Tuesday, 21 February 2012

BERITA TERKEJUT BERUK!!!..NAJIB CABAR ANWAR BERDEBAT ISU PALESTIN/ISRAEL?????....ANWAR LARI MENCICIT TAKUT NAK SAMBUT??????


Anwar ajak Najib debat isu Palestin



GOMBAK - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdebat dengannya, kali ini berhubung isu rakyat Palestin.

Anwar pernah membuat pelawaan berdebat dengan Najib tahun lalu berhubung dasar kerajaan tetapi tidak menjadi kenyataan.

Ketua Pembangkang ini berharap debat itu boleh diadakan minggu depan susulan sambutan terhadap debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Sabtu lalu.

Anwar berkata, langkah itu perlu berikutan pelbagai dakwaan yang melibatkan dirinya dengan isu Israel dan pembebasan rakyat Palestin.

Beliau kini berhadapan dengan kontroversi berhubung kenyataannya berkenaan kedudukan Israel dalam konflik Asia Barat dalam satu temu bual dengan Wall Street Journal bulan lalu. Beliau dikecam hebat oleh pesaing politiknya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta Anwar menarik balik kenyataan itu akan menerima kunjungan Ketua Umum PKR di ibu negara, pagi ini.

"Saya tak pernah ada hubungan dengan Israel. Siapa sebenarnya yang berurusan dengan kerajaan Israel? Parti mana? Habis, kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Klang itu milik siapa?

"Mereka kata Anwar ini bermuka-muka, menyokong Israel. Cukuplah dengan penipuan ini. Sekarang giliran rakyat untuk bangkit dan menolak kezaliman. Dan, jika betullah (dakwaan itu), kita debat soal Palestin," katanya pada ceramah Isu Israel dan Penjelasan Anwar di Taman Seri Gombak malam tadi.

Selain itu, Anwar turut memberi jaminan debat antara beliau dan Najib akan diadakan dengan penuh hemah dan hormat selaku pemimpin nombor satu negara itu.

"Lepas debat antara Datuk Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng, minggu depan debat saya dengan Najib pula. 

"Jangan bimbang. Saya akan bersopan dan tetap hormat beliau. Saya beri jaminan, saya akan memastikan debat itu akan berjalan dengan baik sepertimana saya melayan (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Ahmad Shabery Cheek tempoh hari," katanya dengan merujuk kepada debat pada pertengahan tahun 2008 mengenai isu harga minyak.

Susulan debat Soi Lek dan Guan Eng Sabtu lalu, firma kajian pendapat umum Merdeka Center yakin debat melibatkan Najib dan Anwar akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat. Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, debat antara Soi Lek dan Guan Eng telah memberi lonjakan kepada keperluan bagi debat melibatkan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.


HELO GENG!!!!....DULU DSAI AJAK HJ AH JIB GOR BERDEBAT PASAL TAJUK POLISI PARTI MASING-MASING,  NAJIB KATA TAK MAU SEBAB KESIAN NANTI ANWAR IBRAHIM DEMAM....DSAI AJAK LAGI AH JIB GOR DEBAT PASAL BUKU JINGGA , ALASAN NAJIB TAKUT DIA KATA DIA TAK DE MASA NAK LAYAN....DSAI AJAK NAJIB DEBAT TAJUK EKONOMI NEGARA,  DIA BERI JAWAPAN SEMASA DSAI JADI MENTERI KEWANGAN APA YANG DIA DAH SUMBANG.....AJAK LAGI DEBAT TAJUK SIAPA PENGKHIANAT MELAYU DAN AGAMA NAJIB TAK JAWAB APA-APA PUN......KALI INI AJAK DEBAT ISU PALESTIN/ISRAEL....NAK TAHU SIAPA SEBENARNYA AGEN YAHUDI BERSENKONGKOL DENGAN ISRAEL DAN BERDAGANG TERUS DENGAN NEGARA ISRAEL ZIONIS LAKNATULLAH.....APA PULA ALASAN NAK BERI KALI INI OLEH HJ AH JIB GOR SUAMI KEDUA "DR" HAJAH ROSMAH MANSOR....KWAH KWAH KWAH...JANGAN DIA CAKAP, ATAS NASIHAT KONSULTAN KOMUNIKASI KERAJAAN UMNO 1M'SIA APCO, SAYA JANGAN SAMBUT CABARAN DSAI SEBAB NANTI PECAH TERBURAI TEMBELANG DAN MALU SIOT!!!!.... KWAH KWAH KWAH

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...