Sunday 19 January 2014

KENYATAAN MEDIA PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN TENTANG TUDUHAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO KU NAN YANG BERTARAF KANGKUNG!!!!



KENYATAAN MEDIA 19 Januari 2014

KENYATAAN KU NAN TENTANG KENAPA HARGA BARANG NAIK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Kenyataan yang dibuat DS Tengku Adnan semalam yang menyelar 'orang tengah' yang kononnya cuba menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila Menteri membuat andaian bahawa pihak yang menaikkan harga adalah terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat.

Kenyataan Menteri ini adalah cubaan untuk mengalih pandangan umum daripada isu sebenar, bahawa kenaikan harga barang timbul daripada kegagalan dasar pentadbiran DS Najib Razak untuk menangani kenaikan inflasi yang mendadak.

Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim telah mengingatkan rakyat dalam kenyataan beliau tempoh hari bahawa kadar inflasi di Malaysia telah meningkat dari 1.2% pada Disember 2012 ke 2.9% pada November 2013, iaitu peningkatan 2.4 kali ganda.

Ku Nan dan kerajaan UMNO-BN perlu menghentikan retorik yang tidak berasas seperti ini dan sebaliknya berusaha untuk mengetengahkan idea-idea dan dasar-dasar yang dapat menangani isu inflasi dengan efektif.

Harga petrol patut diturunkan, monopoli gula yang dipegang Syed Mokhtar perlu dipecahkan, dan pelbagai kenaikan yang dicadangkan seperti kadar tol, tarif elektrik, dan cukai GST wajib ditarikbalik.

Sekurang-kurangnya kerajaan UMNO-BN wajib menangani ketirisan dan rasuah yang mengakibatkan berbilion ringgit wang Rakyat lesap begitu sahaja, seperti yang dilaporkan saban tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...