Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya..
DR BADRUL AMIN BAHROM
Seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat di Kuantan
Seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan awal pagi ini.
Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata pemimpin PKR bersama wanita itu ditangkap oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu, yang pernah menggelarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi...
PERLUNYA SEMANGAT DAN ROH UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA DIBERIKAN LALUAN TANPA SEBARANG GANGGU KACAU DAN CAMPUR TANGAN BERGERAK DAN DILAKSANAKAN.....GUNA PAKAI ISTILAH UNIVERSAL BAHAWA SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH SELAGI TIDAK DIBUKTIKAN BERSALAH....PEMBUKTIAN BERSALAH ADALAH DIMAHKAMAH BUKANNYA DIMEDIA ATAU DIPENTAS CERAMAH.....NEGARA KITA NEGARA HUKUM... NEGARA YANG SEDIA ADA UNDANG-UNDANG UNTUK PELAKU JENAYAH DIBAWA KEMUKA PENGADILAN....JANGAN TERLAU RIA BERTEPUK SORAK ATAU GELABAH PANIK GUNDA GELANA....JADILAH WARGA YANG MATANG DAN TENANG....BERJIWA TERBUKA DAN BERKEPALA LAPANG...JIKA BENAR BERSALAH.. TIDAK KIRA APA POLITIK ANUTAN... HUKUM TETAP HUKUM....
AGAK PELIK!!!.. MACAM MANA PIHAK KELUARGA DENGAN BANTUAN JAIP MAMPU MENGESAN JEJAK LANGKAH WANITA TERSEBUT DALAM WAKTU YANG AMAT SINGKAT?.... NAMPAKNYA PERLU PDRM BELAJAR ILMU KECEKAPAN INI DARIPADA MEREKA....CUKUP EFISEIN SEKALI....BOLEH KURANGKAN KADAR JENAYAH DINEGARA KITA KE JENAYAH SIFAR...NEGARA PERTAMA DIDUNIA UNTUK MENCAPAI TARAF ITU......ERMMMMMM.....

maaf sey kopi n pes n3 ni,, maaf dan izin kan yooo ...
ReplyDeletesilo2 la pak oncu...den tak kesah..
Delete