Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.
"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Pemuda PAS.
"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.
Omak Kau sentiasa mengamalkan prinsip meraikan perbezaan pendapat dan pandangan tetapi jika sudah sampai ugut mengugut , gertak mengertak itu sudah lebih dan keterlaluan ... Inilah dinamakan cakap lebih sudu dari kuah ... Naib Presiden Kanan PAS yang mewakili PAS dalam perbincangan kepimpinan Pakatan rakyat yang juga hadir YB Dr Hatta Ramli telah menyatakan persetujuan dan sokongan atas perletakkan jawatan ADUN Kajang bagi memberi laluan suatu PRK di adakan.
Dalam kenyataan bersama semasa mengumumkan DSAI sebagai calon PKR/PR untuk PRK DUN N25 Kajang, Sdr Salahuddin Ayub telah menyatakan bahawa PAS akan memberikan sokongan penuh padu bagi mempastikan kemenangan calon PKR/PR iaitu DSAI.
Yang ada pemimpin bertaraf Ketua Pemuda PAS keluarkan ugutan ini apa cerita? ... Mengapa sudah berubah sikap dari wala' ke derhaka menentang?
Jangan berlagak lebih sudu dari kuah .. ADA BATASAN DAN CARA DALAM MENYATAKAN KETIDAK PUAS HATI.
PETALING JAYA: PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.
Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.
"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Beliau ditemui selepas hadir mewakili PAS pada sidang media PKR hari ini di mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang.
Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke.
Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat.
Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.
"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.
"Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media turut menyatakan sokongan kepada calon pilihan PKR itu.
Jelasnya, DAP akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan Pakatan Rakyat di Selangor boleh mencipta kecemerlangan yang lebih baik.
Omak Kau, pada pendapat saya, tujuan Pemuda Pas mengeluarkan kenyataan demikian lebih kepada mahukan penjelasan yang jelas. Dengan mengeluarkan kenyataan ingin mem'boikot', lebih berbunyi 'kami tidak jelas apa yang berlaku'.
ReplyDeleteIngin saya pastekan apa yang diungkapkan oleh MSO dalam blognya..
"Sebenar tadi saya bercakap dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mewakili PAS menghadiri sidang akhbar berkenaan. Bila ditanya apakah PAS memberi pandangannya mengenai agenda (transisi) jawatan MB itu, jelasnya, PAS sudah memberi tahu apa yang sepatut diberi tahu.
"Kita telah menyatakan apa yang kita hendak katakan dari perspektif kita termasuk beberapa kebimbangan dan beberapa kemungkinan. Kita menghormati apa yang diambil oleh PKR itu sebagai rakan dalam satu Pakatan. Jadi tugas dan tanggungjawab kita sudah lepas," ujarnya.
Iya begitulah sikap yang harus ada kepada PAS atau DAP, memberi pandangan bila diminta dan dirasakan perlu. Saya bertanya Salahuddin apakah pandangan itu diterima? Beliau tidak memberi jawaban tepat hanya berkata; nampanya PKR dan Anwar yakin dengan apa yang mereka putuskan, jadi kita kena setuju sahaja."
Kemudian, MSO menulis lagi,
"Saya menyoal Salahuddin, apa guna Anwar atau PKR memanggil DAP dan PAS menyertai sidang akhabr itu, atau memberi pandangan berhubung tindakan yang dianggap merbahaya itu, tetapi pandangan-pandangan itu tidak diterima, Salahuddin hanya terdiam. Saya berkata kepadanya, kalau begitu tidak perlu meminta pandangan, kalau ia tidak didengari.
Salahuddin tidak menolak spekulasi rasa bahawa akan ada 'bongol' dalam proses perlantikan Anwar kelak. Apabila saya kata, apakah PAS juga akan menyerahkan nama wakilnya sebagai calon MB setelah Khalid melepas jawatan, beliau terdiam dan enggan mengulas. Saya dapat mentafsirkan bahawa PAS akan berbuat begitu kalau mereka diminta".
.....
Sebenarnya, saya agak sedih kerana perlu berlaku perkara yang sebegini rupa. Kita dibahagian PR seolah-olah menyerahkan sebutir bom kepada UBN untuk UBN melemparkan bom itu kembali kepada kita.
Oleh itu, penjelasan adalah sangat-sangat diperlukan untuk menjernihkan segala kekusutan yang berlaku. Saya sekarang, mengambil tindakan tunggu dan lihat sejauh mana perkara ini berterusan. Dan saya juga bersetuju dengan kenyataan MAZA tentang pembaziran yang akan berlaku sekiranya PRK yang akan diadakan ini hanya semata-mata untuk memulihkan masalah dalaman PKR..
selidik dahulu sebelum buat kenyataan. nak boikot pilihanraya , ketua pemuda pas apa macam ini. kalau nak tahu sebab pergi lahberjumpa dengan khalid, azmin dan anuar.
