Tuesday, 28 July 2015
PERGOLAKAN UMNO SEMAKIN TERUK .... UMNO RAUB BATAL JEMPUTAN KEPADA MUHYIDDIN KERANA SIKAP TPM TIADA SEMANGAT SETIA KAWAN DAN SEMAI PERPECAHAN
RAUB 28 Julai - UMNO Bahagian Raub menjadi bahagian pertama membuat keputusan membatalkan jemputan yang dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian itu pada 15 Ogos ini.
Keputusan yang menjadi sejarah pertama dalam kancah politik negara itu dibuat selepas mesyuarat tergempar yang dibuat UMNO bahagian itu malam ini.
Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin berkata, keputusan sukar itu dibuat selepas melihat dan menilai situasi politik semasa pada masa ini.
"UMNO bahagian kecewa dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat kenyataan membelakangi semangat setiakawan dan kesepaduan dalam parti.
"UMNO Raub juga kesal dengan kenyataan Muhyiddin yang boleh melunturkan semangat jentera parti dan menghakis keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan Barisan Nasional,"katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Raub disini malam tadi.
Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram; Setiausaha UMNO Bahagian,Tengku Abdul Rahman Tengku Perang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Azra Abd Wahab; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Zulryaini Yahya dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Fatimah Mohd. Noor.
Menurut Shahiruddin, seluruh kepimpinan UMNO Raub berikrar untuk memberi sokongan padu dan berdiri teguh di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ujarnya, UMNO Raub sentiasa memberi keyakinan penuh terhadap kepimpinan Najib yang terbukti telah berjaya melaksanakan pelbagai transformasi bagi membantu rakyat dan membangunkan negara.
BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Nak kekal dalam UMNO senang saja.
ReplyDeleteHari ni orang rembat, esok aku pulak rembat.
U help me, I help U.
Ada benarnya tu.! Golongan munafiq..
DeleteHalal atau Haram dah tak kisah. Yg penting kayaraya.
Hahaha.......inilah namanya subahat dgn penyamun kalau tak sehaluan di tendang di hina di cecar di kutuk dlman party. Kalau saudara dah tahu mrk penyamun dan buat salah malah tidak cepat2 selesaikan masalah wang ini, masih menyokong ertinya saudara sokong atas nama party tetapi juga sokong dan bersubahat akhirnya jadi party penyamun malah sokong rasuah sokong politik wang maka kenapa nak perangi rasuah??? Adakah hanya rakyat biasa shj di ambil tindakan sebaliknya yg berkuasa boleh berbuat apa shj tiada salahnya malah tidak di ambil tindakan adil ke??? Apa yg tpm buat adalah betul bagi menyelamatkan keadaan semasa ekonomi malaysia malah nama party terus di kotorkan. Terbukti party kotor susah nak di bersihkan hanya di tukar ganti pada party baru mudah sesuaikan keadaan semasa zaman skrg.
DeleteHarass macam tuh larrr umnooo jaga negara atas nama bn.....jaga parti lebih penting dari jaga kepentingan rakyat dan imej negara.....betul betul umnoooo busuk hati perut.....ni jenis darah hitam naik kepala........
DeleteUMNO bukan tidak diyakini disebabkan oleh TSMY.
ReplyDeleteUMNO memang sudah tidak diyakini kerana terlalu lama memerintah dan terpalit dengan bermacam scandal berscala mega.
Semua scandal tiada jawaban dan lenyap begitu sahaja.
Ada seorang dua yang bagus dalam UMNO pasti akan dipancung.
Sikap taat membuta tuli inilah yang telah merosakan orang Melayu dan negara sebenarnya.
Scandal 1MDB TSMY pun tak paham apa ke benda apatah lagi rakyat biasa.
Sekian, terima kasih.
Mcm la kau pandai sgt
DeleteSetakat melalak kat omakkau dah rasa pandai...sedarlah diri yg awk tu keturunan spesis bongok
Betul kata Sham. Anon 11.40 jgn tunjuk sgt awak tu bodoh. Simpan sikit. Nnt jd Mazlan cgpa 3.85 dan Hasan. Akhirnya kena humban wpun hari2 membodek.
DeleteSekian terima kasih
Nurul Basar Kote Kecik
TSMY pun satu hal, kes sdg disiasat, tunggu ajelah, sampai masanya hal sebenar akan dpt diketahui, jgn gopoh sgt sbb TSMY akan ambil alih tempat PM jika Allah izinkan. Tapi kalau Allah tak izinkan, buat mcmana pun, TSMY tak akan jd PM.
ReplyDeletePencuri siasat penyamun... elok lah..n penyamun memerintah.. kaya bertambah kaya
ReplyDeleteTransformasi duit rakyat jd duit najib n kroni.the cronic of 1mdb
ReplyDeleteMacamtu lah perangai orang umnos, masa ditampuk kuasa siap cium tangan,,,,,ya Tan Sri....ya Dato' Seri....Datuk lah pepimpin hebat.....bila hilang kuasa ditendang dihina diperlekehkan dikutuk digelar pengkhianat padahal mereka mencari 'dahan' baru untuk berpaut demi tembolok sendiri selagi dahan belum patah walau reput mereka tetap bertenggek bergayut di situ.....
ReplyDelete