Lepas satu-satu rakyat di anugerahkan kenaikkan harga barang dan perkhidmatan sebaik saja UMNO/BN dibawah Najib Razak menang PRU 13 yang lalu.
Terbaru rakyat dapat hadiah tambang teksi akan dinaikkan.
Pasti berita gembira ini akan disambut oleh para penyokong, pendokong dan ahli-ahli UMNO dengan penuh rasa syukur dan jutaan terima kasih.
Membuktikan Najib Razak jenis tetapi janji.. Aku Janji kini menjadi realiti.
Kepada semua para pendokong, penyokong dan ahli-ahli UMNO/BN.. jasa besar kalian tidak akan sesekali rakyat marhean lupakan.
Tiada apa yang rakyat nak lagi melainkan kesemua harga barang naik sebagai tanda kepada dunia yang Malaysia adalah negara maju.
Rakyat sampai menangis mengalirkan air mata sebab terlalu gembira menerima berita ini.
JOM BACA APA NAJIB RAZAK PEMIMPIN TERSAYANG RAKYAT CAKAP!!!!
Pengguna teksi nampaknya terpaksa membelanjakan wang lebih apabila
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang menaikkan kadar
tambang pengangkutan awam itu.

Mengumumkan
perkara itu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata,
langkah itu bagi membantu pemandu teksi menghadapi kenaikan kos hidup.
Katanya, pemandu teksi kini menanggung kos operasi yang tinggi dan kenaikan tambang dapat membantu mengurangkan beban mereka.
"Dengan
ini, saya harap pemandu-pemandu teksi mampu menikmati kualiti hidup
lebih baik," katanya selepas menyerahkan 500 lesen individu kepada
pemandu teksi di ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur.
Dalam sidang
media selepas itu, Pengerusi SPAD Syed Hamid Albar berkata, cadangan
menaikkan tampan itu memasuki peringkat terakhir, tetapi enggan
mendedahkan jumlah kenaikannya.