Wednesday, 22 January 2014
ISI KANDUNGAN MEMORANDUM BANTAHAN PERLANTIKAN KETUA PEMUDA UMNO PAHANG YANG BARU OLEH 11 KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN NEGERI PAHANG KINI DI DEDAHKAN!!!!!
Inilah sedutan dari memorandum yang dikirimkan kepada Omak Kau yang dihantar oleh 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Negeri Pahang kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin atas bantahan dan sebab mengapa tidak setuju Sdr Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang.
Memorandum ini sudah dihantar kepada Khairy Jamaluddin lebih 2 minggu yang lalu namun tiada sebarang maklum balas dan respon sedikit pun dari beliau.
Atas sikap keangkuhan dan pekak badak KJ, menyebabkan kumpulan "bughah" ini membuat sidang akhbar di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.
Salam YB, Semoga YB dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat & dalam perlindungan Allah SWT.
Dengan hormat dan takzimnya, saya panjangkan perkara ini sebagaimana yang dipersetujui dan disalinkan kepada saya untuk perhatian dan pertimbangan YB selanjutnya.
MEMORANDUM BANTAHAN BERKENAAN PERLANTIKAN SAUDARA SHAHRUDDIN AHMAD (KETUA PEMUDA PEKAN) SEBAGAI KETUA PEMUDA NEGERI PAHANG
Salam YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan.
Dengan tulus dan penuh tanggungjawab, kami 11 orang Ketua-ketua Pemuda Bahagian daripada 14 bahagian di Negeri Pahang secara bersama atas semangat setiakawan menyatakan kekesalan dan menyatakan bantahan berkenaan perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad (Ketua Pemuda Pekan) sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang atas sebab dan alasan sebagaimana berikut:
1.0 Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebelum dilantik secara sedar dan penuh pasti berjanji dihadapan 10 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam satu perjumpaan awal di Istana Hotel, Kuala Lumpur menyatakan persetujuan bahawa Ketua Pemuda Bera sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri dan sekiranya Ketua Pemuda Bera tidak dilantik sebagai NKP maka beliau atas semangat setiakawan dan perpaduan dengan sendiri akan menolak jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri.
2.0 Perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebagai Ketua Pemuda Negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ketua-ketua Pemuda Bahagian dan adalah lebih membimbangkan sekiranya perlantikan ini didasari untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yg berkepentingan yg mencaturkan perlantikan KP Pekan sbg KP Negeri.
3.0 Sdra Shahruddin Ahmad, KP Pekan langsung tiada inisiatif utk mencari jalan penyelesaian, mahupun mengadakan perjumpaan dengan semua KP2 Bahagian.
4.0 Walaupun telah dinasihati oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang situasi ketika itu masih didalam pertimbangan agar KP Pekan sebagai KP Negeri berjumpa seorang demi seorang memberi penjelasan dalam menjernihkan kembali keadaan, namun nasihat yg diberi langsung tidak diendah.
5.0 Kami majoriti KP2 Bahagian hilang kepercayaan kepada Sdr Shahruddin Ahmad KP Pekan sbg KP Negeri kerana beliau gagal mendengar pandangan dan suara akar umbi dan gagal memupuk kemesraan yg baik.
Demi kelangsungan politik, perpaduan yang menyeluruh Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kami majoriti 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian2 di Negeri Pahang, dengan ini secara sebulat suara menyokong penuh Sdr Zoolihsan Ketua Pemuda Bera sbg Ketua Pemuda Negeri yang baru. Keyakinan dan kepercayaan kami semua amat tinggi kepada Sdr Zoolihsan sbg KP Negeri Pahang dalam memastikan pemuda pahang terus bersatu dan terus diupayakan.
Kami juga majoriti 11 Ketua Pemuda Bahagian tidak akan menerima jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri dan tidak akan menerima perlantikan mana mana Ketua Pemuda Bahagian yg lain selain drp Sdr Zoolihsan, Ketua Pemuda Bera.
Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YB Khairy Jamaludin sbg Ketua Pemuda Malaysia akan memberikan pempertimbangkan sewajarnya Memorandum Kami ini demi Kebaikan Seluruh Pemuda UMNO Pahang.
Sekian, Terima Kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
lembu lembu ketua pemuda UMNO sudah mengamok kerana ketandusan padang ragut
ReplyDeletebetul tu...dasar penyamun!!!
DeleteKami pemuda umno gombak dengan ini menyatakan keluar parti umno. Kami amat prihatin apa yg berlaku. Kami dah muak dengan hal2 yg tidak adil.
DeletePemuda umno gombak.
teruk wajah2 mereka ni kebanyakannya boroi...
ReplyDeleteKalau kamu semua monyet2 tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Pucuk Kangkung Tertinggi Pemuda maka kamu semua monyet2 sekelian boleh berambus! Ada aku kesah? Kah kah kah kah -KJ BEROK-
ReplyDeletePekena jus kangkang kak ros senyaplah tu...oopss jus kangkung...
ReplyDeletepekena kankong belacan taruk taucu sikit lagi kaww....lepas tu relax...biarkan depa bergaduh sesame mereka......kita tepuk tangan tengok aksi depa smua.....
ReplyDeleteBukankah kangkong dah turun harga....knapa lah ketuat ni dok memo2 lagi.tak tau besukur betoil la depa ni.tolong habaq kat balunsatni sat.ajar depa doa sukur.tv brapa pon tak tak pa tolong maklom kat ketuat2 ni kangkong dah turun harga.jadi udah la....jangan memo2 lagi.
ReplyDeleteWahai umat bani melayu....demi menjaga maruah bangsa umono marilah kita sama2 tolong bangsa melayu kita yang terkandas dalam perlumbaan merebut kuasa dan harta.ini massalah yang cukup serios.hidup matinya melayu semua dok kat depa.elok sangatlah anda hentikan sgala kerja buat anda dan tolong depa2 ni.kalau dah boncit tu bagi tambah boncit lagi.ada paham bani2 melayu. Oooit!!! Bani melayu tak dengak lagi ka.
ReplyDeleteNk jd bughah ke kumpul ramai2 ni..
ReplyDeleteKeza nasihat skit dorg ni..
INI AKIBAT JIKA GABUNGKAN HAL PARTI POLITIK + KERAJAAN. PATUTNYA POLITIK KENA GABUNG SAMA AGAMA UTK BALANCEKAN KERAJAAN. APA?? POLITIK+AGAMA = TAKLEH TIKAM TOTO LA MELAYU..HAHA
ReplyDeleteKami menyokong penuh KP Bera sbg KP Negeri.. Semoga apa yang diperjuangkan beliau berjaya... Dan kami berharap KP Temerloh dicalonkan sbg NKP Pahang
ReplyDeleteKami sokong...kami pemuda Umno JB sangat2 tidak bersetuju ngan apa yg dibuat KJ tu. Jika ko KJ boleh main diktator kami pun boleh. Kami juga dah menyampah dgn umno yg tidak prihatin akan rintihan rakyat. Klu cabar kami, kami akan keluar parti...ini serius ni.
DeleteKetua pemuda umno
JOhor Bahru.
keluar lah klu berani.aku haramkn ko semua mkn sayur kangkong seumur hidup...padan muka..
ReplyDeletemacam sayur kangkong tu kau punya nak haramkan,sayur kangkung tu juga rezeki dari Allah,pe slah sayur kangkung tu sampai kauorg memperlinya,astaghfirullah
ReplyDelete