apa yang jelas, pendirian serta keputusan PAS Kawasan tu membuktikan bahawa mereka dah muak dengan sikap sombong dan angkuh yang ditonjolkan oleh kepimpinan PKR sebelum ini.

      Bahkan, mereka juga jelas sudah semakin bosan dengan Penghinaan yang ditujukan kepada Presiden PAS kerana mahu melaksanakan Hukum Hudud yang menjadi dasar perjuangan parti itu.

      Tapi malangnya, masih ada lagi pemimpin PAS sendiri yang dilihat bertentangan dengan keputusan PAS Kawasan tu. Ternyata, pemimpin - pemimpin sedemikian hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka je. Bukannya diorang perduli dengan perjuangan parti!!!

      Delete
    4. WAN AZIZAH MALU BILA KAINNYA DAH TERLONDEH!!!

      Alahai Kak Wan!!! Tolong la bagi alasan cerdik sikit. Jangan la ingat rakyat di Malaysia ni semuanya BODOH belaka. Dia ingat rakyat Malaysia ni sama macam Macai Pakatan Haramjadah tu ke?

      Tolong la! Cuba la dia bukak mata dia luas - luas. Takkan dia tak baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang sebelum ini? Takkan itu pun dia masih nak nafikan jugak?

      Jika sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang tu, nampak jelas yang dia sendiri pun tak puas hati terhadap kebiadapan puak - puak PKR tu terhadap kepimpinan tertinggi parti tersebut.

      Malah, Si Ketua Pemuda PAS tu juga turut memberikan kata dua kepada PKR agar membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum nak mengharapkan bantuan daripada PAS dalam PRK di Permatang Pauh.

      Tapi, nampak gayanya Si Wan Azizah tu masih jugak cuba nak menafikan dakwaan tersebut dan cuba nak MENIPU rakyat secara terang - terangan. Dia masih jugak nak tutup kemaluan dia yang dah terlondeh.

      Sambil menafikan dakwaan berlakunya 'Protes Senyap' oleh PAS dalam Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh, Si Wan Azizah tu kata rakan sekutu PKR tu tetap memberikan sokongan penuh.

      Malah, Si Wan Azizah tu tetap juga percaya bahawa puak - puak PAS tu tetap bersedia untuk membantu jentera PKR walaupun siapa sahaja yang akan dicalonkan oleh parti tu tak lama lagi.
      "Saya baru sahaja berjumpa dengan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh (Omar Hasan) dan beliau kata tidak (seperti itu), kami bersama anda dan beliau akan memberi dan bekerjasama untuk memastikan kemenangan calon PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui.
      Heh! Nampak sangat la yang Si Wan Azizah ni lemah otak. Patut la dia mudah sangat kena tipu dengan Si Azmin Ali ni sampai tahap berputih mata nak jadi Menteri Besar Selangor sebelum ini.

      Walaupun PAS tu dah tampil dengan kenyataan terbuka sebelum ini pun Si Wan Azizah tu masih jugak nak menafikannya. Pun dia masih jugak nak mem-BONGGOK-kan diri dia sendiri.

      Kalau dah namanya Protes Senyap tu, takkan pulak PAS nak cakap depan - depan. Dah tentu - tentu diorang akan buat diam - diam. Kalau PAS cakap terang - terang, tidak la ianya dinamakan 'Protes Senyap'.

      Sama jugak la macam Si Azmin tu buat sebelum ini. Diam - diam je dia melobikan diri sendiri untuk merebut jawatan Menteri Besar Selangor tu. Penyudahnya, Si Wan Azizah tu jugak yang melopong. Takkan itu pun Si Wan Azizah tu masih tak sedar jugak kot!!!

      Delete
    5. Ni kat atas ni sybertroper bodobodo belake!!

      Delete
    6. jika rakyat pematang pauh di tempa banjir, jijih kipas akan pergi melihat rakyat newzeland telebih dahulu bertanya masalah basikal pada rakyat newzeland dulu

      Delete
  2. Welcome Macai Badut Negara (BN) you are please to comment below;

    ReplyDelete
  3. Tak cukup keluarga Anuar buat Maya kat TSKI. Sekarang Azmin pula dimangsakan.

    Reformist. Matang Pauh election kita wajar beri undi pads Berjasa Isma.

    Woiii Anuar tak cykup lagi ka bala menimpa kamu. Bila nak sedar. Kalau mampos tak guna taubat.

    Oiiii Anuar kao tu Dah tua. Cukup2lah gila kuasa. You, your wife and daughter can go to hell.

    Azmin is PKR future and savior

    ReplyDelete
  4. Azmin baik kau check mate DSWA sebelum dia check mate kau.

