Sunday 24 June 2012

PANASS!!!!... UMNO PERNAH MENUDUH ALMARHUM DYMM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN BELA BABI DI PORT DICKSON!!!!

Pada 22hb Jun 2012, ceramah di Markas PAS Felda Bukit Goh, Kuantan, rakyat telah digemparkan dengan pendedahan kemuncak krisis perlembagaan, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang kini Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad pernah membuat tuduhan terbuka kononnya Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu Almarhum Tuanku Jaafar bela babi di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh anak saudara rapatnya, YTM Tunku Harmy Tunku Hanan.

Pidato oleh Kerabat Diraja Negeri Sembilan itu , banyak menyentuh tentang pengkhianat Umno terhadap Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu.





YTM Tunku Harmy Tunku Hanan
Intipati pidatoTunku malam tadi, di antaranya adalah;

1.  Umno tidak boleh dipakai lagi sebab pemimpin mereka sudah rosak akhlak.  Bila pemimpin di atas rasuah, maka pimpinan bawahan termasuk kakitangan kerajaan juga banyak melakukan rasuah dan penyelewengan.  Negara akan rosak jika dipenuhi dgn amalan rasuah, ujar beliau.  Beliau juga mengingatkan, sekiranya Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat menang di dalam PRU akan datang, rakyat diminta tidak mengajar atau mendorong Wakil Rakyat untuk melakukan rasuah.  "Hindari dari sikap suka meminta yang bukan-bukan kepada Wakil Rakyat, melainkan apa yang menjadi hak buat rakyat.  "


2.  Budaya samseng.  Semenjak kebelakangan ini budaya samseng telah dibawa oleh Umno di mana banyak program ceramah anjuran Pakatan Rakyat diganggu oleh mereka.  Provokasi pihak Umno kadangkala sudah melampau sehingga melibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda milik pimpinan Pakatan Rakyat.
3.  Media menjadi penaja seks/lucah. “Sekarang kita nampak zaman fitnah keterlaluan, budak-budak kecil dengar cerita-cerita di dalam akhbar berkaitan isu fitnah dan seks yang menjijikkan, mereka ini sudah pandai membaca dan bercakap dan mereka akan terikut dengan apa yang ditunjukkan oleh akhbar-akhbar dan TV ini.”  Video lucah dan fitnah diedar di setiap rumah di mana akan merosakkan akhlak anak-anak remaja”.

4.  Pelihara maruah.  Rakyat jangan mudah lupa diri dan menggadaikan maruah hanya kerana mendapat imbuhan yang sedikit sementara waktu menjelang PRU.  Mereka mesti ingat, imbuhan yang mereka terima amat kecil jika dibandingkan dengan hak mereka dan wang rakyat yang telah disapu oleh pemimpin ini.

5. Ulamak Jahat.  Ulamak tidak lagi dihormati rakyat apabila Ulamak ini menjual agama mereka demi untuk mempertahankan jawatan mereka.  Ulamak dan para Mufti mesti berani menegur sesiapa sahaja termasuk pemimpin negara jika mereka melakukan kesalahan besar yang menyalahi hukum Islam.

6. Umno Pengkhianat Raja.  

(1)  Tuduhan raja memelihara Babi.  Umno mahu raja menyokong mereka dan mereka mahu simpati apabila menjaja cerita kononnya raja mereka telah di hina.  “Saya ingin kembali pada awal 80-an, siapa yang awal membawa slogan anti-raja pada waktu itu?”  "Mahathir Mamak Kutty",  sebab dia sudah merasa kuat. Pernah berlaku di Negeri Sembilan beberapa tahun lalu, “Daraemon”  (Isa Samad) telah membuat kenyataan akhbar mendakwa Tuanku Jaafar (Almarhum) telah memelihara  babi di Port Dickson. " "Ketika itu orang-orang Melayu marah pada Raja.  "Hakikat sebenarnya tanah yang dikatakan tempat peliharaan babi tersebut telah dijual oleh Tuanku Jaafar 10 tahun sebelum isu ini timbul".  "Pihak Istana telah menjawab isu ini, tetapi tidak disiarkan oleh media ketika itu. 

(2)  Umno Hina Sultan Terenganu (DiPertuan Agung waktu itu).  Kisah bagaimana sekumpulan ahli Umno yang menyokong Idris Jusoh sebagai MB Terengganu telah menaikkan kain rentang menggelar Sultan Terengganu sebagai `Natang" (Binatang). "Apa pemimpin Umno buat ketika itu untuk membela Sultan Terengganu?"

(3)  Raja akan diseret dan dimasukkan ke dalam kawah.  Sewaktu isu Pindaan Permbagaan tahun 1993, Tunku Harny menceritakan, satu malam lebih kurang jam 11 malam beliau telah menerima panggilan telefon daripada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar (Almarhum).  Almarhum Tuanku mengadu bahawa Baginda telah menerima panggilan daripada seorang Menteri Kanan di Persekutuan yang mengugut  jika Tuanku tidak tandatangani Pindaan Perlembagaan ini, mereka akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.  Raja-Raja akan diseret ke jalanraya dan akan dicampakkan ke dalam kawah.
"Siapakah pengkhianat Melayu dan raja-raja sebenarnya? "Kalau raja-raja Melayu boleh mereka lakukan sedemikian rupa, apa jaminan rakyat biasa dan peneroka felda?  “Pemimpin Umno tidak lagi boleh diberi muka walau satu inci sekalipun”, ujar Tunku Harmy.
Di antara orang ramai yang hadir
Topeng siapakah Umno sebenarnya telah didedahkan oleh YTM Tunku Harmy.  Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai sendiri apakah Umno masih releven lagi untuk menjadi tempat bergantung rakyat di negara ini terutamanya yang berbangsa Melayu dan Islam...TEPUK DADA TANYA IMAN... CUIT MINDA TANYA AKAL LOGIK.

2 comments:

  1. Diam? Bisu-sebisu-bisunyer? Tak ada apa2 komen ke?

    ReplyDelete
  2. Melayu bodoh je sokong ameno. Dah lama makan benda haram hati jadi gelap. Ugama dibuat lawak, dibuat main.Cuba baca sejarah Melaka. Kerajaan Melayu Melaka dikucar-kacirkan oleh siapa pada zaman itu???Oleh kerana Melayu tidak suka membaca apatah lagi buku ugama maka ianya menjadi buta segalanya. Buta ugama, buta sejarah, buta budaya. Yang ditahunya melayan nafsu perut dan yang dibawah perut sebab itu maksiat menjadi-jadi dan kelahiran anak zina perkara biasa. Selagi melaun ni memerintah selagi itulah Melayu jadi hamba dinegara sendiri.Kalau setakat ada AP untuk import kereta belum maju lagi. Sedang bangsa lain mengeksport alatganti untuk kereta kereta buatan orang lain. Setakat jual kereta tapi tak de woksyop belum maju lagi, apatah lagi kalau alat ganti orang lain yang kawal. Sedarlah Melayu ooi. Singapura hanya udara sahaja yang ada. Air pun diimport itu pun boleh maju. Korea Selatan yang bandar Seoulnya hancur selepas perang pada awal 50an maju terus kehadapan. Tahap kita masih tahap Uganda dan Somalia. Serba serbi mundur hingga ke bolasepak dan juga takraw!! Disarankan supaya sekolah-sekolah mengajar budak-budak menyapu dan mencuci pakaian supaya senang membuat kerja house maid untuk dieksport pada masa akan datang!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...