Deletebiar pun bersalin kulit,yg bahaya tetap bahaya.hebat sungguh permainan dsai.dulu pakat dswa letak jawatan demi parlimen permatang pauh.la nie buat hal plak kat kajang.aper citer dsai?nak jadi mb pun agak agak ler.dsai.dsai.tak berubah berubah.jika ader tenaga kerja takper ler nak kerusi parlimen dan dun banyak banyak.malang nyer tenaga kerja hancus.harap ihsan pakatan jer.makin terserlah busyuk nyer permainan politik dsai.udah ler dsai.caturkan pemimpin muda yg berkaliber.
Deletehi.hi.hi pencacai dan bloggers pkr melompat sakan mempertahan dsai yg giler jawatan mb plak.takdapat jadi piem,jadi mbee pun jadi ler.
DeletePala hotak ko. apa punya bangang la anak noordin ni.
Deletetanak ngaku kelemahan PAS.
baik ko jaga penganut kristian tu. bertuhankan undi kapir.
pkr kalo kuat sangat pi bertanding kat kawasan 80% melayu lah!
Deletekau menang banyak pun di kerusi campuran seimbang, isu lebih kepada kelemahan BN yg terserlah, bukan sebab jentera & gerak kerja kau pun
Seronoknya orang Kajang, nanti gula akan dijual RM1 sekilo dan berbagai barang lagi akan murah harganya.
ReplyDeleteBukan semua yang dapat pun nanti.
DeleteItupun nanti guna subsidi agensi krajaan lain macam Kebajikan Masyarakat dan rangsum ATM.
Tapi seronok sekejaplah rang Kajang.
Peniaga sate Kajang memang menanti semua ni....
Nanti masa PRK, bukan saja gula free siap nanti Ajib belanja makan kangkung goreng belacan free lagi tau, Noh Omar akan guna peluang ini untuk nak menaik saham dia left, kalau menang nanti dia akan canang satu Malaya kata rakyat Selangor daj tak mau pakatan.
ReplyDeleteYeaaaaaaa...... rakyat selangor bakal dpt mb baru.....bekas banduan kaki meliwat bontot kaum sejenis......rasalah engko rakyat selangor...... padan muka.......bala tuhan akan berlaku di selangor.
ReplyDeleteSetakat dengan Anonymous, boleh la keluarkan keyataan begitu..Bacul..
Deleteisu ini nampak kecik tp kalau melalut sampai PRU14 boleh menyebabkan Selangor tumbang, sapa lagi rugi? tentu rakyat. betulkah PRK membazir... selalunya masa PRK BN lah yang banyak habiskan duit rakyat.
ReplyDeletebiar habis sedikit jangan kalah senegeri!
kita nak tengok apa lagi akujanji yang najib bn nak bagi.....
Delete"Anwar boleh bertanding dimana yang dia suka tetapi jangan sentuh kerusi menteri besar Selangor", kata Mohd Khairuddin.
ReplyDeleteMohd Khairuddin Otman yang juga setiausaha Pas Selangor berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.
"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat bukan sesuka hati pkr meletakkan calon syok sendiri.
"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya pada Selasa.
Mengulas lanjut Mohd Khairuddin bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap Pas ada kelebihan dalam menentukan siapa yang paling layak menduduki kerusi menteri besar bukannya Anwar Ibrahim.
Maaflah Pas Selangor. Tiada seorang pun pemimpin anda layak menjadi MB Selangor. Terima lah hakikat.
DeleteSebelum pilihanraya ke 13 parti apa yang memerintah KEDAH hanya satu penggal saja dan kenapa serahkan semula pada UMNO Baru memerintah ?
DeleteKita juga nak bertanya, benarkah HADI AWANG pernah jadi menteri besar Terengganu satu penggal saja. Kenapa tak perintah sehinga dua penggal ?
Tak guna gagah 'PERKASA' kalau tak tahu jaga negeri.....
Dalam hierarki kepimpinan, sepatutnya PAS yang menduduki carta teratas memandangkan PAS dipenuhi ADUN-ADUN Melayu beragama Islam dan menguasai 15 kerusi DUN.
DeleteSepatutnya PKR yang hanya menguasai 14 kerusi DUN dengan segelintir kecil sahaja ADUN Melayu, perlu mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada PAS bagi sebarang tindakan, namun PKR memilih untuk tidak berbuat demikian.
Sebaiknya, PKR buangkan keegoan dan perasan rasa lebih hebat, lebih kuat dan lebih dikehendaki berbanding PAS.
Tindakan PKR tanpa berbincang atau berunding terlebih dahulu dengan PAS Selangor, amat mengecewakan kami.
PKR tidak sepatutnya membuat keputusan sendiri sesuka hati.
Jika nak ikut pada kelayakan PAS tidak sepatutnya mengungkit kelebihabn kerusi yang dimiliki kerana PAS telah mensabotaj calon yang mewakili PKR di Kota Damansara.....sehingga calon BN yang memenangi kerusi tersebut dan telah berlaku dibeberapa tempat yang lain.
