Thursday 16 April 2015

KENYATAAN AHMAD MASLAN CGPA 3.85 MENGENAI GST MEMBUAT RAKYAT JADI EMOSI KATA PAKAR PSIKOLOGI



Emosi rakyat negara ini yang terganggu dengan beberapa kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat bakal pulih dalam sedikit masa lagi.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, pelbagai pendapat rakyat terutama di media sosial dilihat proses biasa meluahkan perasaan yang normal bagi setiap manusia.

"Mereka akan menggunakan medium media sosial yang dilihat lebih mudah, selain diakui ia menjadi viral namun masih dilihat normal.

"Memang lumrah bagi manusia apabila rasa ditekan, mereka akan menyatakan rasa tidak puas hati namun ia hanya berbentuk sementara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Abdul Jalil mengulas keluhan masyarakat terutama di media sosial mengenai reaksi pelaksanaan GST.

Ia menjadi lebih 'panas' apabila Ahmad mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat tidak menyebelahi pelajar kampus.

Ahmad dilaporkan berkata, kenyataannya tentang saranan untuk masak sendiri dimanipulasi kumpulan tertentu.

Bagaimanapun, Bekas Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah menasihati pelajar universiti itu untuk tidak membesarkan isu keperluan memasak di kampus atau rumah sewa selepas pelaksanaan GST sebagai faktor yang boleh menjadikan mereka mati kebuluran.

Dalam pada itu jelas Dr Abdul Jalil, masyarakat akan faham kelak mengenai kenyataan Ahmad mengenai GST yang memberi faedah kepada semua.

"Macam seorang ayah yang memberi nasihat kepada anaknya, semasa kecil anak itu mungkin memberontak dan enggan menurut kata.

"Namun akhirnya apabila anak itu berjaya, dia akan ingat kembali nasihat itu yang membawa kejayaan kepada dirinya, pastinya ia mengambil sedikit masa," ujarnya.

Katanya lagi, walaupun dilihat menjadi kambing hitam, ia disifatkan tidak mematahkan semangat Ahmad untuk terus menjadi perantara kerajaan dengan rakyat dalam isu berkenaan.

"Kemarahan rakyat kini seumpama air limpah, mereka emosi dan ia seharusnya dialurkan ke jalan yang betul agar tidak timbul kesan negatif pada masa akan datang.

"Ahmad perlu bijak menyerap tekanan dan terus memberi penerangan tentang isu yang membawa kebaikan kepada negara," jelasnya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kenyataan Ahmad yang memaafkan semua pihak yang menohmahnya mengenai isu GST.

"Saya sedia dari segi mental dan fizikal, tetapi harap pihak-pihak tertentu berlaku adil, janganlah kata ibu saya khinzir, janganlah kata saya mati malam tadi, itu terlalu teruk.

"Menurut pihak kastam, pelaksanaan GST ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk stabil sepenuhnya, jadi saya bersedia untuk dihentam dalam tempoh ini. Tetapi saya harap operasi berkaitan GST akan stabil dalam tempoh tiga bulan ini," katanya.

Sebelum ini, Ahmad menjelaskan pelaksanaan GST boleh menurunkan harga barang seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik.

29 comments:

  1. Anuar sama IQ dgn Ahmad Maslan. Diharap pengundi menolak wan jijah sebgai signal penolakan kpd Anuar low IQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anuar mana tau kira. Waktu krisis Selangor, titah minta lebih Dari 2, Anuar bagi 1. Bini dia plak tu.

      Adakah Anuar ni bodo atau kurang ajar.

      Say no to jijah di PRK Permatang Pauh

      Delete
    2. Hahaha....
      Kamu berdua sama bodoh dan bangang!
      Anwar kalau kurang bijak boleh ke bertahan namanya selama ini??? Malah namanya akan jadi lengen dlm sejarah malaysia yg membawa perubahan bumi jajah ini. Macai bodoh hanya pandai bermain jari pengkianat bangsa akan di sita lepas pru 14 .

      Delete
    3. Bila umno / bn tumbang....rakyat akn dpt kembali harta2 yg dirompak.

      Delete
  2. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan supaya tidak mengkhianati kepercayaan pengundi jika beliau dicalonkan dan menang di Permatang Pauh.

    Nasihat itu diberikan oleh bekas Pembantu Peribadi beliau, Faekah Husin, yang turut menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak lagi mengulangi kesilapan pada 2008.

    “Jangan sampai peristiwa 2008 berulang di mana beliau melepaskan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan Wan Azizah ini telah mengecewakan pengundi,” katanya ketika dihubungi FMT pada Selasa.

    Faekah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkata, beliau percaya keputusan untuk bertanding itu bukan mudah untuk Wan Azizah kerana beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

    Bekas ahli PKR itu berkata, dia simpati kerana Wan Azizah pernah menyatakan hasrat untuk mengurangkan aktiviti politik bagi memberi tumpuan kepada cucu dan aktiviti keagamaan.

    Dia secara sinis menyatakan mengosongkan kerusi semakin membudaya dalam PKR seperti di Permatang Pauh dan Kajang di mana kedua-duanya kerana Anwar bukan faktor rakyat.

    Faekah diketahui mempunyai hubungan sangat rapat dengan keluarga Anwar tetapi hubungan itu mula regang selepas dia dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2010.

