Thursday, 2 April 2015

KERAJAAN SELANGOR PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI DIBAWAH KEPIMPINAN AZMIN ALI SUDAH TAMATKAN TENDER TERBUKA DEDAH TAN SRI KHALID IBRAHIM DALAM DEWAN.



Dulu kutuk keras Kerajaan BN kerana amalkan sistem runding terus sebagai lubuk pembiakan korupsi dan penyalah gunaan kuasa serta cara mudah nak beri kroni kaya raya .. sekarang ini apa kes?????????????

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkritik pentadbiran Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kerana didakwa menamatkan sistem tender terbuka seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Menurut Khalid, semasa beliau menjadi menteri besar sistem tender terbuka yang diperkenalkan pada 2008 itu dilaksanakan bagi menangani masalah rasuah dan salah guna kuasa.

Bagaimanapun, ADUN Pelabuhan Klang itu berkata, sistem tender terbuka yang bertujuan untuk mengurangkan peranan orang tengah itu telah ditukar oleh Azmin pada November 2014.

"Kita (semasa menjadi menteri besar) telah menggantikan rundingan terus kepada tender terbuka dan ia mampu mengelak gejala ketirisan dan rasuah.

“Natijahnya untuk mengelak orang tengah yang dapat kontrak lumayan yang mengorbankan hak dan kepentingan rakyat.

"Namun rakyat curiga dengan kenyataan menteri besar semasa dalam Dewan pada 28 November lepas bahawa kerajaan sudah menukar pendekatan tender terbuka dengan alasan tender sebut harga murah didakwa memberi implikasi buruk.

"Perkara ini perlu dikaji kerana dalam kajian kita lima tahun dulu, tak ada beza guna cara terendah dan dipilih.

"Jelas tidak mencapai kewarasan minda kerana sistem (tender) terbuka di era pentadbiran telus dan bertanggungjawab membuktikan kita dapat jimat sehingga RM100 juta setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menjunjung titah Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Dalam sidang DUN November lalu, Azmin berkata, sistem itu tidak digunakan dengan alasan ia menjadi punca projek yang disiapkan tidak berkualiti.

Sehubungan itu, Khalid berkata pendekatan yang digunakan oleh Azmin ini bakal mengundang "bencana".

"Ingin saya tegaskan, pendekatan baru ini bakal mengundang bencana tata kelola dan urus tadbir pentadbiran kerana akibat gagal memberi perhatian kepada aspek value for money (berbaloi untuk wang dibelanjakan).

"Hakikatnya, mutu hasil kerja kontraktor tiada kena mengena dengan nilai kontrak. Menaikkan nilai kontrak tidak semestinya boleh memastikan peningkatan kualiti hasil kerja pada kadar sama sebaliknya, ia lebih berkait rapat dengan soal pengurusan dan kepimpinan," katanya lagi.



KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

24 comments:

  1. Tanda2 awal rasuah.dah jadi macam umngok...tk sabar nk humban dia ni ke tempat kegemaran dia...longkang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha......
      negara mana tak ada rasuah?????
      pemimpin mana tak ada rasuah???
      habis saudara tak rasuah ke ????bila diberi wang beriban2.
      maka longkangkan utk saudara???!
      berbicara guna akal bukan lutut.....!

      Delete
    2. Habis lah RM3 beliun duit reserve Selangor yang TSKI dok jaga dulu akan diranapkan oleh ASSmin 'Aiskerim' Ali dan Bang Nun Al Juburi......