DeleteSiapa yang buat tuduhan pada calon PKR jual pil kuda, Karl Marx ?
Kalau ikut komen dalam posting ni, aku rasa PKR kalah dlam PRk kali bukan kerana UMNO dan MCA kuat tapi kerana dalam PR Selangor ramai bengang dengan Anwar nak jadi MB ganti Khalid. Mungkin akan jadi hal sama di Semenyih dan juga Kota Damansara, Elok2 Dr nasir parti sosialis tu dok jadi ADUN ramai pulak yang anti sangat dengan hamba Allah ni. Kalau yer pun orang PAS Selangor tak suka Anwar menyibuk dalam DUN Selangor sabarlah dulu.
DeleteBiar pengundi Kajang tentukan.. dan ramai Cina ni akan buat keputusan 3 hari sebelum hari mengundi... tengok apa isu akan timbul pada masa tu.
Dan satu lagi lak jgn heran UMNO akan kembali jadi MB lepas ni...
Payah bila personal issues DUA ORANG telah menjadi national issue
Sebelum ini Pas telah bermurah hati memberi jawatan MB kepada PKR atas dasar persahabatannya dalam PKR. Malangnya, PKR tidak menghargai pemberian itu malah menjadikan jawatan sebagai rebutan. Saya berpendapat, apabila Khalid mengundurkan diri dari jawatan MB, Sultan akan mengambil wakil Pas sebagai MB biarpun Anwar memenangi PRK dun Kajang. Alasan yang boleh digunakan ialah Pas memenangi lebih banyak kerusi dun dan PKR pernah diberi jawatan itu tetapi tidak tahu menghargainya. Selepas itu, tindakan PKR tidak ubah spt ayam terlepas, tangan bau tahi...
Deletekih.kih.kih.saper yg sabotaj kerajaan PR Perak dulu hingga tumbang kerajaan PAS.Karl Marx kut.
DeleteRamai rakyat tidak sedar wujd pertembungan idealogi, pertarungan pengaruh yang berlaku diantara parti politik pemerintah dan pembangkang. Malah terdapat juga pergeseran emosi sesama ahli apabila wujud pengagihan jawatan sama ada dalam parti atau dalam kerajaan negeri.
ReplyDeleteOrang luar melihat situasi itu seperti kaku tapi sebenarnya ia sentiasa berubah dan ada kalanya perlukan perubahan.
Perlu diingat, kita tidak boleh bergantung pada hanya seseorang pemimpin saja kerana itu akan menghalang persaingan diantara orang yang berkelayakan menjadi peneraju parti dan kerajaan.
Oleh kerana itu kita perlu menerima hakikat bahawa pemimpin akan ada yang datang, dan akan ada yang pergi....namun perjuangan tetap diteruskan.
Pilihanraya kecil DUN Kajang akan diadakan tidak lama lagi dan calonnya adalah Anwar Ibrahim. Sama ada diantara kita mahu memboikot pilihanraya itu atau menyokong Pakatan Rakyat atau mahu memenangkan Barisan Nasional itu adalah hak masing-masing.
Orang yang faham akan masaalah berbangkit di Selangor adalah wakil rakyat Kajang Lee Chin Cheh dan pengundi Kajang pula akan menjadi penentu bahawa Anwar Ibrahim melakukan pekara yang betul dalam memperkasakan politik Pakatan Rakyat.
Saya setuju dgn pemuda Pas & Pas Selangor. Rasa sedih dgn 'game' pkr di Selangor. Di saat rakyat bergelumang dgn kos hidup yg makin membebankan pkr create drama yg membingungkan rakyat. Terasa amat kecil hati dgn pkr. Sbg penyokong PR (Pas) kami kecewa.
ReplyDeleteApepun yg berlaku...In sha Allah dgn kehendak Allah SWT....atas perkenan sultan...MB baru Selangor dari PAS lpas prk ni....AllahuAkbar!!!
Pemimpin PAS yang mana satu layak jadi MB Selangor atau selepas pilihanraya ke 14 orang PAS serahkan semula pada UMNO Baru jika tidak pun akan digulingkan seperti yang dialami oleh Nizar di Perak.... ?
DeleteSekadar mengharap ahli PAS jadi MB Selangor....apalah salahnya ?
Nampak gayanya peluang noh omar nak jadi MB selepas pru14 nanti semakin cerah, secerah matahari di tengah hari. PR juga semakin cerah untuk kehilangan sebuah lagi negeri.
DeletePuncanya hanya kerana rakyat marhain semakin menyampah dengan putar belit tiga makhluk PKR
kih.kih.kih.dari pkr hanya yg layak memerintah hanya anwar saja.yg lain tak layak.kih.kih.kih.ngate parti lain plak.sedangkan pkr pun haprak lagi lebih.
DeletePuncanya hanya kerana dua pembesar PKR ingin menunjukkan siapa antara mereka yang lebih berkuasa. Orang tua kata; gajah sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah.
