Thursday 23 January 2014

MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR DAPATI BENDAHARI AGUNG MIC MELAKUKAN SALAH NYATA TIPUAN DAN ARAHKAN MENGEMBALIKAN RM5.5JUTA KEPADA PAKAR PSIKIATRI!!!



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Bendahari Agung MIC yang baru dilantik Datuk R. Ramanan mengembalikan RM5.5 juta kepada pakar psikiatri Tan Sri Dr M. Mahadevan yang diterimanya secara menipu daripada Kementerian Pertahanan ketika “membantu Dr Mahadevan untuk mendapatkan balik suatu bayaran empat tahun lepas”.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong berkata beliau bersetuju dengan peguam yang mewakili Dr Mahadevan bahawa Ramanan melakukan salah nyata tipuan kepada plaintif dan menyebabkannya memindahkan wang berkenaan ke dalam akaun peribadi defendan pada 19 Mei, 2010.


Lee juga memutuskan bahawa defendan gagal membuktikan, seperti yang terkandung dalam kenyataan bela dirinya, bahawa wang itu adalah untuk cadangan projek pembangunan bandar di Sungai Petani, Kedah, di atas tanah milik Dr Mahadevan.


Dr Mahadevan, 85, bekas ketua pakar psikiatri kerajaan dan pengasas Persatuan Psikiatri Malaysia, hadir di mahkamah hari ini.


Menurut dokumen mahkamah, plaintif memfailkan tuntutan berjumlah RM26.6 juta daripada Kementerian Pertahanan kerana menggunakan tanah kepunyaan Dr Mahadevan sebagai lapang sasar dari 1968 hingga 1988.


Pada Mei 2010, defendan mengaku kepada plaintif bahawa beliau boleh membantunya mendapatkan tuntutan bayaran berkenaan, dan untuk tujuan itu, beliau memerlukan RM6.5 juta.


Kedua-dua pihak kemudian bersetuju jumlah itu dikurangkan kepada RM5.5 juta.


Dalam penyata tuntutannya, Dr Mahadevan memasukkan sepucuk surat bertarikh April 2010 daripada Kementerian Pertahanan, yang ditunjukkan kepadanya oleh defendan, kononnya yang meluluskan tuntutan itu.

3 comments:

  1. Haluuuuuuu. ..........

    Dri umnongok hinggalah Ank branak smua kaki barua...tipu...puei

    Khak tuih

    ReplyDelete
  2. keza xnak backup ke?mic dgn umno kan adik beradik.

    ReplyDelete
  3. Memang malaun besar si Ramanan ni. Duit Tan Sri Dr Mahadevan ni pun dikebasnya!! Bukan sikit jasanya kepada negara. Pernah jadi pengarah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Wa ingat lagi semasa pergi melawat ke hospital sana. Bukan main ramai lagi bekas pesakit yang tak diterima balik oleh orang-orang kampung. Mereka lari jumpa Tan Sri. Mereka hanya nak tempat tinggal dan makan sekali dua sehari sahaja. Melayu, India dan Cina semua dia terima. Dia orang baik dan takkan dia nak cerita kebaikan dia kepada pesakit!!. Sampai hati melaun tu kebas duit dia!! Tapi ape nak heran.biasalah diaorang tu!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...