Monday, 27 February 2012

GEMPAR TSUNAMI!!!!!... ADAKAH NAJIB ARAHKAN PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL KELUARKAN KENYATAAN AKHBAR BAHAWA POLIS SYORKAN SUAMI DAN ANAK BERANAK SHARIZAT JALIL DIHERET KEMAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN JENAYAH PECAH AMANAH?????

NFC Terkejut Dengan Cadangan Tuduhan Pecah Amanah
KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation (NFCorp) pada Ahad melahirkan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya pengerusinya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT), menegaskan kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.
"NFCorp terkejut dan bingung bahawa pengarah Jabatan Siasatan Jenayah KomersialBukit Aman Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firma perunding perhubungan awamnya.
Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas nasihat peguamnya Shafee Abdullah.
Dalam kenyataan itu, NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.
Pada Sabtu, Syed Ismail berkata polis mencadangkan supaya Mohamed Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didakwa bagi pertuduhan pecah amanah.
Beliau berkata cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.
"Kertas siasatan ini akan dikembalikan ke pejabat AG (Peguam Negara) dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Isu NFC, yang diterajui Mohamed Salleh sebagai pengerusi eksekutif mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Isu itu menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. - BERNAMA

TERKEJUT????.....APA PASAL MAU TERKEJUT PULAK....SEPATUTNYA RAKYATLAH RASA TERKEJUT SEBAB AMAT JARANG PIHAK POLIS MENDAHULUI PIHAK PEGUAM NEGARA DALAM SIASATAN MEREKA, LEBIH-LEBIH LAGI JIKA KES MELIBATKAN SECARA TERUS ATAU TEMPIAS PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO....INI KES KEPENTINGAN AWAM... CASE OF PUBLIC INTEREST....SEBELUM INI YANG MENGELUARKAN KENYATAAN KES SKANDAL LEMBU FEEDLOT NFC PALING DARI MULUT POLIS PALING KOKAK PUN PANGKAT TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA....KINI YANG KELUARKAN KENYATAAN DENGAN MEMANGGIL SEMUA MEDIA IALAH BERPANGKAT PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL JER.....PERLU JUA DIINGAT... KALAU BUKAN ADANYA PIHAK ATASAN YANG MENGARAHKAN BELIAU BERBUAT SEDEMIKIAN, MANA MUNGKIN BOLEH TERJADI BEB!!!...PIHAK ATASAN SUDAH SEMESTINYA PANGKATNYA LEBIH BESAR DARI KETUA POLIS NEGARA, SEBAB KES INI MELIBATKAN MARUAH DAN INTEGRITI UMNO....KES YANG MEMPALITKAN NAMA KETUA WANITA UMNO MALAYSIA... MEROSAKAN IMEJ KERAJAAN UMNO 1M'SIA....ITU KALAU DIKUTKAN HUKUM AKAL LOGIK....YANG MENGETUAI KERAJAAN UMNO 1M'SIA SIAPA KALAU BUKAN NAJIB....

SEBAB ITU BILA WARTAWAN AJUKAN SOALAN MENGENAI KENYATAAN PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL BUKIT AMAN MENGENAI CADANGANNYA KEPADA PEGUAM NEGARA,  NAJIB JAWAB ITU ADALAH HAK MUTLAK DAN KUASA PEGUAM NEGARA SEPERTIMANA KEHENDAK PERLEMBAGAAN NEGARA... TIADA SESIAPA BOLEH MEMPERTIKAIKANNYA....TAPI PERLU JUGA INGAT BEB.. PERLANTIKAN PEGUAM NEGARA ADALAH KUASA DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG ATAS NASIHAT PERDANA MENTERI.....

CARA YANG SAMA JUA BERLAKU KEATAS MANTAN MENTERI BESAR SELANGOR EN KHIR TOYO.....


APA MAKNANYA?... 1) MEMBERI ISYARAT JELAS KEPADA SHAHRIZAT JALIL SUPAYA MELEPASKAN SEMUA JAWATAN YANG SEDIA ADA SEBELUM SELURUH KELUARGANYA TERMASUK SUAMINYA DIHERET KEMUKA PENGADILAN....RESIGN OR GO TO COURT!!!.... 2) TIDAK ADA LAGI SUARA-SUARA SUMBANG DARI PARA PEMIMPIN UMNO DISEMUA PERINGKAT TERUTAMANYA DIKALANGAN WANITA MAU MEMPERTAHANKAN SHAHRIZAT JALIL....3) SHAHRIZAT JALIL SUDAH DIANGGAP SEBAGAI SALAH SATU LIABILITI AGUNG UMNO DALAM MENGHADAPI PRU 13 NANTI.....4)  PERJALANAN POLITIK SHAHRIZAT JALIL SUDAH TAMAT... GAME OVER... KAPUT!!!!.....5) SHAHRIZAT JALIL TIDAK AKAN MENJADI CALON UMNO/BN PADA PRU 13 NANTI KERANA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI NON- WINNABLE CANDIDATE.......6) SUARA MANTAN PRESIDEN DAN PERDANA MENTERI TUN MAHATHIR DALAM KERAJAAN UMNO 1M'SIA DAN PARTI MASIH LAGI CUKUP KUAT DAN BERPENGARUH...MAU TAK MAU NAJIB AKAN DENGAR KEHENDAK CITA RASA DAN NAFSU SERAKAH BELIAU....7) PRU 13 SUDAH AMAT HAMPIR... MANA-MANA INDIVIDU MENJADI PENGHALANG KEMENANGAN UMNO AKAN DICINCANG LUMAT...8) AKHIR SEKALI AKAN BERLAKU PEMBERONTAKAN SECARA SENYAP DARI KALNAGNAGN AHLI UMNO TERUTAMANYA SAYAP WANITA UMNO...AKAN BERLAKU SABOTAJ...PELUANG UMNO UNTUK PERTAHANKAN PUTRAJAYA SEMAKIN MENIPIS DAN MENGECUT....YANG RUGI UMNO.. YANG UNTUNG BESAR ADALAH RAKYAT.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...