Monday, 20 February 2012

KISAH LAWAK BIN LUCU...PENGAMAL PLAGIAT TERLIBAT DALAM PERLANTIKAN HAKIM MAU KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN DIBATALKAN ATAS ALASAN HAKIM BERKENAAN DITUDUH PLAGIAT DALAM PENGHAKIMANNYA!!!! LAWAK SIOT BEB!!!

Lagi hakim dituduh plagiat keputusan penghakiman
Sebuah syarikat membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi kesnya dibicarakan semula atas asas bahawa seorang hakim kanan melakukan plagiarisme pada penghakiman yang dibuatnya pada 5 Januari lalu.

Dalam usul yang difailkan oleh See Teow Chuan Holdings Sdn Bhd, pemegang harta pusaka Keoh Ah Seah @ Seah Yeo dan 12 yang lain mendakwa bahawa alasan penghakiman, sebahagian besar daripadanya adalah diciplak dari hujah bertulis responden pertama, Ooi Woon Chee.

Permohonan untuk perbicaraan semula telah difailkan pada 13 Feb, oleh firma VK Lingam & Co.

Pemohon mendakwa bahawa 56 perenggan daripda penghakiman 47 muka surat itu diciplak tanpa sebaran atribusi ke atas Ooi.

Mereka juga mendakwa penghujahan bertulis terlalu berat sebelah dan memihak Ooi dan responden kedua Ng Kim Tuck, dalam pertikaian melibatkan syarikat Kian Joo Can itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan bekas pengarah urusan kumpulan Kian Joo Can Factory Bhd (KJCF) Datuk See Teow Chuan dan 13 lagi memfailkan satu notis usul memohon agar keputusan Mahkamah Persekutuan dikaji semula atas alasan wujud plagiarisme dalam penghakiman bertulisnya.

Mereka juga memohon mahkamah itu mengetepikan perintah yang membenarkan Syarikat Can-One Bhd membeli 32.9 peratus kepentingan dalam KJCF.

Pada 5 Jan lalu, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepada penyelesai (responden) Kian Joo Holdings Sdn Bhd (KJH) bagi meneruskan penjualan 146.13 juta saham Kian Joo yang dimiliki KJH kepada Can-One pada harga RM241.12 juta.

Notis usul itu, yang difailkan minggu lepas menerusi Tetuan VK Lingam & Co, menamakan Ooi Woon, Ng Kim Tuck dan Can-One sebagai responden.

Dalam notis itu, pemohon mendakwa penghakiman Mahkamah Persekutuan setebal 47 muka surat tersebut merupakan penghasilan semula hujah responden.

Mereka mendakwa mahkamah itu tidak mengendalikan satu kajian semula yang bebas dan berkecuali terhadap bukti serta undang-undang, selain tidak membuat analisis atau penemuan sendiri.

Sehubungan itu, mereka memohon mahkamah menggunakan kuasa sedia ada mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 bagi mengkaji semula dan mengetepikan penghakimannya, serta memerintahkan pendengaran semula rayuan tersebut di depan satu panel hakim Mahkamah Persekutuan yang baru.

Pada 2009, pemohon yang kebanyakkannya terdiri daripada adik-beradik See, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi selepas syarikat Can-One berjaya memperoleh tender membeli 32.9 peratus kepentingan dalam KJCF.

Mereka gagal menghentikan Can-One daripada membeli saham itu di Mahkamah Tinggi, namun Mahkamah Rayuan kemudian mengubah perintah tersebut sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepada responden, awal tahun ini...

MEMANG MACHA NI BIJAK DAN TERER BUAT LAWAK GILER SIOT....DULU DIA SENDIRI TERBUKTI TUKANG BUAT PENGHAKIMAN BAGI PIHAK HAKIM YANG MENDENGAR KES YANG BELIAU WAKILI....BUKAN 25% ATAU 50% YANG HAKIM TU CILOK.. 100%.. TANPA ADA SEBARANG PINDAAN PUN....KINI DIA BUAT BISING KERJA YANG ORANG LAIN BUAT SEKADAR MENCILOK TAK SAMPAI 50%....KWAH KWAH KWAH....

DUNIA DUNIA....BERNIAGA MANUSIA LEBIH UNTUNG DARI BERNIAGA UNTA.. HI HI HI HI HI...WOW!!!!

1 comment:

  1. tuan blogger,

    mohon link sekiranya sudi.

    blog saya, http://libanglibu.blogspot.com/

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...