ReplyDeleteBenar, seperti apa yang saudara katakan, tapi dalam politik mesti ada strategi. Sama ada strategi itu great A atau great E ahli politik mesti menggunakan sistem perancangan... salah atau betul bergantung pada keputusannya.
DeletePerumpamaan.. Orang tua kata; gajah sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah...sudah tidak boleh dipakai dizaman ini jika pelanduk itu guna otak pasti dapat mengelakkan diri dari dihimpit oleh gajah.
1916....setuju dgn sedara. Tapi perlu juga diingat dan dibimbangi jika pelanduk yang bijak di zaman ini akan bergesel pada seekor babi tunggal dek kerana terlalu menyampah tahap kritikal pada 3 ekor gajah tersebut. Tentu gagak, harimau dan singa lapar bertepuk tangan.
DeleteItu yang kita bimbang.....
PKR, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Sahabat PKR, janganlah burung terbang dipipiskan lada.
DeleteSahabat PKR beringatlah, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.
DeleteDSAI sepatutnya merapatkan hubungan mereka berdua, bukannya mengambil tindakan tiada beban batu digalas. Jangan nanti sampai ada orang mengata tidak dapat gading bertuah (PM) tanduk pun berguna juga (MB). Sebelum PKR dan PR berpecah, beringatlah jangan sampai sudah terantuk baru terngadah, atau untung secupak ruginya segantang.
DeletePAS merasakan dah hebat sgt...tu yg kekadang saya rasa meluat dgn beberapa kerat manusia di dlm PAS yg merasakan mereka tersangat hebat...akhlak dan tindak tanduk mereka mengalahkan org UMNGOK...akhlak Islam mereka lgsung x d jaga...sy x boleh byg kan perangai dan tingkah laku puak2 ini jika MB selangor tu dr kalangan org PAS....muhasabah diri la sikit bhw kita ni dari Jemaah Islamiah...
ReplyDeleteKita sama2 tahu jawatan MB Selangor sepatutnya disandang oleh PAS. Sultan Selangor pun boleh terima. Tidak boleh dinafikan.
DeleteSetelah kami bertolak ansur, PKR sepatutnya menggunakan peluang untuk mentadbir dan menguatkan kedudukan sesama kita di Selangor, tetapi kini lain pula 'objektif' yang dibawa PKR.
Kami sokong seratus peratus dan telah tiba masanya, jawatan MB Selangor disandang oleh PAS.
Maaf kalau saya bertanya. Macamana DSAI nak mentadbir Selangor, sedangkan tadbir rumahtangga pun gagal.
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
ReplyDeleteSOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
SOKONG SHAMSUL ISKANDAR JADI MB SELANGOR BUKAN ANWAR
Baru lepas telan pil kuda ke ?
Deletedia ketot. tak layak!!
DeleteKalau budak samdul tu ke , hem.. lagi le melingkup. Dah le sekarang pun ni hampir nak lingkup. Apa ke jadah puak ni dok rebut jwtn MB.
DeleteSepatutnya bila dah menang buat le bagi cantik, elok melebihi dacing tapi jadi perangai amano juga, masing2 keras kepala. Aku menyampah dng tiga org ni. An. Kld. Az.
Sekurang2nye Adun Pas selangor tak bertelagah berebut jawatan...Nizar kene guling sape yg buat hal???..Adun PKR jugak...
ReplyDeleteCalon PKR di Kota Damansara siapa yang sabotaj...DIN AYAM dari PAS juga.
Deletedua2 pihak besar kepala. perjuangan tak ikhlas. ptg kan kuasa, jawatan dan wang ringgit. sana mengata sini. sini mengata sana.
Delete19.22 Din Ayam sabotaj hilang satu Dun..PR still tawan Sngor...2 Adun PKR buat hal satu Perak TUMBANG!...apa daaa...
DeleteBagus...melayu pas dgn melayu pkr gadoh, cina mca tepuk tgn...hehe
DeleteSejujurnya PAS tidak layak menonjolkan diri dalam isu Kajang @ MB @ Negeri Selangor. Rakyat melalui PKR atau DAP telah memberi peluang dan menaruh harapan besar di Negeri Kedah dan Negeri Terengganu tetapi ternyata gagal mentadbir selama lebih 2 penggal sehingga Umno/BN dapat merampas kembali. Kenapa ini berlaku? Sepatutnya misi utama PAS adalah merancang strategi merampas kembali kedua negeri ini. Rakyat di bawah bendera Pakatan Rakyat tidak mahu Negeri Selangor mengalami nasib yang sama spt Kedah dan Terengganu. Negeri selangor sebuah negeri yg penting dan perlu ditadbir oleh mereka yg berprofil tinggi dlm sektor ekonomi dan pernah berada di dalam kerajaan Malaysia. Harap faham. Beri ruang dan peluang kepada Saudara Anwar untuk merentas jalan demi kebaikan Negara dan Rakyat. Bersatulah " DEMI RAKYAT "
ReplyDeletepuak2 faqeh berjanggut berserbanlah yg selalu buat kacau dlm pakatan. hati2lah. tidak mustahil pas akan meletakkan calon mereka nanti. sekiranya DSAI dicalonkan, jgn terkejut sekiranya isu liwat dimainkan oleh pas.
