Thursday, 9 February 2012

NEGERI SELANGOR DIBAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT KINI DIAMBANG BANKRAP?????


Selangor Darul Ehsan semenjak diperintah oleh PKR/Pakatan Rakyat dibawah kepimpinan YAB Tan Sri Datuk Seri Abd Khalid Ibrahim telah hampir menjadi muflis bankrap papa kedana....habis semua wang rakyat dijolinya membawa anak bini termasuk pembantu rumah makan angin bukan saja ke Disneyland tetapi buat umrah dan pusing dunia dengan pakej mewah.....ini tak termasuk rembat tanah dan buat argam berharga jutaan ringgit...hasil kutipan cukai semakin merundum....rasuah berleluasa dikalangan Exco Kerajaan Negeri.....rakyat dibiarkan menderita....nasib rakyat langsung tidak mendapat pembelaan....

Kisah ini diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010...TAK PERCAYA????..sila baca artikel dibawah.....



Simpanan tunai S'gor cecah RM1.9 bilion
Simpanan tunai kerajaan negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion - meningkat lebih 26 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, jumlah simpanan tunai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan  kurang RM500 juta sebelum 2008.

“Saya telah dimaklumkan perbendaharaan negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Menteri Besar berkata, laporan kewangan kerajaan negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Khalid berkata, kira-kira 600 penduduk setinggan di Sungai Sering, Hulu Klang, akan menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah Jumaat ini.

Menurutnya, CF tersebut telah dikeluarkan pada 31 Januari lalu, sekaligus menamatkan penantian hampir sembilan tahun peneroka bandar itu yang telah dipindahkan dari 11 penempatan setinggan di Mukim Klang di bawah program penempatan semula setinggan.

Projek rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering dimulakan pada Jun 2003 dan sepatutnya siap April 2006 tetapi terbengkalai kerana syarikat pemaju berdepan masalah kewangan dan teknikal.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membelanjakan lebih RM16 juta sejak 2006 sehingga 2012 untuk membayar sewa rumah penduduk yang gagal dipindahkan ke penempatan sementara.


DESAK RAKYAT NOBATKAN KEMBALI KHIR TOYO SEBAGAI MB SELANGOR....BERKERJA KERASLAH MEMASTIKAN UMNO KEMBALI MEMERINTAH SELANGOR.....TAK BERGUNA SATU SEN PUNYA KERAJAAN PKR/PAKATAN RAKYAT....KWAH KWAH KWA
H..

9 comments:

  1. Aiya...Saya ingatkan salah baca. Tapi masukkan nama Khir toyo masa anda cakap tentang Muflis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kerajaan selangor...kalau benar bagai dikata..teruskan lah memerentah..

      Delete
  2. Selangor Darul Ehsan semenjak diperintah oleh PKR/Pakatan Rakyat dibawah kepimpinan YAB Tan Sri Datuk Seri Abd Khalid Ibrahim telah hampir menjadi muflis bankrap papa kedana....habis semua wang rakyat dijolinya membawa anak bini termasuk pembantu rumah makan angin bukan saja ke Disneyland tetapi buat umrah dan pusing dunia dengan pakej mewah.....
    **

    Kenyataan ini ada kesilapan bahasa la, bos. Macam la Selangor hampir muflis disebabkan Khalid Ibrahim and PR aje..

    ReplyDelete
  3. BODOH. Ni reverse psikologi lahh. Kerajaan Selangor dah langsaikan segala hutang yg sbelum ni kerajaan BN x mampu selama berpenggal2. Kerajaan PR Selangor mampu buat dalam masa 4 tahun saja. Tajuk tu reverse psikologi je lahh

    ReplyDelete
  4. Perh... Ni kalau puak2 umno tengok jer tajuk link macam ni cepat jer diorang klik nak baca.. hehehe

    =UMNGOK=

    ReplyDelete
  5. Memang muflis...sebab habiskan duit untuk rakyat... air free, tawas, smue, hadiah pelajar ke IPT, jom shopping... ha habislah duit! Sebab tu simpanan makin merosot... dari rm500 juta sekarang dah jadi rm 1900 juta.... teruklah macam ni. Macam mana pru 13 nanti???

    ReplyDelete
  6. Xpe pn abis duit utk rakyat..drp perabis duit untuk kepentingn golongn tertentu je

    ReplyDelete
  7. xperlu la guna prkataan spt bodoh ke ape ke... jg laa sahsiah,sensitiviti sesama kita .../ Ni reverse psikologi lahh. Kerajaan Selangor dah langsaikan segala hutang yg sbelum ni kerajaan BN x mampu selama berpenggal2. Kerajaan PR Selangor mampu buat dalam masa 4 tahun saja. Tajuk tu reverse psikologi je lahh<<<setujuuuu....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...