      Delete
  2. Kronima dan nespotisma telah lama di amalkan oleh pkr dan dap, mari2 kita beramai hentikan semagat nespotisma korean utara ini telah lama berada dalam pr ini. Anwar mula2 mengamal nespotima dengan bagi saham pada penagih dadah, dap bapa nesopotima dimalaysia ini dap mula2 bagi jawatan penting pada anak, bini, menantu, dap supaya tiru semagat nepotisma singapore
    Inilah aku lihat terjadi pada pr ini, jika dibasmi ini akan terjadi akan merosak malaysia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha......
      kaum melayu tak ke saudara?????
      jgn jadi bodoh itu ini selagi manusia semua mrk nak kebas dan pertahankan hak mrk kalau tak kenapa malaysia tak terbukaan ???? sehingga kini masih sana sini kata bumiputra punya cina pendatang asing habis kenapa melayu byk guna barangan buatan dari china??? kenapa tak guna buatan malaysia ???melayu buat punya??? maka kalau dah bodoh bodoh juga jawapannya.

      Delete
  3. Aku akan fitnah Azmin ni sampai dia hilang jawatan MB Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.....
      biasalah kejap fitnah dia kejap fitnah org lain pula......kalau saudara jadi pm pun akan difitnah juga kan......manusia biasa dgn dengki yg lebih2 .

      Delete
  4. Strategi untuk meranapkan PR dah berjaya. Sekarang kita cari jalan supaya Azmin dan PKR kecundang. Yes..Yes.. Omakkau dah kat sebelah kita.
    PRU 14 ni, pasti Selangor milik UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.........
      omak kau kalau di beri habuan oleh sesiapa pun akan mengkianati sebab inilah perangai manusia bernama melayu dari dulu lagi.......!
      memang dah peluang umno nak kecohkan pr dgn hudud dgn islam masalah air yg belum selesai hingga kini supaya pr huruhara dan rakyat berubah balik sokong umno pada pru 14 nanti.nama dah politik maka putarbelitlah kata2 mrk utk perbodohkan rakyat yg bodoh tetapi bagi yg bijak tak akan termakan dgn kata2 busuk mrk .

      Delete
    2. PKR budak suruhan dapigs. Ugama tolak tepi, janji dapigs happy.

      Delete
    3. Jangan lupa sikalang lu tengok itu madir sulah mau kasi hantam sama laki simah badak air. Sikalang itu laki badak air sulah kecut itu batang botoh sama buah batang botoh. Itu sobab takut hohoho. Itu ameno sulah tatak ngam sama ameno punya orang sama2 gaduh hoho. Itu laki simah mau pigi mana? Hohoho kasi hanyam banyek2 hoho.

      Delete
  5. KRONI DAH LAMA NAZAK....NAK MAMPUS!...TAK CUKUP MAKAN...! memang sial ko....munafik!!!

    ReplyDelete
  6. Kahkahkah...yg meranapkan PR bukan UMNO tapi PR sendirilah ngok! kahkahkah cakap berdegar degar ekor gelumang dgn taaiikk!! busukk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan PR tapi PKR dan dapigs

      Delete
  7. Sbb tu bila PR bercerita pasal rasuah la..kronisme la..nepotisme la bla..bla..bla..aku rasa mcm nak termuntah hijau..itu belum berak kuar taik hijau lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku lagi nak termuntah tengok umno rasuah banyak sangat. Kaki sapu duit rakyat..1mdb lembu kondo pesawat dll banyak lagi..bahkan soal jual negara batu putih blok m dan l di sabah ..tu belum jet pribadi sekarang dah ada 7 bijik. Lagi sewel biol haprak punya umno. Umno celaka bangkai biawak.

      Delete
  8. Hahaha baru sentuh sikit pasal Azmin itu pun dlm blog macai dàh sasau...kalau jelajah satu Selangor burukkan azmin ...mau macai jadi gila macam si bapuk tua kaki gaduh tu.PR Dan UMNO dua dua hareemm!

    ReplyDelete
  9. Kihkihkih mb pintu belakang....ko memang sial.munafik! bangkai!

    ReplyDelete
  10. Eloklah kalau jawatan MB selangor diberikan kepada PAS ( TAPI BUKANNNN KHALID SAMAD AND THE JEBONS). Pkr dan kafir dap ni bukannya boleh diharap. Tiada kehormatan dan maruah. Kembalikan jawatan MB kepada yang berhak!!!

