Friday, 24 January 2014

ISU RON95 HANYA UNTUK RAKYAT MISKIN .... SETIAUSAHA AGUNG UMNO TEUKU ADNAN TEUKU MANSOR BERANG NAIK ANGIN SATU BADAN!!!!



Awal pagi tadi, media melaporkan, Tengku Adnan telah mengumumkan satu mekanisme baru akan diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun ini bagi membolehkan bahan bakar RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja.

Dalam pada itu menurut laman mikro yang sama, Tengku Adnan turut meluahkan perasaan tidak senang dengan laporan media mengenai isu RON95 tersebut.

Katanya yang dipetik berkata, "...sedih dengan orang yang suka sensasikan cerita, suka fitnah, suka bawa cerita, suka mengata, mana sifat ketimuran kita, mana agama kita, sedih.

"Kenapa tak faham yang dicakap kita, kita cakap 'rationalisation fiscal' tentang subsidi untuk rakyat yang memerlukan bukan kaya," tulisnya.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter iaitu 63 sen disubsidikan kerajaan manakala RON97 berada pada kadar RM2.80 seliter bergantung kepada apungan terurus harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan khabar angin bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol RON95.


Ahmad menerusi akaun Twitternya berkata: "Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".


Pada hari sama, khabar angin di internet termasuk di laman sosial memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen.


Ahmad berkata, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi berbanding dengan negara lain di dunia.

 

5 comments:

  1. agama kepala hotak kau konspirator......hard rock cafe dan judi tu ader ugama suruh buat ker......

    ReplyDelete
  2. Apabila pemimpin umno bersuara terserlah kemunafikan mereka....

    ReplyDelete
  3. Tungku Keling kalau tak auta bukan Keling. Kah kah kah

    ReplyDelete
  4. kunang-kunang nk main wayang dgan rakyat..jom sama2 kite saksikan...tngok jer, percaya jangan...

    ReplyDelete
  5. Bila mai bab orang komen pasal sabsidi hang cakap bab agama, yg menyamun, songlap duit negara hang tak cakap agama melarang.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...