Rais: 'Debat amat baik'
JOHOR BAHRU - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menyifatkan penganjuran debat antara pemimpin politik adalah sesuatu yang baik dan akan membantu kepada penyertaan demokrasi yang lebih membina.
“Dari segi penglibatan ini, saya fikir penganjuran debat ini amat baik dan ia merupakan satu trend yang membawa kepada demokrasi lebih aktif dan interaktif.
"Bagaimanapun, pada masa akan datang, jika mahu dianjurkan, biarlah semua penyiar diberi peluang untuk menyiarkan perbahasan ini,” kata beliau mengulas perkembangan semasa mengenai debat dan cadangan agar lebih banyak debat diadakan membabitkan pemimpin-pemimpin politik peringkat nasional.
Cadangan itu dikemukakan susulan debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur, kelmarin.
Bagaimanapun, Rais mengesyorkan agar penganjuran pada masa akan datang menggunakan bahasa kebangsaan.
“Sayang sekali debat itu dibuat dalam bahasa Mandarin. Jadi bagi kita yang tidak bercakap dalam Mandarin, kita melepaslah. Jadi, saya syor kalau nak berdebat, lain kali elok guna sedikit bahasa kebangsaan supaya dapat difahami umum," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Rais juga berkata, 'kuasa ketiga’ dalam landskap politik negara hanyalah sekadar ungkapan digunakan oleh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengaku sudah kuat untuk membuat desakan.
Katanya, hanya rakyat yang memiliki ‘kuasa’ dan bukannya pihak lain termasuklah pertubuhan tertentu.
“Kuasa ketiga ini adalah ungkapan digunakan oleh NGO yang mengaku bahawa mereka sudah cukup kuat untuk mendesak. Tetapi, sebenarnya kuasa pertama, kedua mahupun ketiga ada pada rakyat. Tiada pihak lain.
“Tinggal lagi NGO atau badan-badan tertentu yang sudah terkenal menggunakan kedudukan mereka seolah-olah mereka sudah mempunyai kuasa. Jadi, mereka sama macam pihak-pihak lain yang mahu mendapatkan pengaruh daripada rakyat,” katanya
Menurutnya, sesebuah NGO atau badan tertentu tidak akan berjaya dengan usaha sedemikian sekiranya rakyat tidak menyokong kepada ‘kuasa’ yang dilaung-laungkan," katanya.
Rais menambah, jika rakyat tidak menyokong kuasa yang mereka sebut, mereka tidak akan berjaya.
"Sebab itu kita beri pilihan kepada rakyat dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan memberi mandat (kuasa) yang dimaksudkan.
“Saya yakin Perdana Menteri akan diberi mandat ini. Jelasnya, mandat ini paling berkuasa selepas PRU dan bukannya mana-mana NGO atau badan,” katanya.
INI SUDAH KES BERAT....SUDAH KES LAWAN TOWKEY....SUDAH KES BERLAKUNYA PERPECAHAN BERAT DALAM UMNO....SUDAH ADA LANGKAH MAU MENYINGKIRKAN NAJIB DARI TAKHTA UMNO....NAJIB, TUN M, AHMAD MASLAN DAN EZAM MAT NOOR KATA TAK PERLU... TAPI RAIS YATIM KATA DEBAT AMAT BAIK.. SUDAH MELAWAN ARUS.. SUDAH SEDAR AKAN PERASAAN DAN PERMINTAAN RAKYAT....ATAU INI HANYALAH SANDIWARA USANG CERITA PURBA PUPUS TARIKH UMNO SAJA... KWAH KWAH KWAH....

No comments:
Post a Comment