DAP dedah lagi salah guna kuasa NFCorp
Lagi salah guna kuasa NFCorp – kali ini kesalahan melanggar Akta Syarikat – kerana memberi pinjaman kepada para pengarahnya serta syarikat-syarikat lain milik para pengarahnya secara tidak sah didedahkan.
Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu menuntut supaya Peguam Negara bertindak segera ke atas NFCorp, bukan sahaja dalam kes pecah amanah (CBT) tetapi juga atas kesalahan melanggar Akta Syarikat.
Kataya, beliau, sebelum ini, telah mendedahkan bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta di antara kerajaan Malaysia dan NFCorp hanya boleh digunakan untuk menubuhkan dan menjalankan operasi Pusat Fidlot Nasional selaras dengan dasar kerajaan Malaysia untuk membangun, memupuk dan mempromosikan pengeluaran daging lembu.
Namun, Pua berkata, jelas bahawa wang pinjaman itu telah digunakan untuk tujuan selain daripada menternak lembu, dan kesalahan ini termasuk membeli kondominium mewah di Malaysia dan Singapura, serta membuat pelaburan dalam perniagaan di Singapura.
Menurutnya, pemilikan harta dan pelaburan berkenaan dengan pinjaman kerajaan tidak dibuat melalui NFCorp tetapi melalui pengarah-pengarah individu dalam syarikat.
“Ini bermakna NFCorp telah meminjamkan wang dari kerajaan kepada pengarah-pengarah individu dalam syarikat atau terus kepada syarikat-syarikat yang mempunyai para pengarah yang sama dalam syarikat.
“Syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan para pengarah tersebut termasuklah Meatworks (Singapore) Pte Ltd yang tidak dimiliki oleh NFCorp tetapi dimiliki oleh pengarah-pengarah individu dalam NFCorp,” katanya dalam satu kenyataan, semalam dan disiarkan diportal Roketkini.
Menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, bukan sahaja penggunaan wang itu melanggar perjanjian pinjaman, ia juga dilarang melakukan pemberian pinjaman seumpama di bawah Akta Syarikat.
Katanya, Seksyen 133 dan 133A Akta Syarikat di bawah kategori “pinjaman-pinjaman yang dilarang” menjelaskan bahawa mana-mana syarikat tidak dibenarkan memberi pinjaman kepada pengarah syarikat atau syarikat yang dianggap berkaitan dengan syarikat tersebut, atau mewujudkan apa-apa jaminan berkaitan dengan pinjaman kepada pengarah berkenaan oleh orang lain.
Beliau menjelaskan, dalam keadaan di mana sesetengah jenis pinjaman dibenarkan seperti pinjaman perumahan kepada pekerja dan bayaran awal (advance), ia hanya sah di sisi undang-undang jika para pemegang saham memberi kebenaran terlebih dahulu.
“Sudah jelas dalam kes ini bahawa tidak ada sebarang kebenaran diberikan daripada Kementerian Kewangan yang memegang saham utama (golden share) dalam NFCorp,” katanya.
HELO FREN... JANGANLAH INI MACAM....KESIANLAH SAMA ITU SHAHRIZAT JALIL DAN UMNO.....LU ORANG ASYIK HENTAM SAJA MACAM MANA MEREKA NAK BERNAFAS.....
JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG MAA... TAKUT NANTI SHAHRIZAT JALIL SELAK KAIN LOR....
AHLI-AHLI, PENYOKONG, PENDOKONG, PENGIKUT DAN PENGANUT UMNO TAK KATA APA DAN BISING PUN....MEREKA TAK KISAH KALAU NEGARA KITA DIBANKRAP SEBAB DISAMUN OLEH PARA PEMIMPINNYA ... MEREKA SANGGUP HIDUP MELARAT MEREMPAT ASALKAN PEMIMPIN MEREKA KAYA RAYA....SATU PENGORBANAN YANG TIADA TOLOK BANDINGANNYA...
Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu menuntut supaya Peguam Negara bertindak segera ke atas NFCorp, bukan sahaja dalam kes pecah amanah (CBT) tetapi juga atas kesalahan melanggar Akta Syarikat.Kataya, beliau, sebelum ini, telah mendedahkan bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta di antara kerajaan Malaysia dan NFCorp hanya boleh digunakan untuk menubuhkan dan menjalankan operasi Pusat Fidlot Nasional selaras dengan dasar kerajaan Malaysia untuk membangun, memupuk dan mempromosikan pengeluaran daging lembu.
Namun, Pua berkata, jelas bahawa wang pinjaman itu telah digunakan untuk tujuan selain daripada menternak lembu, dan kesalahan ini termasuk membeli kondominium mewah di Malaysia dan Singapura, serta membuat pelaburan dalam perniagaan di Singapura.
Menurutnya, pemilikan harta dan pelaburan berkenaan dengan pinjaman kerajaan tidak dibuat melalui NFCorp tetapi melalui pengarah-pengarah individu dalam syarikat.
“Ini bermakna NFCorp telah meminjamkan wang dari kerajaan kepada pengarah-pengarah individu dalam syarikat atau terus kepada syarikat-syarikat yang mempunyai para pengarah yang sama dalam syarikat.“Syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan para pengarah tersebut termasuklah Meatworks (Singapore) Pte Ltd yang tidak dimiliki oleh NFCorp tetapi dimiliki oleh pengarah-pengarah individu dalam NFCorp,” katanya dalam satu kenyataan, semalam dan disiarkan diportal Roketkini.
Menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, bukan sahaja penggunaan wang itu melanggar perjanjian pinjaman, ia juga dilarang melakukan pemberian pinjaman seumpama di bawah Akta Syarikat.
Katanya, Seksyen 133 dan 133A Akta Syarikat di bawah kategori “pinjaman-pinjaman yang dilarang” menjelaskan bahawa mana-mana syarikat tidak dibenarkan memberi pinjaman kepada pengarah syarikat atau syarikat yang dianggap berkaitan dengan syarikat tersebut, atau mewujudkan apa-apa jaminan berkaitan dengan pinjaman kepada pengarah berkenaan oleh orang lain.
Beliau menjelaskan, dalam keadaan di mana sesetengah jenis pinjaman dibenarkan seperti pinjaman perumahan kepada pekerja dan bayaran awal (advance), ia hanya sah di sisi undang-undang jika para pemegang saham memberi kebenaran terlebih dahulu.“Sudah jelas dalam kes ini bahawa tidak ada sebarang kebenaran diberikan daripada Kementerian Kewangan yang memegang saham utama (golden share) dalam NFCorp,” katanya.
HELO FREN... JANGANLAH INI MACAM....KESIANLAH SAMA ITU SHAHRIZAT JALIL DAN UMNO.....LU ORANG ASYIK HENTAM SAJA MACAM MANA MEREKA NAK BERNAFAS.....
JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG MAA... TAKUT NANTI SHAHRIZAT JALIL SELAK KAIN LOR....
AHLI-AHLI, PENYOKONG, PENDOKONG, PENGIKUT DAN PENGANUT UMNO TAK KATA APA DAN BISING PUN....MEREKA TAK KISAH KALAU NEGARA KITA DIBANKRAP SEBAB DISAMUN OLEH PARA PEMIMPINNYA ... MEREKA SANGGUP HIDUP MELARAT MEREMPAT ASALKAN PEMIMPIN MEREKA KAYA RAYA....SATU PENGORBANAN YANG TIADA TOLOK BANDINGANNYA...







