Friday, 17 February 2012

NAMA ROSMAH KINI BERTARAF DUNIA!!!!!..., DUNIA BAKAL DILANDA ROSMAHMANIA...RAMAI BAYI PEREMPUAN YANG BARU LAHIR BAKAL DIBERI NAMA ROSMAH!!!!


Anugerah kebajikan akan dinamakan sempena Rosmah
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.

Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.

NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.

Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.

Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia.

- Bernama


WAH WAH WAH....NAMA ROSMAH KINI BUKAN SAJA DIBERIKAN KEPADA BUNGA ORKID TETAPI SUDAH SETARAF JENAMA OSCAR....PERGH!!!.. BANGGA GILER RAKYAT MALAYSIA BEB!!!!.....BERTAMBAH IRI HATI DAN DENGKILAH RAKYAT KALAU GINI......RAKYAT DALAM NEGARA MENCEMUH DAN MEMBENCI BELIAU TETAPI DIKACA MATA LUAR NEGARA BELIAU SUDAH DIANGGAP SEBAGI INSAN BERHATI MULIA DAN HIDUP PENUH KESEDERHANAAN YANG PATUT DIJADIKAN IKON SAMPAI NAMA ANUGERAH PUN MULAI TAHUN DEPANA AKAN DERI NAMA " ANUGERAH ROSMAH".....ADA ORANG KATA ANUGERAH ITU SEBAGAI PENGHARGAAN DAN KEKAGUMAN MEREKA BERJAYA MENGAWAL SUAMI... DAN MENJADI PM SEBENAR WALAUPUN HANYA BERGELAR SEORANG ISTERI....WATAK DAN PERANAN YANG DULU DIMAINKAN OLEH IMELDA MARCOS....DENGAN MENDIRIKAN TADIKA PERMATA SUDAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DUNIA....KALAU ISTERI ATAU PEMIMPIN WANITA PAKATAN RAKYAT YANG DAPAT SEBEGINI PUNYA PENGIKTIRAFAN SUDAH PASTI DILABELKAN SEBAGAI AGEN YAHUDI DAN BONEK AMERIKA SYARIKAT... BETUL TAK?.. KALAU TAK CAYA PERGI TANYA TUN MAHATHIR.....

PSSSTTTT... LEPAS INI PENGELUAR BEG TERKENAL DUNIA BIRKIN AKAN TUKAR JENAMANYA KEPADA ROSMAH....PERGH!! JENAMA ROSMAH SUDAH PATUT DIPATENKAN....KWAH KWAH KWAH...

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...