Wednesday, 29 May 2013
AKHIRNYA VETERAN UMNO AKUI PROGRAM HIBURAN YANG DIANJURKAN DI NEGARA INI MELALAIKAN ORANG MELAYU!!!!!
SHAH ALAM – Veteran Umno mahu semua pihak yang terlibat dengan penganjuran hiburan supaya mengkaji semula bentuk program yang boleh melalaikan orang Melayu Islam di negara ini.
Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, semua pihak yang bertanggungjawab seperti stesen Televisyen, media cetak, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan, Jakim, majlis-majlis agama Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan dan NGO-NGO Islam didesak supaya dapat mengadakan satu diskusi bagi mencari jalan terbaik membetulkan keadaan ini.
Menurutnya, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana hampir keseluruhan penonton dan peminat program-program seperti ini orang Melayu.
“Veteran bukan anti hiburan, tetapi mesti ada satu garis panduan supaya program-program itu tidak sampai melalaikan dan melekakan golongan muda-mudi Melayu. Bayangkan satu program yang akan diadakan pada jam 9 malam, pengunjung telah memenuhi lokasi hiburan itu sejak jam 4 petang. Masa mana mereka solat Asar dan Maghrib?
“Selain itu program-program itu juga menggalakkan muda-mudi bercampur tanpa had dan sekatan. Ini melibatkan soal moral dan anasir-anasir lain yang boleh menghancurkan pembinaan sahsiah muda-mudi Melayu Islam yang rapuh,” katanya semalam.
Katanya lagi, fenomena suka berhibur dalam kalangan orang Melayu amat membimbangkan dan ia adalah salah satu faktor hilangnya jati diri kerana terlalu terdedah kepada bentuk hiburan yang tidak terkawal dan melampau.
“Muda-mudi Melayu tidak kisah dengan perkembangan negara. Apa nak jadi kepada negara ini mereka tak peduli. Mereka tidak tahu pun nama Menteri Komunikasi dan Multimedia, tapi mereka peduli dengan artis idola mereka.
“Mereka boleh menghafal puluhan lagu-lagu kegemaran mereka, tapi mereka amat sukar untuk mengingati ayat-ayat surah pendek dalam al-Quran untuk solat mereka,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Alhamdulillah sudah ada kesedaran. mungkin veteran umno boleh mentarbiyah kan ahli ahli umno yg lain
ReplyDeleteBaru sekarang nk sedar diri. Org dah bgtau lama dahh. Ni la bala bila tolak Islam. Maksiat diutamakan. Ustaz pondok umno suka koot camni
ReplyDeleteoklah sedar jugak.. ada yang dah tua pun tak sedar2 pun ada jugak.. dah tua2 pun gila nak jadi PM lagi.. sudah2la..
DeleteSama juga hiburan d tv cerita yg d siar semua berbentuk sakit jiwa hasad dengki fitnah tak ada yg membentuk diri curi2 islam...jangan nk untung orang meleyu nk jadl apa pun jadi lah
ReplyDeleteapa pula komen norman kru dan azhar sulaiman...
ReplyDeleteDah tua dah nak mampus baru nak sedar. Masa tengah bertenaga, masa tengah berduit, masa berkuasa dan masa tongkat menunjuk langit sikit pun tak nak dengar nasihat ugama. Kalau setakat sedar je tapi tak bertaubat dan mengasisngkan diri dari orang zalim tak guna juga.
ReplyDeleteHiburan melampau mcm ni melayu umno je yg suka pg.. Sbb org umno kan bodo.. Org bodo mana tau baik mana buruk.. Statement merosakkan org melayu sbnrnya x tepat, yg tepatnya merosakkan melayu umno.
ReplyDeleteOrang pr tak.suka hiburan melalaikan macam yang dibuat oleh omno kami lebih suka pesta sex tak kira lah apatah lagi pesta sex lgbt ikut pemimpin kami nanti kalau boss kami jadi pm nak mintak dia adakan pesta sex lgbt buat kat stadium stadium macam himpunan black out
ReplyDeleteInnalillahiwainna ilaihirajiun untuk kamu..semoga di beri hidayah
Deletekalau macai otak memang gila sex,jangan la memperbodohkan dan menzalimi diri sendiri,hukum islam orang yang menuduh zina dan liwat kena bawa 4 orang saksi yang adil,dari 1998 hingga 2013 pemimpin umno tuduh orang berzina tak pernah bawa bukan 4 malah 1 orang pun saksi yang melihat perbuatan itu,ynag menuduh tu mungkin ada kepentingan tak pe la.ni macai-macai macam ko yang bodoh mengiyakan dan meneruskan fitnah tu,hukum islam menetapkan yang menuduh gagal membawa 4 saksi yang adil kena 80x sebatan,besok dihadapan ALLAH ko boleh jawap ke ko cuma ikut je apa yang pemimpin umno kata.