    ReplyDelete


  11. 'Azmin berkata, sistem itu tidak digunakan dengan alasan ia menjadi punca projek yang disiapkan tidak berkualiti'.

    dalam tender terbuka, yg termurah tak mesti dia dapat.

    ReplyDelete
  12. Tender terbuka ke tertutup ke x jd hal ...jangan poket terbuka lpas tu tertutup rapi udah le ...

    ReplyDelete
  13. Ekoran keputusan berani dan kompeten, Azmin, Khalid yang terlibat menanda tangani perjanjian itu berasa malu kerana kelemahannya ke atas perjanjian itu terdedah. Azmin tidak akan membatalkan kalau perjanjian itu tidak berat sebelah dan kalau ianya menguntungkan kerajaan Selangor. Sebagai MB Azmin perlu mempunyai tanggungjawab atas apa yang berlaku.

    Kerana malu dengan kelamahan itulah Khalid mengkritik Azmin dan memberi bayangan agar Azmin ditukar dan satu pentadbiran baru dibentuk seandainya isu isu air gagal diselesaikan.

    Azmin mempunyai alasan kemas kenapa beliau membatalkan perjanjian air di antara kerajaan Selangor dengan Putrajaya itu. Alasan besar ialah kerana kerajaan Persekutuan telah melanggar terma yang ditetapkan.

    Salah satu kesilapan perjanjian itu ialah menyerahkan tanah yang digunakan untuk pemasangan paip kepada kerajaan Persekutuan. Sedangkan mengikut Azmin, perjanjian itu sepatutnya hanya setakat memberi laluan pemasangan (guna) sahaja dan bukan memiliki tanah yang bernilai ribuan juta ringgit.

    Kalau Khalid memerhati dan tidak ada niat serong terhadap Azmin, beliau tidak akan tergamak untuk mempertikaikan keputusan Azmin itu, jauh sekaliu menyifatkan ia satu permainan politik. Paling bagus baginya menyokong kerana tindakan Azmin itu menebus kesalahannya kepada rakyat Selangor dengan perjanjian tersebut.

    Sebagai orang yang bertanggungjawab menanda tangani perjanjian itu dan juga melihat dan menyemak isi kandungannya Khalid sepatutnya memahami kenapa Azmin membatal perjanjian itu dan bukannya mengkritik kebaikan yang hendak dilakukan MB itu.

    Khalid tidak payah atau pun menuduh bukan-bukan kepada Azmin, sebaliknya melihat balik apakah perjanjian yang dibuat tanpa dimaklum secara tuntas kepada Exco itu bagus (kemas) untuk mengawal harata benda Selangoir itu tidak. Apakah Khalid tidak terfikir yang kerajaan Selangor megalami kerugian nilai tanah kerana mengharap keuntungan lain?

    Apakah tujuan Khalid mengkritik Azmin itu kerana beliau masih ada niat untuk menduduki semula kerusi MB Selangor. Boleh jadi? Ini kerana menjadi tabiat orang politik apabila ia sudah pernah berada ditempat sedap, ia terkenang-kenang segala keindahan itu.

    Kalau benar begitu Khalid boleh memulakan rancangan untuk merampas semula kerusi MB Selangor itu berpakatlah dengan para pegawainya yang dibayar imbuhan sampai jutaan ringgit itu.

    ReplyDelete
  14. Dari banyak maklumat yang di tulis tentang pro dan kontra dalam Perjanjian Langat 2 ni. Tan Sri Khalid Ibrahim masih berada dipihak yang benar. Penjelasan TSKI masih telus.

    ReplyDelete
  15. Zaman dia jd mb dlu nk bg peruntukkan pada rakyat pn kedekut berkira.tp klu bg duit pada faekah and the gang kemain laju je lulus.lahanat btl la..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...