ReplyDeletepuak2 faqeh berserban berjanggut telah menjual terengganu dan kedah kepada umno. tunggulah. pru14 nanti, kelantan pula akan menyusul.
telah terbukti sikap keras berkepala batu puak2 faqeh yang bodoh berpolitik dan berhasad dengki. padan muka bila kena saman dgn syarikat korea.
kelantan pun nampak macam dah goyang sejak tg nik aziz mengundur diri dan husam diketepikan. impian nak memandu di lebuhraya kini tukar pulak bayar saman. tak ubah macam kes tun dengan jambatan bengkoknya. sekarang pemuda pas selangor pulak nak buat sibuk??? Dah laa, gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut pulak sibuk ternampak2
DeleteBudak budak PAS rata rata budak bahalol , dari air muka pun tahu bebudak ini benggap otak pendek. Kechik kechik dulu malas belajar , merempit sana sini dan mentedarah rokok bagai lembu kunyah kangkong.
ReplyDeleteUgut ugut ini pemikiran budak budak kampong yang benggap
tak elok cakap macam tu. Yng macam tu sikit sja bilangannya. Yng ramainya sanggup bekerjasama mengukuhkan PR di selangor. Janganlah kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar.....
DeleteHarap maklum bahawa MB Khalid belum untuk meletak jawatan lagi.. harap org PAS jgn perasan sangat. Yang dok kalut apasai..? Andai Anwar menang mana tahu... dia boleh bagi rakyat selangor subsidi kat bil elektrik pula cam mana yg dikasi kat bil air... Atau setidak2nya kurangkan bayaran toll yg ada kepentingan dgn pkns...
ReplyDeleteSaya tabik mantan ADUN Kajang yang meletak jawatan kerana akur kepada keputusan parti sedangkan dia masih muda dan bertenaga.Bukankah ini kali pertama seorang ADUN berbuat demikian?Dulu ada kedengaran ADUN yang dituduh rasuah tetapi tidah mahu letak jawatan.Ada juga kedengaran orang yang melompat parti kerana tidak disenaraikan sebagai calon oleh parti masing.You are good and I salute you.!!!!
ReplyDeleteKepada oreang PAS yang sibuk dengan islam islam ni sila senyap!
ReplyDeleteini selangor biar kami PKR selesaikan. Jgn nak memandai mandai boikot sana boikot sini. korang baca tahlil Ustaz Harun Taib lagi bagus dari dok menyalak. Dulu lepas PRU 13 dah pernah bagi peluang PAS jadi MB. Tapi sorang pun kecut telur. Tak tau nak mentadbir. Bahasa Inggeris pun out.
skrg sila senyap. PKR adalah Pengerusi dalam Pakatran Rakyat.ada faham
pandai macai umno 2021 ni pasang jerat.....
Delete20:21 ingat kau hebat ke. Jng kutuk org teruk sangat. Otak kau ni masih ada karat penjajah. Anggap bila pandai BI tu cerdik le poorrah. Yg jenis ni banyak songlap duit rakyat.
DeleteKau perlu mengucap semula sebab kau anggap islam tu kolot. Islam tak kolot tapi org yg tak faham islam mcm kau tu amat kolot dan jahil tentang islam. Woi...islam biasa perintah dunia la. Kau memang bahlol, baca tahlil pun tak tau. Hei... baca tahlil bukan kerja org pas pkr umno. Sesiapa pun boleh baca. Kalau tak nak baca pun kau punya pasal , bukan wajib. Woi.. maca... lu ingat bila mati malaikat soal kau " what is your name" ha..ha.. lu ingat semua org yg bukan pkr bodoh ke.. ada yg bercakap 3 4 bahasa. Bukan kau yg tau 2 bhs shj. Mamak pundek ada la... ha.. ha..
PKR berjuang demi kepentingan diri sendiri bukan berjuang demi rakyat. Tidak ikhlas. Insya allah, orang tamak akan rugi.
ReplyDeletekhalid rasanya ok cuma azmin selalu mengganggu usaha murni khalid. khalid bertindak sebagai pentadbir tapi azmin bertindak bernafsukan politik. anwar cari jalan tengah, ambil kesempatan.
Deletependapat aku la
KALAU UMNO MENANG PRK KAT KAJANG,, LAGI HURU HARA KACAU BILAU SELURUH NEGARA MALAYSIA INI, KERANA UMNO TAK IKUT QURAN DAN SUNAH, RUJUKAN UMNO IALAH LORD RIED BUATAN ENGLAND/BRITISH......drp kg medan...?