DeleteKenapa berlindung di belakang Anonymous, Hai barua Umno Pukimak.Puak kau ni tak ubah macam binatang yang lebih jijik dari Babi.Yang penuh dengan maksiat tu ialah pemimpin2 hampeh kau daripada PM nya sampai ke ahli2 dan barua2 macam kau.Apa maksiat yang tak dibuat oleh pemimpin2 Umno; jangankan main belakang ( tanya Razak Baginda) sampai letupkan orang pun jadi. Siapa tawkey judi? Siapa tawkey arak? Siapa ketua penyamun? Siapa rogol budak bawah umor? Siapa balun amah indonnya?
Deleteabis kalau orang tanya sapa kaki peliwat siapa kaki penzina kau cakap fitnah.. abis kau tu fitnah orang takpa pulak..
Deletesalam,
ReplyDeletemelayu mudah lupa ajaran islam bila berkuasa!
melayu mudah lupa ajaran islam bila bersandiwara!
melayu mudah lupa ajaran islam bila berharta!
melayu mudah lupa ajaran islam bila berfikiran sempit!
malayu tetap melayu namun melayu tipu melayu bila melayu berharta melayu lupa asalnya melayu sempit melayu mundur melayu rosakkan melayu kayakan melayu lupakan agama melayu lupakan ajaran islam melayu hina melayu berpecah kerana islam bencikan melayu resis melayu sombong melayu bongkak melayu lupa kebaikan bersaudara sesama manusia.
amin.
Melayu itu dijadikan Allah swt sebagai contoh satu bangsa yang diberi hidayah Islam. Kemudian bangsa itu lupakan ugamanya kerana harta, kuasa, nafsu dan hasad dengki yang melampau. Sedikit demi sedikit kuasa Melayu, maruahnya, budayanya, bahasanya, jati dirinya dihakis saban tahun, saban dekad dan saban abad. Dahulu kuasanya dari Acheh hingga ke Pulau Luzon, dari Kemboja diutara sampai Sulawesi. Pengaruhnya menjangkau hingga ke Eropah sehingga Kerajaan Katolik Portugal menghantar tenteranya. Hari ini ia hidup bergantung kepada kuasa ekonomi bangsa lain yang senegara dengannya. Melayu hanya ada seabad sahaja untuk wujud. Selepas itu Melayu akan tinggal namanya sahaja. InsyaAllah.
DeleteSalam
ReplyDeleteMengapa mengambil masa terlalu lama untuk sedar? Sudah berapa lama bangsa Melayu 'di lalai leka kan' dengan budaya hidup berhibur dan hedonisma? . Kalau ada sesuatu majlis, seolah-olah tidak sah tanpa hiburan dan artis-artis jemputan. Sehinggakan di Institusi2 pengajian tinggi yang sepatutnya mengutamakan pembinaan daya intelektual bakal pemimpin masa depan pun turut terjangkit dengan penyakit ini.
Setakat mengkaji program hiburan dan mengeluarkan garis panduan, tidak akan membawa apa2 perubahan. Bangsa Melayu perlu kembali kepada cara hidup beragama. Islam perlu dijadikan cara hidup. Nilai-nilai Islam perlu dipegang, dihayati, dipertahankan dan diperjuangkan. Bukan setakat simbol2 dan slogan2 dimusim perayaaan.
Orang2 di Amerika dan Eropah yang berada dipuncak kemajuan teknologi dan kebendaan sekarang ini semakin ramai yang memeluk Islam, mengapa kita yang dah sedia berada dalam Islam menjauhkan diri dari ajaran agama?
Sesungguhnya, Islamlah yang akan mengembalikan jatidiri dan memperkasakan bangsa Melayu di Malaysia. Daulatkanlah Islam jika ingin menjadi bangsa yang berdaulat dan dipandang mulia.
Zam ini tak dapat tempat dalam BN sebab itu dia melalut. Lagi pun kenapa lambat sangat pelekeh PM kalau sebelum PRU 13 kan baik baru lah rakyat tau siapa dia UMNO/BN. Nasihat kepada PM Najib tolong lah bagi jawatan kat mamak ini tutup mulut dia. Bila dah dapat jawatan nanti senyaplah. Dasar mamak memang macam tu tak dapat bising kalau dah dapat diam lah dia
ReplyDeletehish!mana bole kansel semua tu.tobat lahum bos umporno tak bagi.umporno lebe senang orang melayu umporno leka dgn hiburan.mudah dikawal.itu sebenarnya yang amat di ingini oleh bos umporno.dah buang tebiat apeke veteran umporno tu.jika takde umporno mana mungkin dapat gelaran mulia veteran umporno.ingat tu.geli wei.dan satu lagi jika tiada benda lagha tu tak lengkap le rukun mubalagha umporno.