    Dia bertindak keluar PKR kerana tidak bersetuju dengan beberapa keputusan parti termasuk memecat Abdul Khalid dan Langkah Kajang.

    Sementara itu, blog pro Pakatan Rakyat, omakkau.blogspot melaporkan ahli akar umbi PKR tidak setuju jika Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh kerana perlu memberi tumpuan di Kajang.

    Blog itu mendakwa, PKR sepatutnya meletakkan calon muda yang berkebolehan dan mempunyai pengaruh kuat kerana parti itu sudah berpecah antara kem Mohamed Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar selepas pemilihan 2014 yang lalu.

    FMT difahamkan usaha mencalonkan Wan Azizah di Permatang Pauh adalah strategi untuk menyekat Azmin daripada dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. _ FreeMalaysiaToday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengundi Permatang Pauh tak kecewa ttp macai umno yg dok meroyan. Kah..kah..kah..

      Delete
    2. Azizah jadi calon umno mati akal.
      Angkat jari hantu tegak atas kalu gst menang

      Delete
  3. Bila budak bahalol jadi Menteri ini lah kesan burok nya pada Rakyat

    Bagai Monyet di bagi Bunga Ros pasti dia Bik punyea

    ReplyDelete
  4. Kalau dh pm pun bahlol menteri2 apa lg...super bahalol la....

    ReplyDelete
  5. Memang betul.......kerana Maslan banyak cakap untuk menunjukkan kebenaran nya......maka kenyatannya merapu dan membuatkan rakyat marah dan menyampah...... Dia nak claim dia bijak tapi sebenarnya dia bodoh.....tidak pandai menarik hati rakyat.......tak mahu merendah diri.......sebenarnya program gst nya gagal......tapi olih keerana negara ada peraturan maka rakyat terpaksa mengikut......

    ReplyDelete
  6. Org yang berimosi apabila GST hendak di laksanankan adalah orang yg tak pernah, tak mahu, tak peduli nak ambil tahu jenis barang2 yang kena GST...Padahal mereka dg mudah dapat memperolehi maklumat tersebut dp media2 perdana dan kementerian yang berkaitan....mereka lebih percaya kepada pakar2 jadian yang tak pernah pun bekerja di kementerian yang berkaitan... yang tak tau pasal GST.
    Kesian kpd mereka yang menjadi bahan ketawa di 160 buah negara yg mengamalkan GST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan orang perihatin harga baranglah maka orang membantah GST bukan tidak peduli tak ambil tahu, senaraikan biar beribu barang yang tak kena GST konon ada berlaku kenaikan atau tidak? contoh mudah kad pra bayar itu pun dah kantoi....phuiii kena gelak dek telco jer

      Delete
    2. Siyal punya gst

      Delete
  7. Apa salahnya insan yg sering menjadi bahan umpatan kamu?. Sempat ke kamu minta ampun dgn mereka? Tak rasa bersalah ke kamu? Tak rasa berdosa ke kamu? Tepuk dada tanyalah iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dosa ambik cukai gst kat org miskin
      Tak belajar agama ke?

      Delete
    2. Kalu tak menipu bukan gst namanya

      Delete
  8. Mari kita selaku ahli pkr jangan undi wan azizh sebab dia telah melupakan pejuang pkr menbasmi nepotisma dalam umno, wan azizh dan anwar telah lupa pejuang asalnya memastikan nepotisma tak lagi parti politik dimalaysia, pkr telah gagal memasti dpa tak amalkan nepotisma dalam parti dan ketua umun sendiri amalka. Nepotisma dalam parti sendiri.
    Ini cukup memalukan pkr itu, ketua umum pkr mengamalkan nepotima dalam parti.
    Mana janji dato siri anwar itu nak menghapuskan nepotisma dalam parti di malaysia ini


    Dari ahli refomasi 1998 penah
    Memakai baju (justice for papa )
    kampung baru cabang titiwangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ttp sokong keluarga Anuar. Fitnah awak tak terkesan langsung.

      Delete
    2. Umno mesti tergolek dog

      Delete
  9. Barua Najib komen sendiri jawap sendiri.badak gemuk beli jet baru buat x tahu je..best ke jadi anjing belaan umno..

    ReplyDelete
  10. Usah hiraukan macai bodoh mcai penghancur bangsa tingkatkan jenayah susahkan rakyat.....
    Turun jalan raya ubah negara jajahan ini masa depan negara akan cerah.

    ReplyDelete
  11. Cuba senaraikan tak pyh byk lah, 5 barangan yg turun harga kerana GST?
    Ada???
    Lancau...

    ReplyDelete
  12. Cuba senaraikan tak pyh byk lah, 5 barangan makanan asas yg naik harga kerana GST?
    Ada???
    Lancau...

    ReplyDelete
  13. Aku rasa yg perlu amat diberi kaunseling oleh pakar segala pakar psikologi mat maslan tu ...rakyat x de masalah pun ...kalu dh kenyataan mamat ni menyakitkan hati rakyat x kan lah rakyat nk meloncat kegembiraan ...gile name nye tu ...kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakar tu pun sama macam maslan dol

      Delete
  14. Celakalah sape2 sahaja yg sokong GST!!

    ReplyDelete
  15. Biarkan gst jadi kehancuran umno...

    ReplyDelete
  16. Biarkan gst jadi kehancuran umno...

    ReplyDelete
  17. Jeff jual daging babi ada gst tak?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...