ReplyDeleteGua SETUJU....Sesangat-sangat. Ini Dinamakan RAKYAT DIPOLITIK. Kamu semua adalah ahli politik, tapi janganlah sampai Rakyat diusung sama. Rakyat sudah memberi MANDAT dan KEYAKINAN penuh pada yang dipilih.
ReplyDeleteGua percaya Rakyat KAJANG mesti akan marah dan rasa tidak puas hati. Jangan rasa terlalu Yakin dengan masalah KANGKUNG dan kenaikan harga. Rakyat pun ada tugas dan Tanggungjawab yang perlu ditanggung.
Kalau PKR ada masalah selesaikan dengan cara yang betul. Seluruh Negeri membaca dan menilai. Alasan yg di berikan untuk meletak jawatan tidak masuk akal sama sekali dan tindakkan ini terlalu DUNGU. walaupun ia ada berlaku atau apa saja dalam sejarah politik Malaysia, yang pasti ia tidak WAJIB berlaku pada waktu yang mana Rakyat sedang menanggung BEBAN. Adakah PKR ini wujud atas dasar membuat perubah yg baik buat RAKYAT atau mengambil kesempatan dari perbuatan terkutuk BN.
Dalam Barisan PR Tak mungkin tiada seorang pun yang layak. kalau tak layak? mengapa pilih mereka untuk memimpim.
Kalau Benar DSAI atau RAFIZI(YB Parlimen Gua ni)ini bukan lah waktu yang tepat. Tan Sri Khalid kalau buat kesilapan pun panggil semua YB yang dilantik oleh RAKYAT Selangor untuk bermesyuarat dan aturkan penyelesaian untuk Tan Sri apa yang perlu beliau patuhi, bukan dengan cara memecat beliau.
Adakah dengan cara memecat Tan Sri masalah dalam PKR akan selesai. Kalau benar kenyataan YB kajang ini, beliau tiada prinsip dan tidak boleh dipercayai di masa akan dating.
Dengan Isu ini, BN teramatlah gembira sama sekali. malah BN tidak akan gusar untuk bertanding.
Setuju.....setuju.....setuju.....
Delete2 org perang dan yg ke 3 masuk campur nak merobekkan lagi keadaan. Apa salahnya duduk semeja bincang dan tolak ansur. Kedua keras kepala dan dengki dan yg ke 3 tu tak pandai mendamaikan.
Semua ni nak jahanam. Inilah org yg tebuk lubang dlm satu perahu, nak bagi semua tenggelam....
Kaah kah kah kah.. Kawan kawan tak mau lawan...! Apasal tak fokus pada Azmin mangkuk hayun tu? Semua bermula dari Azmin and the geng. Sekarang semua jadi kelam kabut! Semua Azmin punya pasal. Azmin punya pasal dan Azmin punya pasal! Azmin ALI, Asan ALI, Brahim ALI. Asal anak ALI je mesti macam sial. Aku pun heran.. Kah kah kah kah kah
ReplyDeleteTINDAKAN PKR SELANGOR dan anuwar ibrahim nak bertanding atas satu sebab sahaja. Menutup isu permohonan perceraian Nuril Ijah terhadap suami yang tak bersalah dan menutup cerita kekasih gelapnya.heheh
ReplyDeleteTak mustahil ini semua agenda Azmin dengan UMNOoo. Tak MustahiiiiiiiiL. Huhuhu...
ReplyDeleteLama sudah aku tiada picaya ini Azmin. Lama sudah...
ReplyDeleteSebarang kerosakan terhadap PAKATAN RAKYAT maka AZMIN anak ALI harus dipertanggungjawabkan! Sejarah akan merakamkan untuk penjelasan bagi generasi akan datang. Ptuuih!
ReplyDeleteHalau je Azmin tu dari PKR. Anwar pun jadi susah pasal karenah budak sekor ni.
ReplyDeleteBusuk hati jugak si Azmin ni ye. Tak sangka la pulak.
ReplyDeleteAku penyokong PR tapi sungguh kecewa ngan kes nih.... Pemuda Pas tu ada betul cakap.... pimpinan PKR mcm x endahkan org lain.... sedangkan Iskandar Samad yg Pesuruhjaya PAS Selangor pon x tau.... Lim Guan Eng x tau.... jgn la jadi mcm Najib dan BN yg tak mau dgr atau peduli org bawahan.... walaupon kami benci BN, tapi PR atau lebih khususnya PKR telah sgt2 mengecewakan kami...
ReplyDeleteGua setuju ngan lu bro..
Deleteini semua salah nurul izah. Balasan Allah terhadap permohonan cerainya ..
ReplyDeleteAku org pas...tp maaf cakap. ..calon pas sgor tak ade sorg pon yg sesuai jd mb...apatah lagi mb sgor...negeri termaju di msia...tski dah bgus...tp skrg pkr problem pulak...mcmane nak tadbir negara kalau mcm ni...nak je aku rase hantok kepale 2 makhluk tu..