ReplyDeleteBiasa la bro politik kalau x dapat kuasa duit darjat tu yg terpekik terlolong cam anjing...betul x wahai2 penyokong pr sekalian
ReplyDeleteTul gak bro baru aku terfikir...kebanyakkan pemimpin2 pr byk yg ditendang dari umno yg x dapat jawatan...kalau x silap aku ada gak kontraktor2 yg x dapat tender kerajaan...x silap aku kontraktor yg buat masjid kt terengganu buat keje menyelewang dh kena stop dh tender...skang x silap aku join pas plak...konon nak mencegah rasuah demi keadilan realitinya dh x dapat tender...jap2 aku bg makluman mesti penyokong2 pr cakap dia dh insaf...
ReplyDeleteOrang cina pada hakikatnya menyokong pr lepas diaorg x dapat tender 1malaysia...so realitinya aku rasa pemimpin2 pr ni sebenarnya gila tender kot x dapat projek tu yg terpekik terlolong tu...
ReplyDeleteaje nye bebenor yop.semue cine yg nyokong pr tu jenih yg tak dpt pojek.deme tu usahkan tak dapat pojek,nak bekai bende pojek pun tak mampu yop.sume orang umporno yg nyupply nye yop.ate beli ikan,melayu juai.semue nye melayu yop.udah le cine le ni tak bulih cari makan yop.semue nye melayu udah pandei buat yop.hatta jarom jait pun makcik umporno kampong pandei buat yop.kami dari pr ni yang pandei nye dok berimpun je yop.melawan gomen deme kate yop.tapi yop mujor ade orang mcm kami yop.yang tak dapat pojek.dapat le orang umporno mentedarah yop.kalu idak mau ngamok sakan orang umporno yop.macam naib ketue pemude kampor tu yop.siap pegang bendere dap yop.yop.yop.sedih teman nengok mike.tengin nye ngalah pak pandior.yop.yop.
ReplyDeleteBangga awak jadi org perak yop weh!!!!bersatu kita tumporkan amno al tengin
DeleteKena niaga mcm bangsa asing baru la Melayu maju anak2 muda bangsa asing umur awal 20an dah niaga walau ade hiburan tapi niaga tu bantu ekonomi negara
ReplyDeleteBukan mudah berdakwah kepada mereka yg mengejar kekayaan dan cetek ilmu agamanya...Mereka telah bergelumang dengan maksiat,ini menjadikan mereka sombong dan tidak menghiraukan hukum hakam agama Islam..Sudah terang tak kan nak bersuluh lagi...Saranan Kelab malam ni tukar jadi pusat dakwah bagi mereka yg selalu mengunjungi kelab tersebut...
ReplyDeleteDrp komen2 di atas dpat la disimpulkan: BN n the gang memang raja segala bodo dan bangang yg teramat melampau ha ha ha.. Apasal? Tak caya? Pg tanya madey!
ReplyDeletesekurang2 sedar.. lebih baik jadi bekas orang jahat.. dari PAS takut2 bakal jadi bekas orang baik..
ReplyDeleteApa kata kilang carlsberg pusat2 judi mesin kedai2 nombor pusat refleksologi yg ramai babydol n gay kat selangor ditutup...jom2 penyokong2 pr kita buat demontrasi amacam boleh? Kalau ko buat confirm aku join skali...
ReplyDeleteNak perintah orang Melayu bukan susah sangat. Buat-buat bersimpati depan diorang lepas tu kat belakang gelak berdekah-dekah. Bagi sikit beras, gula, susu dan duit buat pulak muka kasihan, lepas tu claim berganda-ganda dari kerajaan dan gelak sepanjang jalan ke bank, kemudian tu bagi hiburan percuma kaw-kaw punya sampai diorang lalai tanggungjawab ugama dan tanggungjawab cari makan bagi banyak cabutan bertuah kemudian tu claim berganda-ganda dari kementerian dan senyum selamba je pergi bank. Bila ada musibah cepat-cepat pergi bawak pegawai kerajaan. Kerah mereka tunjuk kuasa, janji macam-macam lepas tu hilang sehingga musibah akan datang ataupun pilihan raya akan datang. Amacam ok tak? Orang Melayu tu bukan cerdik sangat. Kalau cerdik tentu tak beribu-ribu duduk dalam kotak kasut DBKL. Melayu duduk dalam kotak kasut dua bilik 7 atau lapan orang, pemimpinnya duduk dalam istana 7 atau lapan bilik dengan kereta 7 atau 8 buah tapi dalam rumah ada empat orang termasuk bibik!! Melayu sama je standardnya macam orang kat Senegal dan Mali. Kalau tidak takanlah alam Melayu bertambah kecik!!! Nak marah? Kau punya pasallah!!
ReplyDelete