Wednesday, 22 February 2012

PEMIMPIN UMNO SAMUN WANG RAKYAT RATUSAN JUTA RINGGIT TERLEPAS DARI SEBARANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG... RAKYAT BIASA MENCURI DUA KOTAK SUSU RM216 DIHUKUM PENJARA DAN DENDA!!!.. ADILKAH SISTEM KEADILAN NEGARA KITA DIBAWAH UMNO?



Dijel seminggu curi susu pekat


Md-Zamri-(kanan)-dipenjara-selama-tujuh-hari-dan-denda-RM1000-kerana-bersalah-mencuri-dua-kotak-susu
KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dipenjara tujuh hari kerana bersalah mencuri dua kotak susu pekat bernilai RM216 dalam satu kejadian pada 17 Februari lalu.

Tertuduh, Md Zamri Sidek, 43, turut dikenakan denda RM1,000 dan berdepan dengan penjara selama sebulan jika gagal membayar denda tersebut, setelah mengaku bersalah di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanafhi, semalam.

Pendakwaan dijalankan oleh Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming.

Terdahulu dalam pembelaannya, tertuduh yang mempunyai rekod jenayah dadah itu meminta hukumannya diringankan memandangkan mempunyai dua anak yang masih kecil dan bersekolah.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati mencuri dua kotak susu itu pada 17 Februari lalu, kira-kira jam 3.50 petang hingga 4.10 petang di Pasaraya Sabasun, di sini.

Dia telah meletakkan kedua-dua kotak susu itu dalam troli dan menampal stiker ‘sudah dibayar’ pada kotak susu itu, bagaimanapun gerak-gerinya yang mencurigakan menyebabkan pengawal keselamatan menghampirinya.

Menyedari perbuatannya sudah diketahui, tertuduh kemudiannya melepaskan kotak susu itu, lalu berlari menuju ke longkang besar berhampiran untuk bersembunyi.

Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap oleh orang ramai dan kemudiannya diserahkan kepada polis MPV dari Balai Polis Cabang Tiga.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

SEBAB ITU ADA ORANG KATAKAN.. NEGARA YANG DIPERINTAH UMNO.. KALAU NAK MEROMPAK DAN MENCURI PASTIKAN RATUSAN JUTA RINGGIT KEATAS... LAGI BANYAK LAGI BAGUS.. LAGI SELAMAT DARI SEBARANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG...ANDA AKAN DIKENANG SEBAGAI PEJUANG KETUANAN MELAYU SEJATI ABADI....DISANJUNG DAN DIPUJA... DIPELIHARA DAN DIJAGA....DIPERTAHANKAN WALAU TERPAKSA TERBANG NYAWA ....PELIKNYA TU.... YANG KAYA RAYA HIDUP MEWAH SENANG LENANG DENGAN HASIL ROMPAKAN WANG RAKYAT PEMIMPIN UMNO.. SIBALACI,PECACAI,JUAK, INI APA YANG DAPAT?....HANYA MEREKA TUMPANG MEGAH DAN BANGGA SEBAB PARA PEMIMPIN MEREKA MANUSIA YANG HIDUP KAYA RAYA....JANJI MELAYU... CARA MANA MEREKA KAYA TIDAK MENJADI HAL....

NAMPAK SANGAT OTAK BANGKAI JUAK-JUAK UMNO NI... KWAH KWAH KWAH..

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...