ReplyDeleteini semua salah kangkung dulu naik sekarang dah turun...
ReplyDeleteAKU SOKONG DIN AYAM (SORI LAH NAMA SEBENAR AKU TAK INGAT) JADI MB SELANGOR
ReplyDeleteDin ayam makan kangkung.. huh...huh...
Deletesemua tak layak. Yg layak jadi MB noh gadud. Ait... silap noh omak kau...heh...heh...
Allah tetap akan membantu kemenangan DSAI walaupun banyak kali meliwat, semasa zaman dia dalam umno., salahguna kuasa..namun Allah akan bagi kemenangan!
ReplyDeletePAS nak bising boikot ni apa pasal? bodo punya PAS. PAS tak layak pun jadi sebuah parti. Taraf taraf tabligh je korang ni. syoh syoh!
ReplyDeleteIni mesti macai kangkung cap keris. yg suka songlap duit, halal haram langsung tak kenal. Pelingkup hak melayu tuduh org lain. Tak ada melayu mamak pun boleh jilat pungkoq. Kesiannya katak masih dalam gua... gua syorkan lu jng sokong pas. Lu pegi la sokong hasang ali..brahing ali..atau ssamyy vulu, atau menteri sapu betina jalang Chu Suuu Lek. Atau mamak betina curi duit lembu kot2 dapat sehinggit dua henggit...
DeleteTak kan sultan nak kasi suspek peliwat jadi MB....kahkahkah...semestinyer la PAS yg dapat...
ReplyDeleteHei... macai kalau lu tak suka sama dia itu hak lu. Tapi bila lu fitnah org itu makna lu tak takut Allah. Lu ada tengok ke "dia liwat, banyak kali" . Ini mesti lu ada mimpi org meliwat sama lu. Itu lu tau ke.. lu punya kawan la "Syaitan". Jng main2 dng Allah woi macai..macam lu tahu lebih dari Allah. Kalau lu tak mohon ampun balik pd Allah lu tunggu lu mesti boleh kena punya. Gua talak mau ciakap lu mau kena apa...
ReplyDeleteKesian tengok org pas yg hanya sebagai balaci dalam PR
ReplyDeletePAS laa ni kan ada tan sri muhamad taib berpengalamnan sbagai menteri.besar naper nak bagi DSAI org luar dri selangor apa kata PAS ambik tan sri muhamad taib bertanding merebut kerusi kajang ada kemungkinan PAS boleh menang di situ boleh nampak nanti ketelusan perjuangan PKR dan DAP sebagai rakan PAS
ReplyDeleteDulu kami mati2an bantu PKR berhubung masaalah moral imam besar mereka. Sungguh tak kami sangka, kini PKR meliwat kami pula. Kami sungguh kesal PKR tidak tahu erti budi dan adab dalam berjemaah.
ReplyDeleteHei... banyaknya macai keris silang di sini. Ini semua provok nak bagi kau org semua bergaduh berpecah ada faham ke. Woi.... tak payah melatah le...
ReplyDeletesuntikan racun bisa dari keris silang dah masuk dlm batang tubuh menyerap ke otak org PAS PKR DAP. Mereka mula bertekak. Menyalah satu sama lain... ada macai keris silang berlakun jadi pas, ada jadi pkr.
Bila pas, pkr sudah nampak lemah macai keris silang akan tepuk tangan tanda nampak bayangan kemenangan.
Hei... pemimpin n penyokong pas/pkr/dap jng jadi bodoh le... gadoh2 kata mengata salah menyalah tak ada untung ......
Pada gua, bila adun kajang letak jawatan dan ada prk satu kesilapan besar. Anwar pulak jadi calon. Tapi bila Pemuda PAS ugut nak boikot prk...ni lagi bangang dan x sedar diri. Rasa terhinalah apa bagai bila kononnya x di ajak berunding. Tapi bila berunding, PAS senang2 letak calon dia lawan 3 penjuru dgn PKR. Kemudian tuduh org ni komunis la jual pil kuda la. Di Kota Damasara, di Sungai Acheh, Terengganu dan juga di Parlimen Bera bukan ke PAS yg telah hina dan memungkiri janji walaupun sudah di putuskan PKR yg bertanding?. Jadi kamu org2 PAS, ingat org2 PKR x kecik hati di tuduh di fitnah?.. Yg haru lagi, org yg memfitnah dan memungkiri janji adalah org2 yg faqeh. Berserban dan berjanggut, belajar agama tinggi melangit tapi perangai mcm celaka. Sebuah negeri yg di pegang oleh PAS telah di saman kerana memungkiri janji. Negeri yg terkenal dgn jolokan 'serambi Mekah' tapi kerajaannya telah memberi imej yg amat buruk terhadap Islam. Jadi sebelum nak ugut2 nak berasa hati, elok2 la cermin diri. Kamu bawak imej Islam. Perlembagaan parti cukup cantik berlandaskan Al Quran dan sunnah jadi tolong jaga imej Islam dgn pekerti yg baik, teladan yg baik. Jgn takbur dgn kelebihan kerusi yg ada kerana kemenangan PAS juga kerana undi dri org PKR. Kedah dah terlepas, Terengganu hanyut lama dah. Tolong belajar dri kesilapan. Yg penting kekalkan PR memerintah Selangor dan Khalid Ibrahim kekal sebagai MB. Mesti lu ingat gua org PKR tapi gua bkn pun ahli mana2 parti. Gua cuma rakyat Malaysia yg mengharapkan satu hari nnt, PR memerintah dan BN jatuh tersungkur namun jika ini la perangai pemimpin2 PR...lupakan je. Lu org x de beza pun dgn UMNO. Seme rasa mereka yg terhebat, pejuang rakyat tapi sebenarnya mcm haram jadah. Satu pejuang bangsa, satu pejuang agama satu pejuang rakyat...kononnya la....
