KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 2 April 2015

LAGI EDISI CAKAP BESAR BERDEGAR AHMAD MASLAN CGPA 3.85 AKHIRNYA TUNDUK JUGA KEMAHUAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI.





Selepas pelbagai teka-teki mengenai sama ada harga prabayar akan kekal ataupun dikenakan caj GST – kini @AhmadMaslan melalui akaun Twitter beliau mengumumkan yang mana syarikat telekomunikasi seperti Digi, Celcom, UMobile dan juga Maxis akan mengguna-pakai harga pasaran baru RM10.60 untuk RM10 (dan seterusnya).

Melalui Tweet sama, Ahmad Maslan mengatakan syarikat telekomunikasi bersetuju untuk menambah masa panggilan dan juga SMS sebanyak 6% berbanding kebiasaan.

Timbalan Menteri Kewangan ini mengatakan akan berkongsi lebih maklumat lanjut mengenai hal ini pada petang ini.

Sebelum ini sikit punya kencang ke sembang Ahmad Maslan CGPA 3.85 ni.


Meskipun kad prabayar dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), namun harga jualan kad prabayar tidak terkesan dan masih kekal pada harga lama, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau menjelaskan, harga kad prabayar itu perlu ditolak terlebih dahulu dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus, sebelum dikenakan dengan GST sebanyak enam peratus.

“Memang kena GST kepada kad prabayar itu tetapi kena tolak SST dulu, baru kenakan GST.. Enam peratus SST itu ditolak dulu, baru dicampur enam peratus GST.

“Dengan lain perkataan, kalau harga sebelum ini RM10, maka sekarang masih kekal RM10,” Ahmad Maslan memberi penjelasan kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen, Khamis.

Pada hari pertama GST dilaksanakan semalam, orang ramai bingung dan berang apabila mendapati harga belian kad tambah nilai pengguna perkhidmatan prabayar dikenakan GST oleh empat syarikat telekomunikasi, termasuk tiga syarikat besar, sekaligus meningkatkan harga jualan kad tersebut.

Ramai  yang dilihat membuat aduan mengenai perkara tersebut di laman Twitter GST Malaysia Info menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

“Jika mereka tidak tolak SST dan jadikan RM10 kepada RM10.60 bererti mereka telah langgar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kerana ambil untung yang tidak sepatutnya,” kata Ahmad Maslan sambil menambah peniaga terbabit boleh dihadapkan ke mahkamah jika tidak menukar semula kepada harga asal.

Sebelum ini, terdapat surat pekeliling yang dikatakan daripada Pengarah GST Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy diedar mengatakan harga jualan kad prabayar sudahpun mengandungi elemen cukai perkhidmatan.

Menerusi pekeliling berkenaan, semua syarikat telekomunikasi sepatutnya mengekalkan harga jualan kad prabayar seperti sedia ada dan tidak membuat sebarang kenaikan.

5 comments:

  1. ahmad maslan kira menteri terbaik dlm umno calon PM malaysia akan datang

    ReplyDelete
  2. Ahmad Maslan ni masuk dalam lubang tanah lg cepat lg bagus la...kecik2 tknk mampus dh jd menteri menipu aja kerjanya...

    ReplyDelete
  3. Bila aplikasi wasap boleh buat panggilan, percuma pulak tu...apa strategi kerajaan dan telco2 ni .... yang pasti mereka tak akan biarkan ianya percuma

    ReplyDelete
  4. Maslan babi ni da byk makan taik babi...tokey telco da bgi rasuah la sbb tu keja dia menipu jer..ko tgk bibir dia. .da mcm puki nyonya jual kangkung. ..pukimak punya menteri babi babi dan babi. ..

    ReplyDelete
  5. Satunya bukti menteri kena buli...org kg bolehlah temberang. Dasar kangkung!!!!

    ReplyDelete