Pengusaha salon kecantikan mangsa cabul tuntut keadilan
IPOH 17 Feb. – Seorang pengusaha salon kecantikan yang mendakwa menjadi mangsa cabul mendesak pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) segera menghadapkan lelaki yang mencabul kehormatannya ke mahkamah berikutan kes tersebut tergantung lebih setahun lalu.
Ng Sook Mei, 29, dari Taman Ipoh Jaya di sini berkata, dia kini trauma selagi kejadian yang didakwa berlaku di sebuah kelab terkemuka di bandar raya ini pada 30 Disember 2010 itu tidak diselesaikan.
“Saya difahamkan polis telah menyiap dan menghantar kertas siasatan kes itu kepada Pejabat TPR Perak sejak Mac tahun lalu.
“Namun sehingga kini, lelaki yang mencabul saya masih belum didakwa di mahkamah,” dakwanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri teman lelakinya, Addy Loke, 48, di sini hari ini.
Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia minum petang bersama empat kenalan teman lelakinya termasuk seorang berpangkat Datuk di sebuah kelab eksklusif di sini.
Sook Mei mendakwa, salah seorang lelaki berkenaan yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol tiba-tiba bertindak mencabulnya dengan meraba beberapa bahagian sulitnya.
“Saya cuba melawan tetapi tidak berdaya. Lelaki itu terus mencabul saya sehinggalah dia dihalang oleh kenalan lain yang turut berada di tempat kejadian.
“Tindakannya itu mencalar maruah saya sebagai wanita. Berikutan kejadian itu, saya membuat laporan polis keesokannya, ” ujarnya.
Dia mendakwa, pihak pengurusan kelab terbabit mengaku kejadian tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut dan bersedia bekerjasama jika diminta oleh mahkamah.
Katanya, dengan pelbagai bukti termasuk saksi di tempat kejadian, dia hairan kenapa kes berkenaan masih tergantung sehingga kini.
“Saya telah menghantar lebih 10 surat pertanyaan kepada Pejabat TPR tetapi sehingga hari ini tiada sebarang penjelasan meyakinkan diberikan kepada saya,” katanya.
Sook Mei mendakwa, sejak peristiwa hitam itu, dia mengalami tekanan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Dakwanya, lelaki yang mencabulnya masih bebas namun dia kini menderita kerana tidak mendapat pembelaan.
PSTTT...KESALAHAN JENAYAH INI SUDAH BERLAKU LEBIH DARI SATU TAHUN...MENGAPA PIHAK BERWAJIB MASIH MENGHERET KAKINYA DENGAN TIDAK MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN MENGIKUT SEMANGAT KELUHURAN UNDANG-UNDANG.....KALAU DITANYA AKAL LOGIK SUDAH PASTI SI DATUK INI ORANG KUAT BN.....ITU SAJA..
kes sharijat pon dah nak mula..nape tangguh???
ReplyDelete