Wednesday, 1 February 2012

BERITA YANG MENAKUTKAN PARA PEMIMPIN UMNO!!!!.. BEKAS PRESIDEN TUNISIA DAN ISTERI DIHUKUM PENJARA 35 TAHUN!!!




Bekas Presiden Dan Isteri Dipenjara 35 Tahun Kerana Songlap Wang Rakyat......berita yang menakutkan pemimpin-pemimpin UMNO!!!...boleh melanda kesini!!!

Presiden Tunisia yang digulingkan Zine el Abidine Ben Ali dan isterinya dijatuhi hukuman penjara masing-masing 35 tahun, Isnin, dalam persidangan in absentia kerana menggelapkan dana negara, kata seorang hakim.

Hakim Touhami Hafi juga mendenda bekas pemimpin Tunisia yang kini berada dalam buangan itu 50 juta dinar (25 juta euro) dan isterinya, Leila Trabelsi, 41 juta dinar, pada hari pertama persidangan itu, lapor AFP.

Dia menunda persidangan dalam kes kedua sehingga 30 Jun untuk memberi masa peguam Ben Ali mempersiapkan pembelaan mereka.


Ben Ali dan Trabelsi dituduh melakukan penggelapan dana selepas penemuan wang dan perhiasan di dalam istana mereka di sebuah daerah di Tunisia.

Kes kedua, yang hanya ditujukan pada Ben Ali, melibatkan senjata dan dadah yang khabarnya ditemui di sebuah tempat tinggal presiden di Carthage.

Ben Ali membantah semua tuduhan tersebut sebelum persidangan itu melalui peguamnya, Akram Azouri.

Mantan presiden itu, isterinya dan kedua-dua anaknya kini berada dalam buangan di Arab Saudi.

Ben Ali meninggalkan negaranya pertengahan Januari selepas berkuasa 23 tahun di tengah-tengah tuntutan yang meningkat agar dia mengundurkan diri meskipun dia telah menyatakan tidak akan mengupayakan pembaharuan masa jabatan selepas 2014. Dia dikhabarkan berada di Arab Saudi.

Dia dan isterinya serta ahli-ahli lain keluarganya kini menjadi buruan dan Tunisia telah meminta bantuan Interpol untuk menangkap mereka...

1 comment:

  1. ni kalau dah jelas terpapar kisah yg berlaku di negara Tunisia sana, kini cuma tunggu saja berlaku di depan mata kita pulak... tungguuuu...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...