Wednesday, 29 January 2014
PRK DUN N25 KAJANG ... KENYATAAN TEGAS DAN JELAS KETUA WANITA SELANGOR KEADILAN.
Kenyataan Media Ketua Wanita Selangor Parti Keadilan Rakyat,
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail 29 Januari 2014
Mengekalkan Kemenangan di Kajang Wanita Parti Keadilan Selangor akan memberikan sepenuh sokongan dan mobilisasi jentera pilihan rayanya bagi mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil di N25 Kajang nanti.
Pergolakan politik sentiasa menjadi cabaran dan lumrah untuk diatasi oleh para ahli politik. Yang penting ialah memastikan bahawa kita tidak dikalahkan oleh sebarang unsur yang ingin menggagalkan agenda reformasi. Parti Keadilan Rakyat adalah parti termuda di kalangan Pakatan Rakyat.
Setiap yang menginginkan yang terbaik akan melalui beberapa proses dan cabaran. Pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mendokong dan menginginkan reformasi itu menjadi kenyataan akan meneruskan usaha yang diperlukan bagi merealisasikannya.
Lumrah juga dalam arena politik bahawa lawan akan menggunakan apa saja untuk memusnahkan apa yang ada di dalam genggaman kita. Tidak kurang juga mereka yang menangguk di air keruh, sering mengambil kesempatan dalam setiap krisis dan kekurangan.
Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor menyeru anggota parti dan rakyat fokus hanya terhadap meraih kemenangan bagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim di N25 Kajang.
Reformasi!
Membujur lalu, melintang patah.
Rodziah Ismail
Merangkap Timbalan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat dan ADUN Batu Tiga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Inilah masa yang paling sesuai untuk segelintir ahli PAS tunjuk jaguh, berpakat dengan UMNO Baru lawan Anwar sampai tumbang demi mempertahankan maruah Khalid Ibrahim yang disayangi.
ReplyDeleteAnwar tak layak jadi PM dan tak layak jadi MB Selangor. Beliau hanya layak jadi pemimpin taraf pencacai pada PAS dan DAP.
Rakyat Selangor pasti setuju bahawa PAS tidak patut percaya pada Anwar Ibrahim kerana beliau cakap tak serupa bikin. Lebih baik sokong Najib 1Malaysia yang suka makan kangkong.
Jangan buang masa, siapkan senarai calon, dan masuk bertanding seperti yang dilakukan oleh Din Ayam di Kota Damansara dulu.
Tunjukkan pada rakyat Malaysia bahawa parti PAS adalah parti dominan dalam Selangor. Dengan itu jawatan MB akan jadi hak milik PAS.
Pemimpin UMNO Baru pasti suka dan bersedia untuk wujudkan kerajaan perpaduan dan perdamaian.
Tidak perlu parti PAS merasa minoriti. Kem UMNO sendiri ada arus perubahan yg dirasa kini. Najib belum tentu kekal kuasanya hingga PRU akan datang. Delegasi Tun Mahathir sendiri dah mulakan penentangan- al kisah penceritaan beberapa bekas menteri era Tun, malahan Tun sendiri tidak berselindung membicarakan perihal Najib. Pas boleh saja mengambil peluang ini sekiranya niat utama hanya mjadi dominan di dalam PR Selangor namun intipati perjuangan akan tersekat setakat itu sahaja. Den Ayam satu pengajaran dari rakyat Kota Damansara itu sendiri. PR kuat kerana PAS,PKR&DAP tp bukan satu pun sama ada PAS atau PKR atau DAP yg menguat PR secara sendiri.
Deletedari berpakat dgn umno baik masuk kandang rimau, umno dgn yahudi 2x5 je
DeleteRakyat selangor lg tak percaya pada komen di atas.
ReplyDeleteApa2 yang terjadi aku tetap sokong PR
ReplyDeleteKomen atas bunyi macam ahli umno je..
ReplyDeleteOrang2 umno akan mengabil kesrmpatan bersimpati dgn pas dlm pergolakan politik dalaman pkr akan disimbah lagi minyak dlm api yg sedang meredap parti... org pas kena beristikhamah tonggok perjuangan pemimpin terdahulu.. jgn terbelit dgn dakyah umno/bn untuk menggagalkan perjuangan untuk menerajui putrajaya....
ReplyDeleteUmno sudah pasang perangkap dgn melaga2 ahli pas dan pkr. Hati 2 dan jsngan keliru...
ReplyDeletememang kita berhati2 dgn komentar yg di berikan...asalkan nasib rakyat terbela...ABU...
ReplyDeleteapa2 keadaan pun BN/UMNO dah nak memupus...
ReplyDelete