Menurut Bernama yang memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu.
Kumpulan berkenaan dikatakan menyerbu ke arah orang ramai yang menghadiri Himpunan Hijau sehingga mengakibatkan huru-hara berlaku, di mana Lim secara lisan diugut dan dua wartawan diserang.
Sejak kebelakangan ini, gangguan ke atas acara dan ceramah yang diadakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang, semakin menjadi-jadi.
13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri), Najib bersikap hipokrit apabila memperbesar-besarkan sumbangan beliau kepada peneroka Felda tetapi pada masa yang sama tidak memberikan projek bernilai lebih RM300 juta yang boleh memberi manfaat kepada ribuan peneroka kepada syarikat yang dimiliki oleh Felda.
Membandingkan profil semua enam syarikat yang membuat bidaan itu, berdasarkan dokumen yang diperolehi, Rafizi, seorang eksekutif korporat sebelum menceburi dunia politik, berkata, beliau membuat kesimpulan bahawa Felda Farm Products adalah syarikat terbaik untuk melaksanakan projek ini.
"Beliau sama seperti (bekas Perdana Menteri) Pak Lah sekarang. Malah, beliau lebih senyap berbanding Pak Lah ... Tandatangannya ada pada projek ini.

Katanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.
Bagaimanapun menurut ADUN Seri Setia yang juga Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir pada malam kejadian itu menafikan bahawa Asrullah cuba mengambil mikrofon dari Nurul Izzah.


Pengendali pasar raya itu yang berdaftar di Singapura, Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.
Rafizi juga telah mengunjungi tapak pusat membeli-belah yang masih dalam pembinaan di lokasi utama berhampiran Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.













Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki dalam ceramah Pakatan Rakyat di Felda Lepar Hilir I pada malam itu hampir-hampir mengenainya