ReplyDeleteHahahaha...cuba korang pikir apasal pas pusat sokong nuar,sebab diorang tau sultan tak kan nak kasi suspek peliwat jadi MB.Bekas banduan jadi MB?...hahahaha...gerenti PAS yg dapat...atau pun AZMIN yg punyer angkara?...tu yg pemuda PAS selangor dah hidu dah bau taik ni.....
ReplyDeleteTahniah akhirnya rakyat Selangor dapat seorang pejuang LGBT dan COMANGO sebagai Menteri Besar....Aminnnnn...Yang Ini khas pada orang PAS lu ada mata lu lihat,lu ada telinga lu dengar, lu ada tangan lu mau kasi undi lagi ka...lu ada lobang bontot luuu pikir la sendiri....Tahniah rakyat Selangor Darul LGBT
ReplyDeleteHai la keza...hang tak payah nak loqlaq la...belakun jadi pemuda pas selangor pulak kt sini...kalau ada peliaq, mengaku je macai umngok...kalau ade la...setahu aku keza ni pondan tua...kihkih.
ReplyDeletePak long keza
Aku orang pas . Aku tak sokong kenyataan pemuda pas .jadi bukan semua orang pas macam pemuda dan othman.orang pkr pun tak payah ulas tentang kenyataan ini sebab naib presiden pas dah ulas.biasa dalam semua parti ada oramg tak cerdik.kita yang cerdik dalam pakatan tak perlu layan dan fokus untuk pilihanraya kajang. Bn perlu ditumpaskan.dlam komen ni bamyak komen dari blogers bn. Janagn terpengaruh.
ReplyDeleteYakinlah, bila DSAI jadi MB Sgor, nasib rakyat Sgor terutama di Kajang akan bertambah baik dan popular. Sebagai contoh, selain Satay Ayam, Daging, Perut dan Hati, Satay Bontot dan Satay Kangkang akan juga diperkenalkan.
ReplyDeleteMajulah Selangor. Ingat Kajang, ingat satay bontot.
YB Khalid mungkin akur jika DSAI menggantikannya nanti, bukannya Azmin. Maka itu penyelesaiannya. Cumanya mungkin PAS pun nak calon PAS jadi MB atas restu Sultan. Krisis yg bakal tercetus. Cumanya rekod PAS sebagai MB ini agak kurang baik di Perak, Kedah dan Terengganu kerana dijatuhkan oleh helah BN dalam masa singkat. Jadi elok benar Selangor kekalkan MB daripada PKR. Apa pun kita merancang maka Allah juga merancang. Yakinlah segala yg berlaku ada hikmahnya. Jika ditakdirkan DSAI yg akan menjadi MB Selangor, doa kita Selangor akan terus hebat sebagai pusat ilmu, pencetus perubahan yang boleh menjana perubahan peringkat nasional pula menuju PRU14 nanti. Jawatan MB selalunya payah orang nak lepaskan. Tanyalah MB Pahang, MB Sarawak, dan MB N9 sebagai contoh. Biarkan para pencatur strategi bertindak dan para pendokong menyokongnya. Yang penting pemimpin bertaqwa yang faham agama dan boleh diharap untuk memegang amanah Allah.
ReplyDeleteDalam banyak yang komen ni, aku gerenti ramai orang songkok tinggi,saja nak laga laga orang pr...kah kah kah
ReplyDeleteMacai penjilat pungkoq mamak nampaknya ramai turun sini, hanya tujuan nak jadi pelakon pas pkr.
ReplyDeleteBatu api ni dah tak ada duit... sebab tu mereka mula menjilat semula kot kalau dapat sekupang dua...
kempen kali ini Najib bagi pihak kerajaan akan berjanji untuk menurunkan lagi harga kangkung. hahaha.
ReplyDeleteNik Abdul Aziz Nik Mat
ReplyDelete39 minutes ago
Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut.
Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.
Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi.
Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.
Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti.
Harap peniaga sate kajang yg tersepit sebab pembinaan mrt terbela. Sediakan tapak yg menarik buat mereka. I like sate kajang.
ReplyDelete