    Pssssst: cakap slow sikit, kau suruh your guys to boycott the by election. Jgn kepoh2. Slow and steady lahhhh

    ReplyDelete
  5. SOKONGAN PENUH TERHADAP KENYATAAN RASMI PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

    Sehubungan dengan kenyataan rasmi PAS Kawasan Permatang Pauh berkaitan hubungan kerjasama PAS – PKR dalam PRK P.Pauh, maka Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas memberikan sokongan penuh terhadap pendirian tersebut.

    Ditegaskan lagi bahawa jentera pemuda PAS Kawasan Kepala Batas akan dikerahkan membantu PKR dalam PRK P.Pauh setelah PKR melaksanakan tuntutan yang telah dibuat oleh PAS Kawasan Permatang Pauh.

    Sekian, terima kasih.

    MOHD HAFIZ BIN KASIM
    Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan K.Batas
    20 April 2015 M / 1 Rejab 1436 H.

    ***********************************************

    KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH.

    Berhubung hubungan kerjasama PAS – PKR dalam PRK P.Pauh, PAS Kawasan P.Pauh menegaskan dua perkara berikut:-

    1. Menuntut PKR menarik balik kenyataannya yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud dan meminta maaf secara terbuka.

    2. Jika PKR bersetuju dengan perkara di atas, maka kami PAS Kawasan P.Pauh akan meneruskan kerjasama PAS – PKR dalam PRK P.Pauh ini.

    Pendirian ini adalah keputusan yang telah disepakati dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan P.Pauh kali ke-38 yang bersidang pada hari ini.

    Sekian, terima kasih.

    HJ OMAR BIN HASSAN
    YDP PAS Kawasan P.Pauh
    Sesi 2015-2017

    ReplyDelete
  6. Aoa lagi Azmin, kasi kautim dgn PAS Pmtg Pauh. Kasi Iitu nepotism kalah

    ReplyDelete
  7. Salam 1rasuah ,

    Prk ini adalah platform terbaik menyatakan kemarahan rakyat terhadap pelaksana gst.

    Ayuh pr, umno dan lain lain jgn beri undi walaupun 1 kepada bn, biar mereka faham mesej kita.

    Rakyat berhak mendapat yang terbaik untuk harga barang termasuk servis kerajaan dan tenaga pengajar yang pernah skor upsr-spm untuk bimbing anak anak kami skor upsr-spm.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai . Heee

    ReplyDelete
  8. Nnpk tak kebofohan jijah....petmsinan.licik assmin nnpk assmin main tarik tali dengan pas pasal hudud....yg jadi mangsa pengundi pkr dan pas yg mrngundi di matang pauh...assmin sengaja main tarik tali idu hudud. ...menjadikan pakatan haru biru menjrlang prk matang pauh...yg penting bila jijah kalah peluamg assmin jadi ketua pdmbangkang cerah....isu mb sgor masih segar permainan licik assmin. .....pisang berbuah dua kali....

    ReplyDelete
  9. Jijah president pkr ada kuasa pecat assmin dari parti
    Pkr.....guna kuasa veto president sebelum terlambat...biar puak assmin dan pasma tubuh parti baru.....

    ReplyDelete
  10. Kau org yg bodoh.... azmin memang pandai main politik.. boleh kata semua org dlm dunia kata politik itu Kotor... tikam menikam, cocok menyucuk, kata mengata, fitnah mefitnah... tipu menipu itu semua mainan politik bro... sebab tu jgn agama di politikkan tapi ingat politik pelukan agama OK by...by

    ReplyDelete
  11. PKR wajib pulaukan Hadi, sama mcm Dap buat.

    ReplyDelete
  12. Pasal hudud main tarik tali kau Azmin...Pasal KANDANG BABI kau taknak main tarik tali pulak.harap dalam masa kau main tarik tali tu kau tak mamxxs.Bagus sgt la kalau semua yg berkaitan dgn Azmin di batalkan di PP.Aku setuju 200%.

    ReplyDelete
  13. Kalu angkat diri sendiri jd pemimpin gini lh jd nye ...ade je yg x kene ...kelangkabut x tentu pasal ....

    ReplyDelete
  14. Azmin bakal menerajui pkr. Demi keadilan raya. Sudah sampai masanya pkr tidak dilabelkan parti anak beranak kronisma tahap gaban.

    Siapa yg halang yb azmin akan terima padahnya. Demi keadilan raya!

    ReplyDelete
  15. Menerajui pkr yg dh nk lingkup ...yg halang antara ko org gak ...padahnye lingkup semuanye ...kahkahkah

    ReplyDelete
  16. Hahaha parti anak beranak ke ...parti tok nenek ke...parti moyang monyet ke....aku tak kisah...asal bukan Azmin dan umno...sekian terima kasih.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...