Tranformasi Najib gagal sekat perpindahan bakat
DAP hari ini melabelkan program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untukuntuk menarik bakat manusia telah gagal dengan satu lagi bakat tidak ternilai tokoh korporat negara meninggalkan Malaysia menuju ke Singapura.
“Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
Menurut Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Hassan kini menyertai senarai hampir dua juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka.
“Ini merupakan hari yang menyedihkan bagi Malaysia apabila kita tidak dapat menjaga yang terbaik dan cemerlang seperti bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican yang merupakan senarai terbaru dalam perpindahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja di luar negara di Singapura.,” katanya.
Lim berkata bakat seperti Hassan tidak datang setiap hari dan kerajaan mesti mengambil langkah-langkah segera bagi memastikan ramai lagi bakat seperti beliau tidak terlepas mengalir ke negara luar.
Beliau memetik pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens yang tahun lalu, memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat rakyat Malaysia dijangka meruncing dengan bilangan rakyat yang mahir tinggal di luar negara meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu.
“Adalah jelas, selagi politik ‘know-who’ ditekankan berbanding dengan ilmu dan pengetahuan, perjanjian melalui rundingan terus lebih disukai berbanding tender terbuka kerana ia tiada akautabiliti dan ketelusan, Malaysia akan tewas dalam usaha membendung pemindahan bakat,” kata Lim.
Beliau mengulas laporan media bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Petronas itu akan dilantik sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada Jun ini bagi menggantikan Ng Kee Choe yang akan bersara.
Selepas meninggalkan syarikat petroleum nasional itu pada 2010 akibat dakwaan pergeseran dengan pentadbiran politik semasa, Hassan telah dipelawa oleh firma berprestij asing seperti syarikat minyak dan gas gergasi Amerika Syarikat Conoco Philips, sebelum ditawarkan jawatan tertinggi dalam SP.
SEMUANYA EKORAN DARI MEMBELAKANGKAN PRESTASI MENGUTAMAKAN KRONI....SEBAB ITU MAJORITI RAKYAT LANGSUNG TIDAK PERCAYA APA JUA JANJI DARI NAJIB RAZAK....JENIS PM FLIP FLOP....CAKAP TAK SERUPA BIKIN....SELAIN DARI PENAKUT DAN BACUL...

Hassan kena bagi peluang orang lain pulak menerajui PETRONAS,apa kalau Hassan takde PETRONAS bankrap ke.Bagi peluang orang lain mungkin lebih banyak lagi Idea yang datang.Kalau dah lama sangat duduk kat jawatan tu lama-lama idea pun jadi tepu.....Orang muda pun nak cuba jugak.....Takkan nak bawak jawatan sampai Mati.....ingat-ingatlah.....
ReplyDelete